search
Log In
21 votes
697 views
in Human Resource Management 350 points 3 3 7
edited by
1
3 tahun adalah tempoh yang mencukupi bagi J41/J44 di caw pakar bagi memperolehi kompetensi sepatutnya.

Ulasan:

Anggaran bilangan Jurutera Awam J41 dan J44 adalah 1,300

Jika tempoh 5 tahun digunapakai

Tempoh J41/J44 sebelum naik pangkat ke J48 adalah 15 tahun.

Jurutera awam J41/J44 yang berada di CKASJ, CKJG dan CPUM adalah seramai 200. dan saya menjangkakan 90% yang akan buat design. Ini bermakna seramai 180 Jurutera awam yang akan dilatih sebagai designer. Sekiranya pusingan 5 tahun dilaksanakan, seramai 180 x 3 = 540 pegawai sahaja yg memperolehi peluang tersebut iaitu 41% sahaja.

Macam mana pegawai yang belum mendapat peluang tersebut. Mereka perlu juga kompetensi tersebut.

Sekiranya tempoh 3 tahun digunapakai.

seramai 180 x 5 = 900 pegawai mendapat peluang tersebut. 70%
1

Saya sangat setuju jika tempoh penempatan di bahagian pakar adalah 5 tahun kerana untuk menjadi seorang yang pakar selama 3 tahun adalah tidak mencukupi. Malah, tempoh 3 tahun itu baru sahaja untuk menyesuaikan diri dan memahami dengan kerja rekabentuk, spesifikasi rekabentuk, perisian dan sebagainya. Oleh itu, jika dipanjangkan kepada 4-5 tahun mungkin seseorang itu sempat untuk mendalami lagi sesuatu kerja rekabentuk projek dan lebih banyak pengalaman dapat ditimba.

Bagi pendapat saya, kita perlu banyakkan lagi post penempatan di sektor pakar kerana ia merupakan peranan utama JKR sebagai pemberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan kita. Dengan itu, peluang untuk mendapat penempatan di sektor pakar dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, bahagian penempatan juga boleh membuat tapisan dengan memilih pegawai yang betul-betul berminat untuk ke sektor pakar dan memilih pegawai yang hardworking kerana kebanyakan projek di JKR adalah projek yang perlu dilaksanakan dengan cepat.

0
Salam semua,

Cawangan Pakar ada beberapa spt Mekanikal,Elektrik, ukur Bahan,CKASJ dan CKJG.Core business di Cawangan Pakar adalah rekabentuk.

Bagi bidang awam adalah di bidang geoteknik/cerun , struktur atau jalan.Selepas tiga tahun seseorang jurutera mungkin telah merekabentuk di bidang masing-masing 5-8 projek di bidang masing-masing.Adakah mereka sudah "pakar" selepas tiga tahun?? Saya berpendapat tidak.Mereka mungkin boleh merekabentuk dengan bimbingan "checker" dan bergantung kepada individu mungkin tidak secepat diharapkan.

Masalah besar timbul apabila mereka ditukarkan dan penggantinya kena " start all over again.".

Cawangan Pakar perlu sediakan " carta /trek kepakaran " yang sesuai.Sekarang kita hanya bercakap 3-5 tahun sbb. kita bermula dengan tiga tahun.
0

Salam Semua,

Sebagai Jurutera J41 yang baru (lantikan 2012), saya bersetuju dengan tajuk diatas sekiranya Kakitangan tersebut ditempatkan di Unit Rekabentuk. Akan tetapi, sekiranya ditempatkan dicawangan pakar selama 5 tahun tetapi memegang 'port folio' korporat, mana mungkin pegawai itu dapat didedahkan dengan ilmu rekabentuk.

Namun begitu saya berterima kasih kepada Pengarah Kanan CKE & Korporat CKE atas penerimaan saya sebagai menti di CKE untuk menimba ilmu rekabentuk walaupon saya sekarang berada di Unit Korporat Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan.

Program ini harap dapat dibuat di semua cawangan pakar lain agar ramai pegawai dapat menimba ilmu rekabentuk.

 

sekian. tk  wink

7 Answers

3 votes
Setuju. Tempuh antara3 -5 tahun sangat sesuai bagi sorang P&P Pakar (mekanikal) dapat mendalami bidang rekabentuk, senggara atau pun pengurusan
10,800 points 8 42 88
7 votes
Untuk mahir dalam kerja-kerja rekabentuk khasnya kerja  sivil, seorang pereka perlu merekabentuk sekurang-kurangnya 5-10 projek kerana rekabentuk bagi setiap projek adalah berbeza,  bergantung kepada  kompleksiti dan keadaan tapak.   Hasil rekabentuk dapat dilihat semasa pembinaan ditapak.  Oleh itu penempatan bagi P&P bagi sektor pakar perlu dipanjangkan kepada 5 tahun supaya pereka dapat menjadi saksi kepada rekabentuk yang dihasilkan.  Masalah yang timbul dari kesilapan rekabentuk dan cara penyelesaikannya akan menjadi  pengalaman yang  mematangkan pereka untuk menjadi lebih mahir.
650 points 1 5 7
6 votes
3 tahun adalah tempoh yang mencukupi bagi J41/J44 di caw pakar bagi memperolehi kompetensi sepatutnya.

Ulasan:

Anggaran bilangan Jurutera Awam J41 dan J44 adalah 1,300

Jika tempoh 5 tahun digunapakai

Tempoh J41/J44 sebelum naik pangkat ke J48 adalah 15 tahun.

Jurutera awam J41/J44 yang berada di CKASJ, CKJG dan CPUM adalah seramai 200. dan saya menjangkakan 90% yang akan buat design. Ini bermakna seramai 180 Jurutera awam yang akan dilatih sebagai designer. Sekiranya pusingan 5 tahun dilaksanakan, seramai 180 x 3 = 540 pegawai sahaja yg memperolehi peluang tersebut iaitu 41% sahaja.

Macam mana pegawai yang belum mendapat peluang tersebut. Mereka perlu juga kompetensi tersebut.

Sekiranya tempoh 3 tahun digunapakai.

seramai 180 x 5 = 900 pegawai mendapat peluang tersebut. 70%

Jadi setiap pegawai yang berada di caw pakar perlu merancang dlm tempoh 3 tahun bagi memperolehi kompetensi di sana
890 points 1 5 13
7 votes

            Saya sangat setuju jika tempoh penempatan di bahagian pakar adalah 5 tahun kerana untuk menjadi seorang yang pakar selama 3 tahun adalah tidak mencukupi. Malah, tempoh 3 tahun itu baru sahaja untuk menyesuaikan diri dan memahami dengan kerja rekabentuk, spesifikasi rekabentuk, perisian dan sebagainya. Oleh itu, jika dipanjangkan kepada 4-5 tahun mungkin seseorang itu sempat untuk mendalami lagi sesuatu kerja rekabentuk projek dan lebih banyak pengalaman dapat ditimba.

            Bagi pendapat saya, kita perlu banyakkan lagi post penempatan di sektor pakar kerana ia merupakan peranan utama JKR sebagai pemberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan kita. Dengan itu, peluang untuk mendapat penempatan di sektor pakar dapat ditingkatkan lagi. Selain itu, bahagian penempatan juga boleh membuat tapisan dengan memilih pegawai yang betul-betul berminat untuk ke sektor pakar dan memilih pegawai yang hardworking kerana kebanyakan projek di JKR adalah projek yang perlu dilaksanakan dengan cepat.

 

650 points 1 5 9
0
setahu saya, bagi pagawai gred [email protected] Jabatan hanya menyediakan laluan kearah kepakaran dan mukanya menjadikan pakar semasa [email protected]

kalau dirujuk kepada laluan kepakaran, kepakaran bermula pada J48 dan ke atas.
7 votes

Salam semua,

Ada 2 perkara yang kita perlu jelas sini.

Iaitu isu pakar dan isu rotation kerja be it 3 tahun atau 5 tahun satu pusingan.

Pakar ni pada saya should be forever, bukan 3, tidak 5, bukan bip bukan bop, bukan flip bukan flop, its teh boh (sorry for the commercial break).

Are we serious when we say pakar when we hadkan 3, 5 , 7 tahun?

Saya rasa kita belum 100% bersedia. Kalau kita bersedia then there must be room for a pakar to  becomes pakar and thus praktis pakar. The excuse that its polisi JKR,  seseorang itu perlu ditukarkan setelah 5 tahun untuk memberi pendedahan lain lain subjek pada beliau or all that jazz, doesn't apply anymore.

Saya bagi contoh, kalau seseorang doktol itu kepakaran nya adalah mata, setelah 5 tahun izzit logical beliau di tukar  pula menjadi doktol buah pinggang. So that dia mendapat pendedahan sewajarnya. Mana pakar nya? Tak logik kan.

Begitu juga kalau dia nak seseorang itu pakar cerun dan memang beliau memang minat cerun, then it should cerun all the way and anything to do with cerun. Tidak ada 3, 5, 7 or whatever.

Tapi itu bukan bermakna the idea is exhaustive. Kita boleh ada hybrid model.

Maknanya certain area contoh Jurutera Daerah, boleh di tukar 5 tahun sekali, supaya orang juga boleh merasakan rencah, asam garam mengawal district. Di district segala yang di bawah awan nano adalah di tanggung oleh Jurutera Daerah (everything under the skies).

Selepas 5 tahun menjadi Jurutera Daerah, kebetulan minatnya yg mendalam adalah cerun, then brader u r cerunist all the way. Pastikan beliau berada di cerun sampai beliau jadi Pakar Makar.

Dan mesti juga di sediakan succession plannya.

Maknanya jika Ketua Bahagian Pakar Cerun JUSA C. Maka Timbalan atau pembantunya mestilah  3 years(the most - maknanya jangan ambil 4,5,6 years younger - this will abrupt the seniority rotation))  younger than him Gred J54. Bila boss pencen  J54 naikkan menjadi JUSA di Pakar. Begitu juga pegawai bawahannya. Asst kepada J54 must be J52 yang 3 years (the most) younger, so that once J54 naik JUSA Cerun J52 the same place naik pula J54 di tempat yang sama dan finally ke J48. The same prinsipal applies. Baru ada kesinambungan.

Apa yang saya lihat di JKR apabila Ketua pencen (tak kira lah samada JUSA ke J54 ke), yang menggantikan beliau adalah from somewhere else, bukan dari cerun. Thus continuation itu tak de. Well I am not gonna blame the system. Becoz kenaikan pangkat are among others based on seniority, but then succession plan kena lah ada. Timbalan Ketua sepatutnya adalah seseorang yg memang due naik pangkat. Jadi kalau beliau naik pangkat menggantikan bossnya, tidak ada rasa ketidak puas hatian dari sahabat sahabat yg lain.

When it comes to J44 dan J41, hahhhhh di sini baru kita rotate.  Let them rotate semasa di J44 dan J41 ni, to gain the experience. But once u masuk J48, then u r in the Pakar's roller coaster society ie your ups and down must be with Pakar. Nothing less. 

 

 

We cannot be Jack Of All Trade and Master Of All.

 

 

Ini pendapat saya sahaja. Of course its easier said then done. But at least something must be done and be seen done.

 

With that I rest my case.

اللهم يسّر و لا تعسر

cool


 

14,870 points 12 50 137
edited by
3 votes
Seetuju dengan 3-5 tahun perlu dihadkan bagi keperluan minima untuk pendedahan kepada pegawai disamping memberi peluang yang sama kepada pegawai lain yang berkeinginan dan berusaha keras ke arah itu.
42,490 points 27 106 201
3 votes
Saya turut berdoa agar peluang saya menyambung belajar akan diluluskan CPK dan kemudian JPA untuk mencerahkan peluang saya menimba pengalaman pula sebagai designer di JKR HQ (HODT) sebelum saya dinaikkan ke gred J48. Masih belum mendapat peluang tersebut dan saya berpendapat jika seorang pegawai di HODT terlalu lama (lebih 5 tahun) maka peluang orang seperti saya akan terbatas .

atau mungkin re-org untuk membesarkan organisasi di HODT dapat dilaksanakan (JPA) bagi mempercepatkan giliran kepada pegawai yang masih belum memliki kesempatan untuk mendapat pengalaman rekabentuk (pra syarat Interview PE)
9,490 points 25 58 108
...