search
Log In
19 votes
507 views
Kenapa masih terdapat segelintir pegawai yang berkhidmat di daerah atau negeri yang boleh kekal sehingga 7 hingga 8 tahun tanpa ditukarkan, contohnya di JKR Negeri Sembilan
in Human Resource Management 220 points
2

Ada sumber dari pegawai integriti JKR:

kebanyakan yang tidak ditukarkan adalah pegawai sokongan dan penempatan pegawai-pegawai ini masih berada di bawah sumber manusia KKR, ada cadangan dari unit intergiti JKR supaya dilakukan penempatan dari daerah ke daerah yang mungkin dapat menyelasaikan isu integriti pegawai JKR..

 

3
Penempatan pegawai sentiasa menjadi bahan diskusi yang menarik.Salah satu kejayaan JKR adalah menwujudkan Dasar Penempatan ( maaf kalau tidak tepat tajuknya ) .Cuma komen saya dalam diskusi setakat ini...SAYA TIDAK FIKIR ..I DO NOT THINK .. penempatan dari Daearah ke Daerah bagi JKR Negeri dapat menyelesaikan isu integriti pegawai JKR.

5 Answers

4 votes

mmmmmmmm,

tertanya tanya jugak,

kenapa di N9, kekal 7,8 tawun???

could it be di N9, kena kekal 9 tawun dulu, lepas 9 tawun baru tukau, selaras dengan nama negerinyaaaaaaa.........

mmmmmmmm nayyyyyyyyy geleng kepala, bad jokeeeeeeeeeeeeee

 

اللهمّ يسر و لا تعسر

cool

 

14,770 points
2

sampai sekarang masih tidak ditukarkan...takkan HR terlepas pandang kut...ke saja wink

3
Bukan di N9 je..kat Ng lain pun ramai..cuma kekadang bertukar kat pink form sahaja..hakikatnya kekal di siti juga.
6 votes

Saya ada pernah berdialog dengan pegawai integriti JKR pada beberapa tahun yang lepas, isu ini memang satu isu yang agak panas, tetapi sekiranya perlu dibincangkan kenapa perlu silent kan..

Pandangan peribadi saya selepas berdialog dengan pegawai terserbut , ada berbagai kemungkinan/kebenaran diantaranya:

1- Rumah sendiri dalam kawasan berdekatan

2- Pakar/ pengalaman memaksa untuk tidak bertukar, unit di daerah sangat memerlukan mereka

3- Isu integeriti (bukan spekulasi-boleh diakui kepada yang mengalaminya di daerah)

4- Politik (ada kaitan tak?)

 

4,280 points
7 votes
Assalam.

Pada pendapat saya apa jua keputusan yang hendak di ambil hendaklah mencerminkan budaya hidup sebagai seorang ISLAM yang mempraktikkan AMALAN mengikut Al Quran dan Sunnah. Keputusan untuk menempatkan pegawai-pegawai JKR bukan hanya boleh diasaskan kepada bilangan tahun perkhidmatan di sesuatu tempat, sebaliknya perlu mengambil kira aspek kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Contoh:

Jika ia seorang pegawai yang bermasalah, dan hanya dengan pertukaran masalah ini dapat diselesaikan seterusnya memberi kebaikan kepada semua STAKEHOLDER.....( Jabatan, Negeri, Pihak Istana, Isteri, anak, IBU Bapa, dll) dan tidak melanggar mana mana hukum dan peraturan ALLAH SWT......) dengan itu tidak perlu tunggu tiga tahun untuk ditukarkan. Sebaliknya jika ia pegawai yang bagus, berintegriti, disayangi semua, produktif dan proaktif....tidak ada sebab kenapa perlu ditukarkan.

Kita semua perlu ingat, hidup bukan lama.... hanya seperti masa antara Azan dan Qamat... terlalu singkat. Jika kebaikan yang dapat kita berikan, tidak ada sebarang sebab kenapa ia perlu dihalang? tetapi sekiranya perkhidmatan sesaorang pegawai itu amat diperlukan bagi kebaikan sejagat untuk jabatan dan negara....tak mengapa....sedangkan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar bersama anak kecilnya di tengah-tengah padang pasir....kerana Allah.

Kesimpulannya, apabila kita melakukan sesuatu kerana ALLAH. InsyaALLAH....ada kebaikan dan keberkatan.

 

Wassalam.
990 points
4 votes

Pada pandangan saya, tidak menjadi satu masalah sekiranya pegawai berkhidmat melebihi 10 tahun ke atas di suatu tempat yang sama asalkan menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa membantu organisasi dalam mencapai sasaran piagam pelanggan jabatan.

Jika pegawai berkenaan memegang jawatan sensitif seperti melibatkan pengurusan kewangan jabatan dan perolehan kerajaan seharusnya dilaksanakan job rotation mengikut kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004.

Sekiranya pegawai "berakar" tersebut mempunyai masalah disiplin seharusnya Pihak Pengurusan mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai berkenaan dengan segera.

16,640 points
4 votes

Sekadar memberi pendangan......

Sejajar dengan teras dan sasaran JKR selaku jabatan teknikal yang terulung untuk membentukkan lebih ramai lain pegawai yang berstatus SME (subject matter expert). Maka adalah wajarnya keperluan pendedahan dan pengalaman kerja yang lebih lama adalah diperlukan demi menjamin pembentukan pegawai SME yang lebih kompeten supaya JKR masih menjadi satu agensi teknikal relevant mengikut kehendak masyarakat mengikut pusingan era.

Disamping itu kita seharusnya memumukan konsep kerja yang berteraskan kepada keimanan insan dan kesetiaan untuk menyumbang dan bukannya merasa curiga terhadap mereka yang berkhidmat lama disesuatu tempat akan berubah sifat dan terpesong dari ajaran ugama atau menaburkan tohmahan bahawa barangkali sesiapa yang berkhidmat lama disesuatu tempat pasti akan berubah sifat dan terpesong dari pegangan ingin menyumbang dengan jujur, walhal niat mereka lebih berteraskan kepada pengumpulan ilmu demi diberi pengiktirafan sebagai seorang pekar (SME) kerana mempunyai minat yang lebih mendalam berbanding dengan pegawai lain. Akhirkata adalah baiknya kita memberi peluang untuk mereka yang berminat pada sesuatu bidang yang tertentu untuk berkhidmat lebih lama demi pendedahan yang mencukupi untuk membolehkan mereka menjadi seorang SME kemudian hari.

Tergelek batu lumut tidak melekat,

Banyak pendedhan tinggi pengalaman.

Biar iman dan takwa terjalin erat,

Masyarakat nikmat berkat sumbangan.

39,780 points
...