search
Log In
12 votes
114 views
in Helpdesk 4,220 points

4 Answers

7 votes
 
Best answer
Tuan,

Sebelum berlakunya perpindahan daripada JKR Midvalley ke KKR2 kita dah lihat betapa masalah parking yang dihadapi oleh staf JKR dah kritikal apatah lagi bila berlakunya perpindahan semua staf JKR dari Midvalley.

Tak silap saya KKR2 hanya menyediakan 1000 lots parking sahaja (boleh sahkan dengan CKBA) dan jika dicongakkan dengan parking merata termasuk di padang Merbok dan tepi jalan serta perpindahan semua staf dari Midvalley saya percaya masalah Parking akan terus membelengu warga JKR.

Bagi saya Parking tepi jalan yang disediakan untuk sementara sebelum ini perlu dikekalkan. JKR juga perlu memohon agar pihak KKR dapat memberi Kuota yang lebih kepada warga JKR untuk parking di blok B KKR.

Ini pandangan saya, terimakasih
26,850 points
selected by
4 votes
Pada pendapat saya masalah parking akan berterusan bukan di JKR sahaja tetapi di mana-mana kawasan di sekitar Kuala Lumpur. Ini adalah disebabkan oleh sistem Kenderaan Awam yang tidak efisien. Oleh yang demikian lebih ramai memilih untuk membawa kereta sendiri, kadangkala sebuah kereta hanya dinaiki oleh seorang pemandu.

Saya mencadangkan orang yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan bekerja di Kuala Lumpur berbasikal ke pejabat.
10,070 points
5 votes
Biasalah bagi setiap premis akan dibina agar dapat menampung unjuran pertambahan pengguna secara optima mengikut semua panduan dan syarat-syarat awal yang telah ditetapkan oleh semua pihak berwajib. Kadangkala akibat kekangan kewangan dan kawasan lapang yang terhad akan menyebabkan perkara ini tetap akan berlaku walaupun segala usaha telah dibuat untuk mengelakkan daripada gejala ini daripada terus berlaku.

Apa yang berlaku adalah ianya memang dapat menampung kapasiti pada peringkat awal pembukaannya tetapi selepas 3 atau 4 tahun selepas penggunaan atau pembukaannya itu adalah di luar dari jangkaan kita. Terlalu banyak contoh boleh kita fikirkan. Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti (PPUM) dan contoh terbaru adalah IKN yang baru siap telah menunjukkan lebihan kenderaan yang terpaksa dibuat sistem bas shuttle.
42,310 points
4 votes

Oleh kerana kerajaan sedang manggalakkan warga KL berbasikal, wajar juga disediakan parking basikal di kesemua premis kerajaan dan swasta.

10,070 points
...