search
Log In
19 votes
138 views

Ini komen daripada mereka yang memerlukan kepastian mengenai "Benefits of BIM"

"There are a lot of anecdotal and surmised advantages to BIM being talked about, particularly by software vendors and other AEC leaders. Curiously enough, however, there is little-to-no actual tangible proof. This is not merely conjecture"

Ini pula komen daripada Nathan Taffard, BIM leader (Australia) at Meinhardt.

“We do it – yes. Does it create savings? Well yes, I think so, but I can’t categorically prove it in a court of law. And therein lies the problem. Unless you can record it, measure it, and analyse it, it becomes fantasy and not fact. That’s not to say it is not there but we have no framework at present for measuring BIM. It is more an assumed saving than money in the bank.”

"Given that this is so important to BIM viability, we should be looking for more ways to measure BIM. If it can be proven with empirical evidence, then we can expect contractors and owners alike to want to participate and then we will see that BIM deserves the hype."

“I have felt frustrations myself,” admitted Taffard. “Producing 5D models has definitely benefitted the QS in terms of the time and cost to provide their figures. To qualify this advantage to the client is much more difficult as it did not directly result in savings for them. This poses a conundrum since I cannot promote outcomes that save a sub-contractor money if the client pays the same regardless.”

So BIM Team,... keperluan untuk BIM success kat Industri ini bukan satu kerja yang mudah. Ia memerluak satu komitment yang jitu dan kerja sama semua yang terlibat.

Any comments or pandangan daripada Y Generation????

in BIM 27,230 points 72 155 199

3 Answers

4 votes
 
Best answer

Kebanyakan generasi Y telah didedahkan dengan B.I.M sejak wujudnya 'software game' yang berbentuk 3D. Jika kita lihat negara barat sebenarnya telah mendedahkan generasi muda mereka dengan perisian berbentuk 3D sejak dari kecil lagi.

Jika kita lihat negara maju adalah perintis untuk program 3D (modelling) sejak dari dahulu lagi. Apa kebaikannya?

Saya ambil satu contoh "flight simulator", cuba anda bayangkan betapa susahnya dan tingginya kos juruterbang untuk memahami dan belajar menerbangkan helikopter pada masa dahulu ketika belum wujudnya 'modelling'? Pada masa kini ia merupakan perkara yang mudah dan telah terbukti dalam melatih juruterbang baru. Jika kita lihat "joystick" untuk "software game" penerbangan hampir serupa dengan "flight control" helikopter sebenar. Ia bertujuan untuk memudahkan generasi pelapis mereka belajar sambil bermain. Sebab itu negara maju amat menggalakkan permainan di dalam pelajaran mereka.

Mereka juga menggunakan permainan 3D di dalam pembelajaran di sekolah mereka seperti contoh berikut:-http://ngvcivilization.wordpress.com/

Jadi timbul soalan, mengapa mereka sangat teruja dan bersungguh-sungguh di dalam 3D atau modelling ini?

Jawapan saya, ia kerana imej grafik 3D mudah untuk difahami. Imej grafik 3D meniru rupa seperti di dunia sebenar. Lihat gambar di bawah ini. Anda mungkin tidak percaya bahawa salah satu daripada gambar ini merupakan gambar B.I.M kerana ia sangat menyerupai dunia sebenar setelah siap pembinaan.

B.I.M (Gambar1)

Setelah Siap (Sebenar)

Jadi? Apa kelebihan B.I.M? 

Mungkin ada pernah dengar masalah-masalah ini:-

  1. Terlalu banyak pindaan lukisan pembinaan semasa peringkat pembinaan yang menyebabkan kelewatan projek.
  2. Masalah kontraktor tersalah baca lukisan pembinaan.
  3. Bangunan dah siap bina, tiba-tiba klien pergi tapak tengok bilik dah yang siap kecil, disuruhnya luaskan bilik tersebut.
  4. Audit datang tapak, cakap kenapa tidak bina 'floor trap' untuk "fire hosereel"? Dalam hati pegawai selia tapak cakap "dah tu dalam lukisan pembinaan xde tunjuk pun"
  5. Kesalahan-kesalahan kecil pada lukisan 2d seperti di dalam lukisan pembinaan ditulis tinggi pintu 210mm sepatutnya 2100mm.
  6. Lukisan pembinaan sukar difahami oleh klien. Terlalu banyak simbol.
  7. Tidak tahu yang mana satu lukisan pindaan yang terbaru.
  8. Perpaipan bertindih satu sama lain. Susun atur perpaipan perlu diubahsuai ditapak.
  9. Dan bermacam-macam lagi masalah yang dihadapi di tapak kerana kurangnya perancangan semasa rekabentuk.

Cuba anda bayangkan lukisan pembinaan anda adalah seperti Gambar1 (BIM) di atas. Saya rasa budak kecil pun boleh memahami lukisan pembinaan anda kan?

Jadi, kelebihan B.I.M :-

Terima Kasih

  1. Untuk meningkatkan komunikasi sesama Jurutera Rekabentuk (Arkitek, Awam, Mekanikal, Elektrikal, QS) di dalam bahasa yang mudah difahami iaitu bahasa 3D. Ia penting untuk mengelakkan percanggahan lukisan mengikut disiplin yang berbeza.
  2. Meningkatkan komunikasi antara JKR dengan "stakeholder"
  3. Boleh membendung masalah-masalah di atas jika setelah siap rekabentuk B.I.M, semua yang terlibat (JKR dan stakeholder) hadir untuk melihat dan komen hasil rekabentuk dalam bentuk maya sekaligus mengurangkan masalah koordinasi semasa pembinaan.
4,930 points 5 26 43
selected by
1

Video ini amat menarik yang menerangkan maksud dan kelebihan BIM.

1
Perlu melihat secara holistik... Sedikit sebanyak pengalaman sepanjang penglibatan dengan projek BIM di JKR, antara kelebihan menggunakan BIM: i. Planning Phase - Klien dapat melihat cadangan konsep bangunan secara 3D visualisasi dan penyediaan model arkitek adalah secara parametrik dan digital berinformasi ii. Design Phase - Penyediaan model untuk menyediakan lukisan tender bagi semua disiplin adalah lebih mudah kerana sekiranya perubahan dibuat, semua pandangan pelan, perincian yang berkaitan akan turut berubah (model berparametrik dan berinformasi) - Design Review dan Clash Coordination dapat dilaksnakan dengan mudah bersama semua disiplin dengan menggabungkan semua model di dalam satu perisian iii. Construction Phase - S.O dan Kontraktor lebih mudah faham kerana bangunan adalah secara 3D Visualisasi. Selain itu, model bangunan boleh diintegrasikan dengan perisian scheduling (Mic.Project/Primavera) dan secara tidak langsung dapat membantu S.O dan kontraktor bagi merancang pembinaan dengan lebih logik. iv. Operation Phase - Model boleh digunakan untuk tujuan rekod model dan operasi senggaraan *Nak ikutkan banyak lagi kelebihannya... Wallahu'alam...
6 votes
tuan,

tak semestinya perlu ada penjimatan kos baru terbukti keberkesanan pelaksanaan BIM dalam JKR. Pengurangan masa yg diperlukan untuk merekabentuk juga merupakan satu bentuk penjimatan yang dapat dirasai oleh pihak pelanggan. memandangkan salah satu strength BIM adalah memudahkan koordinasi di kalangan HODT pelbagai disiplin, mungkin apa yg boleh dibuat adalah membuat perbandingan masa yg diperlukan untuk menyiapkan rekabentuk melalui kaedah sedia ada dengan masa yg diperlukan menggunakan BIM.

jika dapat dibuktikan kebaikan BIM kepada semua HODT, saya tak nampak masalah kenapa BIM tidak boleh berjaya di JKR.

sekadar pandangan...
7,040 points 11 35 58
5 votes

reshown by
...