search
Log In
13 votes
191 views
in Stakeholders Management 42,490 points 27 106 201
recategorized by
0
Bagaimanakah kita boleh mempertahankan isu ini dengan mengemukakan kertas kerja bagi membandingkan contoh-contoh projek yang boleh dibuat perbandingan dengan perbezaan kos, perbezaan kualiti dan masa yang diambil. Mungkin boleh dibuat interview bagi membantu dengan statistik agar lebih menarik dan menyakinkan atau mungkin sudah ada kertas kerja, thesis atau sebarang makalah mengenai perkara ini. Mohon pencerahan dari sesiapa yang mempunyai maklumat.
0
Boleh syorkan pada PROKOM supaya topik ni boleh dijadikan tajuk Capstone projek Masters

2 Answers

9 votes

En Farijal,

Saya amat bersetuju dengan tuan mengenai perkara ini. Dan JKR perlu melihat perkara ini dengan serius. Manakala pihak Klien pula sedia untuk duduk, berbincang dan mencapai penyelesaian bersama.

Ini adalah pandangan dari saya yang dikategorikan masih junior di JKR

Jika kita lihat kepada peringkat perancangan projek, tumpuan kita ialah kepada "Time", "Skop", dan "Cost" dan JKR juga ambil berat berkaitan dengan "tempat/lokasi" oleh pihak klien. Seringkali kita dengar tempat yang disediakan oleh pihak Klien ini amat tidak bersesuaian dengan projek yang hendak dilaksanakan contohnya dari segi access ke lokasi dan mungkin ada sesetengan lokasi yang disediakan oleh pihak Klien itu memerlukan peruntukan besar untuk kerja tanah dan pengukuhan tanah dan lebih mendukacitakan lagi, tempat yang dicadangkan tersebut bercanggah dari segi hakmilik. Ini secara tidak langsungnya akan mengakibatkan "cost increase" dan tempoh pembinaan menjadi lebih panjang. 

JKR juga mengalami dilema untuk melaksanakan projek yang mana  skop yang hendak dilaksanakan tidak berpadanan dengan peruntukan yang disediakan. JKR juga seringkali menghadapi skop yang sentiasa berubah-ubah yang mana ini secara tidak langsungnya memberi kesan kepada tempoh masa projek tersebut. 

Bagi Quality pula, saya masih lagi percaya, jika Spec JKR betul-betul dipatuhi sepenuhnya oleh pihak Kontraktor, maka Quality sepatutnya tidak akan menjadi isu. Dari segi ini siapakah yang bertanggungjawab sebenarnya??? JKR atau pihak Kontraktor?? Dan kebiasaanya Staf JKR ditapak yang akan dipertanggungjawabkan..... "Yang menjadi kerisauan saya, satu masa tidak akan ada Engineer JKR yang sanggup jaga projek lagi dan mereka lebih suka menjadi pemantau dari pejabat sahaja"".

Pada pandangan saya pula, jika sesuatu projek tersebut diserahkan kepada kontraktor "Know how" instead of kontraktor "know who", maka baguslah produk yang dihasilkan.

Satu lagi trend ialah perbelanjaan adalah petunjuk prestasi utama. Walaupun banyak NCR yang dikeluarkan oleh JKR tapak, disebabkan oleh tekanan KPI bagi perbelanjaan tak tercapai, ada kemungkinan  JKR tapak terpaksa membuat pembayaran terlebih dahulu kepada kontraktor dengan harapan kontraktor akan melaksanakan kerja pembaikan kemudian... dan hakikatnya pembaikan tersebut hanya dilaksanakan ala kadar sahaja.

Saya masih lagi percaya, melalui Lesson Learnt, kita akan dapat memastikan kesalahan sebelum ini tidak akan berulang untuk " Next Project" bukan saja dari segi Quality, juga dari segi masa, dan cost. 

JKR telah banyak mengeluarkan banyak prosidur serta manual pelaksanaan  projek bagi memastikan projek yang dilaksanakan oleh JKR mencapai tahap kecemerlangan pelaksanaan projek yang ditetapkan termasuk dari segi cost, Time dan Quality. JKR juga telah melaksanakan IBS dalam projek-projeknya untuk memastikan kecemerlangan pelaksanaan projek. Cuma satu lagi yang JKR perlu serius untuk melaksanaakannya iaitu BIM untuk semua projeknya bagi memastikan;

1. Kecemerlangan Pelaksanaan Projek

2. Kelestarian Infrastruktur

3. JKR sebagai Pusat Rujukan Teknikal

4. Pelanggan Amat berpuashati dengan Projek yang dilaksanaka oleh JKR.

Sebelum ini saya ada lontarkan persoalan antaranya  

1. "Improving construction productivity thru Collaboration and Lesson Learnt. Please give your suggestion and opinions"

2. "How to manage Stakeholder expectations?"

So, alangkah baiknya jika topik-topik ini dapat dibincngkan bersama.

WASSALAM, Terimakasih

Mohd Fairuz, CKASJ

 

27,230 points 72 155 199
0

One UP for u fairuz,

Jawapan yang saya nak bagi sebbbbbuuuuuuuuttikkkkkkkkk cam nak sama ngan jawapan tuan. Kalau beza pung tak banyak maybe tang titik comma dan noktah.

(cuma satu saja yg saya mungkin bole beri sedikit teguran),

its not a good practise untuk membuat bayaran terlebih dahulu, sedangkan kerja atau bekalan (material on site) belum dibuat, tidak ada atau belum sampai. Kalau di audit, ini bak kata pelem pfamlee" ini boleh mendatangkan mare dan anda boleh dijual, harta harta anda dirampas". tang sini kena a bit careful.

 

anyway syabas!!!!!!  for a good answer yesyesyes

 

اللهمّ يسر و لا تعسر

cool

2 votes
Secara peribadinya, saya rasa projek2 yang dilaksana secara Reka & Bina adalah lebih tinggi kosnya berbanding projek2 konvensional.  Salah satu sebabnya ialah kos perlantikan perunding2 oleh pihak kontraktor  yang lebih mahal. Dari segi kawalan kualiti binaan oleh perunding2 , macam ada " conflict of interest", sebab mereka di lantik oleh kontraktor.

Selain itu, pengunaan IBS juga menyumbang kepada kenaikan kos projek terutama di kawasan pendalaman( kos transport tinggi )..... tapi tak boleh buat apa2 sebab polisi kerajaan....
23,630 points 31 76 151
...