search
Log In
19 votes
174 views
in Assets & Facilities Management 10,070 points 33 66 107
0
Perlu pupuk budaya ini semasa hendak sedia aset..maknanya semua orang/peringkat di dalam stakeholder  kena faham dan wajib tahu tetang total asset management..kata mudahnya kalau ada duit sedia aset mesti ada duit senggara aset..my2 cents pendapat...tk

6 Answers

11 votes
 
Best answer

Yes I would agree as it was said by our previous PM, we have 1st class facilities but very poor maintenance culture.

In order to improve this situation, I would like to suggest that the following aspects be looked at:-

1. Design for maintenance - we should ensure that whatever is designed , it  must take into account its maintenability - for example if we do concelealed plumbing - we must make sure there is a space where we can maintain the system ; If we provide flood lights at the ceiling in multipurpose halls - we must look at how it is going to be maintained - like providing catwalks etc etc

2. Encourage maintenance culture - we must make sure staff and the maintenance team go for regular periodic rounds of maintenance as stipulated in the maintenance manual. The culture of maintenance at failure only must be stopped. It is always more economical to maintain regularly than to wait till it fails because the cost of replacement would definitely be much higher

3. Funding for maintenance - this is an aspect where most of the time people tend to overlook and not allocate funds for regular maintenance. If this happens, then we are naturally going to maintain at failure or maybe never maintain it , and at  the end let the project become a white elephant -loosing all the investment in the project. This is the worst case and should never happen. So when planning for annual budgets - maintenance cost SHOULD always be included.

Thank you

7,580 points 12 29 53
selected by
0
I totally agree with the answer.
7 votes

smileySaya setuju dgn kenyataan penyenggaraan jauh ketinggalan apatah lagi Budaya Penyenggaraan dlm masyarakat Malaysia. Cara nak memupuk budaya penyenggaraan banyak kaedah, salah satu ialah mengamalkan budaya ini bermula dirumah bersama keluarga,selanjutnya kepada taman perumahan, bandar dan negara.

Pokok utama adalah kerjasama menyediakan sebahagian dana kewangan secara berkala dan berterusan serta membuat pemantauan ke atas peruntukan yg disediakan adakah telah mencukupi tahap kepuasan yang dikehendaki oleh pelanggan sesuatu aset dan kemudahan tersebut.angel

1,030 points 1 3 10
7 votes
Pihak Cawangan Kejuruteraan Senggara  JKR perlu/patut memainkan peranan besar/ penting untuk menyedar dan memupuk budaya penyenggaraan di kalangan warga JKR khususnya serta rakyat Malaysia amnya.
23,630 points 31 76 151
reshown by
6 votes
Saya bersetuju dengan semua jawapan di sini... Walaubagaimanapun, satu perkara yang perlu kita sematkan di dalam diri kita adalah jangan BERTANGGUH di dalam aktiviti penyenggaraan ini. Ini adalah kerana sekiranya bertangguh maka perkara atau masalah kecil akan menjadi lebih besar dan kronik. Oleh itu, mula amalkan konsep " Total Asset Management" di dalam diri kita dan keluarga kita dan seterusnya aset negara. Sebagai contoh badan kita juga adalah aset kepada kita. Jika kita tidak jaga aset tubuh badan kita ini apa akan terjadi? Oleh itu, kita perlu "menyenggara" aset tubuh badan kita dengan baik. Konsep ini juga boleh diterapkan di kalangan Masyarakat Malaysia bagi memupuk Budaya Penyenggaraan di kalangan masyarakat Malaysia.
22,290 points 21 81 141
3 votes
Saya juga bersetuju dengan pendapat dan pandangan yang telah dikemukakan yang mengatakan budaya penyenggaraan ini mesti dipupuk lebih awal lagi boleh juga diambil perumpamaan nak melentur buluh biarlah dari rebung. Kita suka mendengar cerita ada negara-negara yang rakyatnya berdisiplin, rajin dan menjaga persekitaran negara mereka dengan baik sekali dan kita amat suka perkara ini berlaku juga di negara kita. Untuk menjadikan budaya sesuatu perkara itu perlu melalui satu peringkat masa yang agak panjang untuk menjadi suatu habit atau budaya yang memang menjadi perkara semula jadi yang akan kita lakukan dimana jua kita berada.

Apa yang dapat kita diperhatikan adalah ada juga budaya negatif yang berlaku seperti seolah-olah segelintir pengguna suka merosakkan fasiliti yang telah disediakan walaupun dengan kualiti dan kos baik.
42,490 points 27 106 201
7 votes

Saya mencadangkan keperluan garispanduan merekabentuk untuk semua disiplin bagi kemudahan kerja-kerja penyenggaraan dimasukkan ke Dokumen Kontrak projek-projek JKR supaya setiap bangunan yang beroperasi mudah disenggarakan tanpa perlu equipment tambahan terutama sekali yang melibatkan akses ke tempat-tempat yang sukar dicapai.

Soalan: Adakah ada perbezaan di antara 'penyenggaraan' dan 'penyelenggaraan'?

2,550 points 5 21 30
...