search
Log In
26 votes
388 views
Di dalam perlaksanaan BIM di JKR, adakah wajar untuk pihak HODT menyerahkan softcopy reka bentuk kepada pihak kontraktor untuk memudahkan lukisan "as-built" dibuat oleh pihak kontraktor?
in BIM 10,070 points
recategorized by

7 Answers

10 votes
Tidak wajar.....

 

Pada pendapat saya, lukisan BIM diperlukan oleh pihak kontraktor bagi koordinasi MC bersama pihak NSC. Walaubagaimanapun, pihak HODT sepatutnya telah pun mengambil kira koordinasi semua disiplin semasa membangunkan model BIM pada peringkat pra kontrak lagi iaitu sebelum tender.

As built yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor hanyalah rekabentuk alternatif yang disediakan oleh pihak kontraktor sendiri sahaja yang perlu disediakan oleh perekabentuk MC itu sendiri.
890 points
8 votes
No soft copy of any of our drawings should ever be distributed to any other parties outside of JKR. Our designs have to be protected from being copied again and again.

However, having said that, kebelakangan ini agak sukar untuk JKR mendapatkan As-Built Drawing drpd pihak Kontraktor setelah sesuatu projek itu siap. Tiada kesungguhan dipihak Kontraktor untuk menyediakan As-Built drawing tersebut kerana nilai yang disediakan didalam kontrak tidak memberi impak yang besar kepada Kontraktor jika gagal menyediakannya.

Mungkin perkara ini perlu dikaji semula supaya tindakan yang lebih tegas/berat diambil keatas kegagalan kontraktor untuk mengemukakan as-built drwing.

So, to answer the question samada softcopy boleh atau tidak diserahkan kepada kontraktor, saya masih berpandangan bahwa tidak boleh but sekiranya diperlukan bagi tujuan untuk memudahkan atau mempercepatkan pelaksanaan projek, a .pdf copy can be issued out to the contractor.
10,580 points
7 votes
Saya bersetuju dengan pandangan Puan Nik Ainun yang memberikan dua pertimbangan dalam menyelesaikan perkara yang agak rumit ini kerana JKR terikat dalam perkara memastikan kontraktor segera menyerahkan Lukisan Terbina setelah projek diserahkan dan sekiranya dapat diserahkan pun ianya agak lewat dan setelah diperiksa dengan teliti pula akan didapati ada perkara yang tidak sama dengan yang telah dibina ditapak. Ini adalah perkara yang agak biasa dengan lukisan terbina ini dan perkara ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya.

Sebagaimana yang telah disebut juga kos yang disediakan oleh kontraktor untuk menyiapkan lukisan adalah kecil jadi kontraktor tidak memberikan tumpuan untuk menyediakan lukisan ini dan mereka sanggup dipotong bayaran tersebut. Jadi adalah wajar pihak yang menyediakan tender dokumen meneliti semula perkara ini dan memastikan kos yang bersesuaian diperuntukkan kepada kerja-kerja menyediakan as built ini dan memastikan kontraktor tidak boleh lepas dari tanggungjawab menyediakan lukisan dengan segera semasa projek diserahkan.
42,300 points
reshown by
8 votes

Pada pendapat saya, adalah wajar jika JKR menyerahkan 'softcopy' lukisan pembinaan kepada kontraktor. Manakala adalah tidak wajar jika JKR menyerahkan 'softcopy' rekabentuk kepada kontraktor.

'Softcopy' rekabentuk dan 'softcopy' lukisan pembinaan mempunyai maksud yang berbeza. Untuk BIM, maklumat rekabentuk dan maklumat 3D disimpan di dalam fail autocad tersebut.

Oleh yang demikian, tidak wajar beri fail tersebut kepada kontraktor. Jadi untuk menyerahkan 'softcopy' lukisan pembinaan, seperti pendapat Pn Nik Ainun adalah tepat. Menyerahkan softcopy lukisan pembinaan dalam bentuk PDF. (ia tidak menyimpan maklumat rekabentuk).

 

4,930 points
7 votes

Prinsip utama pelaksanaan BIM adalah PERKONGSIAN MODEL bermaksud setiap pihak perlu menyumbang kepakaran kepada MODEL tersebut. 

Oleh itu, BIM MODEL WAJAR dikongsi kepada pihak yang memerlukannya. Persoalan yang timbul bagaimana untuk melindungi rekabentuk BIM daripada dicuri oleh pihak bertanggungjawab. 

Soalan menyatakan penyerahan kepada kontraktor untuk penyediaan as-built. Model boleh dikongsi dengan kaedah membuang karakter parametrik MODEL BIM tersebut dimana kontraktor akan menerima model didalam format bersifat universal ( contoh word format ditukar kepada pdf format) dan bukan lagi dalam format "native" revit, archicad dll.

Oleh itu, MODEL BIM perlu dikongsi untuk memastikan maklumat MODEL adalah lengkap sehinggalah untuk kegunaan peringkat pengurusan aset dan seterusnya. 

33,070 points
0
Thank you for the answer Aidzil.
0

welcome En. Shahrum

 

7 votes

Tidak perlu menyerahkan sebarang softcopy lukisan kepada kontraktor supaya lukisan As built yang JKR terima betul-betul disediakan mengikut pembinaan. Minta pihak kontraktor mengemukakan lukisan As-built dengan merujuk pembinaan yang mereka sendiri jalankan di tapak. Sila ukur, kenalpasti pindaan dan lukis semula. Boleh rujuk lukisan pembinaan yang ada di tangan mereka sama ada dari JKR atau perunding.

Saya juga mencadangkan supaya bayaran kemajuan kepada kontraktor/perunding dibuat setelah lukisan as built diterima. Tidak perlu meletakkan kelonggaran lukisan as built perlu dikemukakan dalam peringkat penyerahan bangunan. Ini secara tidak langsung membuktikan pembinaan di tapak dibuat berdasarkan lukisan yang valid dan terkini. Hanya perlu compile semula untuk tujuan tuntutan bayaran kepada JKR.

2,550 points
4 votes
Saya setuju dengan jawapan yang diberikan oleh tuan Aidzil. Model BIM banyak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek bermula dari fasa perancangan lagi.
Jika kita lihat, dan saya amat PASTI semua projek JKR yang kita telah siapkan, tidak ada satu pun lukisan 'as-built' yang betul-betul lengkap atau seperti yang dibina di tapam diberikan oleh pihak kontraktor.
Sekiranya model BIM digunakan mengikut proses kerja yang betul, maka pembinaan di tapak pasti akan mengikut model yang disediakan. Pasukan projek di tapak atau pihak kontraktor hanya perlu mengemaskini maklumat pembinaan ke dalam model bim tersebut. Dan isunya disini adalah wajar model bim diberikan kepada pihak kontraktor..? Pada saya wajar, kerana softcopy boleh diberi dalam bentuk *.dwfx atau *.ifc yang mana komponen/elemen di dalam model tidak boleh diubah.
Dan secara realitinya, banyak softcopy autocad bagi projek-projek sebelum ini secara sedar tak sedar kontraktor telah dapatkan daripada jkr secara sengaja ataupun tidak. Jika kita lihat, isunya adalah penguatkuasaan kita keatas kontraktor, walaupun jika kita meletakkan hak intelektual didalam kontrak..
Sudah tiba masanya kita ubah perkara yang akhirnya menyusahkan kita kembali di lain hari.
17,340 points
...