search
Log In
16 votes
119 views
Sistem Perakaunan Akruan menolak amaun pembelian serta merta dari akaun pada masa transaksi walaupun pembayaran belum dibuat, untuk memastikan baki kewangan terkawal.  Manakala Sistem Perakaunan semasa pula menempatkan amaun pembelian yang belum dibayar di bawah tanggungan, yang mana baki kewangan sebenar akan mengambilkira amaun tanggungan ini untuk mengawal baki kewangan. Saya tidak nampak perbezaan ketara cuma mungkin Sistem Perakaunan Akruan akan dapat mengelakkan ' terlepas pandang'  akibat  'human error'.  Apakah inovasi lain yang terdapat dalam Sistem Perakaunan Akruan? Harap dapat dikongsikan.
in Fixed Asset (Tak Alih) 2,750 points 6 23 31

1 Answer

7 votes

Kelebihan perakaunan akruan:

1. Sebarang amaun pembelian yang dibuat ditolak serta merta dari akaun semasa pada masa transaksi dibuat walaupun pembayaran belum dibuat 

2. Baki akaun yang terkini diketahui membolehkan pembelian dibuat berdasarkan kedudukan kewangan semasa, ia salah satu tool mengawal perbelanjaan yang diluar kemampuan. Serupa dengan akaun debit (berbanding akaun kredit) - kita akan berbelanja secara berhemah bila tahu duit sudah berkurangan

3. Mengelakkan bebanan hutang

 
-jawapan daripada Puan Maziahah
10,070 points 33 66 107
...