search
Log In
18 votes
183 views
Rekabentuk IBS dilihat lebih menjimatkan masa dan pembinaan ditapak lebih cepat. Namun pada masa sekarang, rekabentuk IBS merupakan rekabentuk baru, banyak butiran dan nota am IBS masih belum ada dan memerlukan penyediaan yang memakan masa. Berkenaan katalog IBS JKR, terdapat beam dan column yang diperlukan tiada dalam list katalog dan memerlukan rekabentuk baru dan penyediaan lukisan baru.

Adakah pihak HOPT telah mengambilkira masa yang diperlukan oleh Jurutera Struktur bagi penyediaan Lukisan untuk Tender?

Mohon pencerahan daripada tuan/puan. Sekirannya warga JKR yang ada softcopy untuk lukisan tender atau pembinaan bagi IBS mohon share/email kepada saya.

Terima kasih.
in Structure 2,230 points 4 11 18

2 Answers

5 votes
Masalah untuk pelaksanaan rekabentuk IBS secara dalaman adalah kompetensi pegawai untuk merekabentuk komponen IBS khususnya precast.

Memandangkan rekabentuk  IBS secara dalaman adalah bidang baru kepada JKR, adalah perlu setiap pegawai yang terlibat dengan rekabentuk dipersiapkan dengan pengetahuan tentang konsep dan detail rekabentuk.

Sumber rujukan juga adalah sangat terhad.
1,890 points 2 13 26
8 votes
Pertama sekali saya mengucapkan, Alhamdulillah dan tahniah kerana JKR telahpun melaksanakan rekabentuk IBS secara menyeluruh dalam semua projek-projek JKR. Selain itu juga saya difahamkan rekabentuk struktur juga telah mula menggunakan Eurocode.

Berkenaan dengan pandangan tuan, saya setuju rekabentuk IBS dapat menjimatkan masa terutamanya semasa pembinaan di tapak bina. Bagi menjimatkan masa semasa rekabentuk, saya mencadangkan agar semua unit di dalam CKAS dapat menggunakan satu 'bahasa' (standardization dalam lukisan pelan, butiran komponen, butiran tipikal, annotation, naming convention dsb.nya) dalam penyediaan lukisan. Manakala rekabentuk pula, perekabentuk perlu memahami konsep rekabentuk bangunan terutama semasa analisis rekabentuk (sebelum, semasa dan selepas) untuk sesebuah bangunan.

Dari segi masa dalam rekabentuk dan penyediaan lukisan, saya rasa pihak yang berkenaan perlu memahami piagam pelanggan dalam menyediakan rekabentuk dan juga proses/fasa dalam pelaksanaan projek yang mana ianya perlulah realistik (human/time/technology).

Sekian.
17,700 points 15 45 120
...