search
Log In
22 votes
139 views
in Helpdesk 42,490 points 27 106 201
edited by

7 Answers

7 votes
 
Best answer

Pada pendapat saya pula, 

1. Dari segi prestasi; persoalan timbul apakah kriteria yang perlu dinilai untuk menunjukkan prestasi J-COP?

  • Bilangan user yang ramai?
  • Bilangan user yang aktif yang ramai?
  • Soalan yang banyak?
  • Soalan yang berulang yang banyak?
  • Jumlah soalan yang dijawap?
  • Jumlah soalan yang mendapat jawapan yang tepat?
  • Jumlah jawapan?
  • ................
  • ..............
  • Dan banyak lagi....

J-COP ini apa sebenarnya????

Jika mengikut pendapat saya, J-COP ini adalah seumpama:-

Iaitu satu platform untuk "Knowledge Sharing" untuk menyelesaikan masalah-masalah kejuteraaan dan pengurusan. Dan jika dilihat kesemua website seumpanya dinilai berdasarkan kualiti jawapan yang diterima oleh pengguna, bukannya jumlah soalan atau jumlah jawapan.

 

2. Dari segi kurang mendapat sambutan pula:-

  • Pencapaian J-COP adalah memuaskan, dan sambutan jika dilihat dari segi bilangan user meningkat saban hari. yes
  • Ambil iktibar dari KFC, sambutan akan timbul sendirinya apabila kualiti produk adalah terbaik. Oleh yang demikian, kualiti soalan dan jawapan perlu diambil perhatian.

 

3. Dari segi pendedahan dan penerangan pula adalah perkara biasa dalam 'marketing' sesuatu produk. Sama macam produk KFC, iklan hari-hari keluar TV, tiap-tiap minggu beberapa bulan ada menu baru. Jadi untuk J-COP, jika terdapat soalan/jawapan yang berkualiti tu, boleh la kongsi-kongsi cakap kat kawan-kawan atau bagi link dalam emel.

 

Just my opinion - not onion cheeky

 

 

 

4,930 points 5 26 43
selected by
4 votes
Saya masih ingat semasa Puan Roznita bentangkan JCop kepada JPICT yang mana one of many plan ada tercatat "Sustainability Plan". Dan ianya amat menarik minat YABrs TKPKR pada masa itu iaitu YABRs Dato' Annies. Dan saya percaya yang Pn Roznita and teams working hard untuk memastikan plan ini berjaya dan memuaskan hati semua. Ini adalah usaha yang sedang dilaksanakan oleh Unit ECKM Prokom.

Bagi pandangan saya dan apa yang saya dengan daripada "Y Generation" rata-rata telah memberi komen yang sedikit Negatif terhadap JCops antaranya ialah banyak persoalan yang jawapannya agak longgar dan ada juga soalan-soalan yang langsung tak terjawab walaupun kita tahu ada pakar pada bidang tersebut.

Bagi saya penglibatan "Y Gen" ini adalah petanda yang positif kepada JCop dan ianya perlu dikekalkan. Dan yang lebih penting adalah macamana nak tarik Pakar-Pakar yang masih agak "sejuk" untuk bersama-sama dalam forum ini.... inilah yang perlu difikirkan bersama dan saya percaya Unit ECKM Prokom sedang berusaha ke arah ini.

Saya yakin jika JCop ini bercirikan Dinamik, Kreatif dan berubah mengikut keperluan ianya akan kekal sebagai satu wadah perkongsian "Knowledge" di JKR. Saya sentiasa percaya "Knowledge" ini boleh digunakan untuk kecemerlangan JKR sebagai Penyedia perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan terunggul di Malaysia.

Ini pandangan saya yang agak "sejuk" sedikit untuk bersama-sama JCop.
27,170 points 72 155 199
4 votes

Saya bersetuju dengan Tuan Md Fairuz,

Pada saya, jika momentum soalan tak terjawab dibiarkan, ini akan merencatkan objektif utama pengwujudan Jcops, Tidak ramai (dengan izin) golongan senior  officers membantu dalam  pembudayaan ilmu dikalangan gen Y di Jcops. SYABAS dan Terima Kasih diucapkan kepada senior officer yang sudi dan down to earth  menjayakan knowledge sharing through experience. 

Wujudkan flyers, poster, advertisement supaya lebih ramai tahu..

wallahu'alam..

4,280 points 12 35 50
5 votes
Fakta: Bil Users 528 atau 14% of P&P di JKR

Yang Tak Aktif daftar sahaja (100 points): 284 atau 54%

Apa Pendapat Anda?
10,800 points 8 42 88
0

Pendapat saya, fakta tuan di atas menunjukkan J-Cop masih baru dan walaupun JCOP baru berumur berberapa bulan, ia telah berjaya menarik minat ramai P&P. Jika hendak analisis data tersebut, rasanya perlu lihat bilangan user mengikut masa. Baru dapat lihat perkembangan J-Cop ini.

Lihat data di bawah, data yang dianalisis menunjukkan penurunan penggunaan Google sebagai search engine dan peningkatan penggunaan Bing pada tahun 2010.

Search engine statistics and usage from WebDevelopersNotes.com - Google is the favorite but it's share is gradually decreasing. Updated: 2010-11-02

Source

Oleh yang demikian, perlu dikumpulkan data-data seperti di atas baru boleh komen/analisis prestasi J-COP. Data-data boleh dikumpulkan menggunakan statistik seperti yang tuan dapat (528 user) tetapi perlu dituai data-data tersebut mengikut perkadaran masa untuk mendapatkan graf untuk dianalisis.

0
bing adalah microsoft search engine. dipromosikan dan some sort macam forcedly used by microsoft dengan menggunakan produk-produk microsoft itu sendiri seperti windows dan embedded dalam browser internet explorer. kalau tiada support daripada produk2 microsoft sendiri mmg bing susah sket nak cari makan.

 

just my opinion.
6 votes
Pada pendapat saya buat masa ini J-Cop masih lagi kurang sambutan, saya rasa perlu banyak lagi pendedahan tentang benefits yang boleh diperolehi daripada portal ini.
10,070 points 33 66 107
4 votes
Para arkitek pun nampaknya masih kurang menggunakan platform J-CoP ini.
10,070 points 33 66 107
4 votes

Pendapat saya J-cop adalah satu usaha pembudayaan ilmu masa kini yang selaras dengan perkembangan teknologi. Saya percaya masih ada golongan JKR masih kurang peka, tidak pasti atau tidak ambil endah apa itu dan seterusnya menyumbang kepada kurangnya sambutan kepada J-cop. Kempen pendedahan J-Cop perlu diadakan secara berkala dan berterusan agar lebih ramai warga JKR menggunakkannya secara aktif. Penabmbahbaikan boleh dilakukan berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh pengguna. Apa yang penting disini satu mekanisma perkongsian ilmu perlu diadakan diperingkat jabatan, isu teknikal berbangkit j-Cop ini boleh diselesaikan kemudian. 

33,150 points 15 51 137
...