search
Log In
18 votes
316 views
in Human Resource Management 990 points 4 9 14

3 Answers

2 votes

Ianya serba mungkin.

 

Pengarah JKR Negeri boleh diterajui juga oleh PTD dan bukan setakat daripada lain-lain disiplin Arkitek mahupun QS. Jika dahulunya di zaman British dikenali sebagai State Engineer dimana hanya jurutera sahaja yang menerajuinya sehinggalah sekarang walaupun namanya sudah bertukar kepada Pengarah.

 

Skop kerja Pengarah masih memerlukan penjawatnya mempunyai pengalaman luas teknikal disamping tugas utama sebagai peneraju organisasi. PTD mempunyai keupayaan meneraju tetapi pengalaman teknikal yang agak terbatas. Begitulah juga agaknya mengapa PTD tidak menjadi Pengarah Hospital pada masa sekarang. Untuk masa akan datang semuanya boleh berubah. 

 

Bagi Jurutera Daerah, ianya dikhususkan kepada Jurutera kecuali jawatan tersebut ditukar nama kepada Pengurus JKR Daerah. Jika ditukar kepada Pengurus, ianya terbuka kepada semua disiplin termasuk PTD. Arkitek mahupun QS boleh sahaja mengetuai di daerah tetapi bukan pada masa terdekat, memandangkan skop kerja di daerah buat masa sekarang memerlukan jurutera. Seandainya skop kerja berubah pada masa akan datang, ianya sudah pasti terbuka kepada semua disiplin terutama kepada calun-calun yang mempunyai pelbagai kebolehan disiplin (i.e disiplin utama Arkitek, mempunyai pengetahuan dalam bidang Awam/Struktur, Elektrik, Mekanikal dan QS). Pegawai bawahannya hendaklah terdiri daripada pelbagai disiplin yang membantunya untuk buat keputusan. Dalam masa yang sama ia perlu melihat dimana ia berperanan selaras dengan Pertubuhan/Lembaga Profesional masing-masing.  

 

Sekadar pandangan saya. Terima kasih.

 

 

 

8,110 points 25 56 91 1 flag
4 votes

Salamz,

Pada saya kita perlu kembali pada hakikat sebenar.  Of course people are talking about performance.  U dun perform out u go. Shape up or ship out.

But then biarlah balik kepada kelayakan kita yang asal ie kita kembali kepada core business masing masing.

 

Kem. Pendidikan/Pelajaran core business nya adalah pelajaran. Maka bagi lah mereka yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan diletakkan sebagai Ketua Pengarah disitu. Jangan letak engineer, coz engineer core businessnya bukan mengajar atau determining  syllabus sekolah atau syallabus university etc. Bagi le kepada yang telah devote almost all their entire working live to teaching dan yg sewaktu dengan nya. Sedangkan dalam Islam kita di ajar, meletakkan sesuatu itu pun biar lah kena pada tempatnya.

 

Apakah our engineer x layak atau x mampu sebagai Ketua Pengarah Pendidikan/Pelajaran? Layak bukan tak layak. Mampu bukan tak mampu.

 

Orang yang kerjanya potong daging lembu di pasar pun boleh kalau nak letak sebagai Ketua Penjaga keamanan di Lahad Datu. Tetapi why letak seorang yang berpangkat tinggi dalam Polis atau tentera sebagai Ketuanya di sana. Its because they are trained untuk keadaan yang cam tuh. Kelayakan mereka baik dari segi kualiti paper atau kualiti fizikal, semuanya adalah ke arah itu. Maka udah tentu mereka lebih sesuai. Kerajaan telah membelanjakan berjuta juta ringgit untuk melatih mereka, mengajar mereka, hantar mereka training askar ke sandhurst,  training komando dan pelbagai.  Pengalaman mereka melalui segala kesukaran baik semasa perang, riot dan sebagainya nak letak kemana?

 

Boleh letak ketua tertinggi askar atau polis sebagai Ketua Pemotong Daging se Malaysia???.

Bolehhhhh kenapa tak boleh. Malahan semua orang boleh melapah, memotong daging lembu, mencincangnya hingga menjadi potongan kecil kecil dan seterusnya memasak kari kawah daging lembu

 

Namun perlu diingat. Dari seekor lembu, di ikat kemudian disembelih, kemudian dilapah dan kemudian dicincang kecil kecil untuk di masak, ada tekniknya. Kalau tak reti silap silap daging hancur. Daging yg dilapah tak habis, kerana tak reti melapah. Lemak lemak melekat kerana tak pandai nak buang. Last last bak kata oghang utaghaaa, kari hanguih, rendang tak jadi. Justeru bagi le tugaih tu pada mereka yang doq ada pengalaman. Depa tahu apa nak buat.

 

Thats why apabila Kem Pendidikan/Pelajaran beria ria nak buat projek pembangunan atau construction sendiri, saya rasa ianya tidak begitu tepat coz itu adalah core business engineer. We r trained untuk buat construction and what not. Our man kat site memang dah ada ie Jurutera Daerah and all his team.

 

Kalau Kem Pendidikan/Pelajaran nak buat construction, siapakah di tapak yang akan menjaganya? di kota tinggi johor, di seremban, di kota bahru kelantan, di arau perlis?

cik gu cik gu? pensyarah pensyarah?

JKR is the biggest technical agensi di Malaysia. we should gembelingkan tenaga pegawai pegawai kita. We must be proud of our own capability

 

Cakap saja, district mana yang tidak ada  team JKR? semua district ada JD, they are our frontliners. They are our unsung heroes.

Akan ada yang kata, bagi JKR, bangunan runtuh jugak, stadium runtuh jugak, atap masjid jatuh gak. 

Kalau bagi JKR yang berpengalaman ini pun, yg mana core business nya adalah engineering, bangunan runtuh,  apakah kalau di beri kepada mereka yang langsung tidak ada pengalaman ianya akan bertambah baik???

Kadang kadang orang compare, abis tu kenapa projek yg bukan di jaga oleh JKR ok, lebih baik pada JKR??? Boleh plak.

Helloooooo tambhy,

we must compare apple dengan apple. Apabile di beri kepada JKR semuanya constraint. Tapak projek kadang kadang tepi cerun, dalam paya. Coz pulak nak yang paling murah, abih camno, we r not comparing epal to epal but more like comparing epal ngan manggis.

Thus to sum up your question, to me and this is just my personal opinion, kembali lah kepada core business masing masing. tak kirer le PTD ke, doctors ke, whoever.........

 

Sebab core business datang dengan kelayakan, pengalaman dan all the paper quality, physical quality yang diperlukan.

 

 

And if that doesn't knock any senses to our brain, then  nothing will.

للهمّ يسر و لا تعسر

 

cool

 

 

 

14,870 points 12 50 137
edited by
0
Jika JD bukan Jurutera Daerah, nak panggil apa? Arkitek Daerah? Kan dah lain.

Jika ada masalah teknikal melibatkan rekabentuk, Jurutera boleh selesaikan sendiri (kena kompeten). Tetapi jika disiplin lain (cth: Arkitek), mereka perlu rujuk kepada pegawai bawahan seperti Jurutera Bangunan atau Jurutera Jalan. Jika kes rumit, perlu rujuk kepada sektor pakar atau HODT. So, jika JD bukan dari kalangan jurutera, JELAS mereka hanya akan bertindak / terlibat  dalam pengurusan jabatan sahaja.

Ini komen tak seberapa dari saya. TQ
0
Setuju sangat..harap top mgmt can say this out also..tapi..staff jkr kena juga tingkatkan kompetensi..dan tidak berpuashati dgn apa yg ada skg..
0

 

goooooooooood

yesyesyesyesyes

 

cool

0 votes

Soalan yang dikemukakan adalah sangat menarik kepada saya. 

Ia berkaitan kemungkinan PERUBAHAN yang mungkin dialami oleh JKR sekiranya displin lain DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMEGANG POS YANG SELAMA INI DIDOMINASI OLEH JURUTERA. 

Adakah Displin lain, akan dapat MEMBERIKAN NAFAS BARU kepada JKR agar kekal relevan di industri pembinaan yang semakin mencabar ini. 

Saya membaca jawapan dan pandangan yang dikemukakan oleh sahabat-sahabat seperjuangan tentang soalan ini. 

Saya mungkin boleh rumuskan pandangan yang diberikan seperti yang berikut dalam key points seperti di bawah:-

  1. Pengalaman
  2. Pengetahuan Teknikal 
  3. Core Business
Pandangan saya juga akan berkisarkan kepada key points ini. 
 
PENGALAMAN yang luas untuk dari segala aspek adalah penting untuk menjawat jawatan yang dinyatakan. Pengalaman yang saya maksudkan adalah bersifat holistik dari segi teknikal dan sosial yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Oleh itu saya tidak bersetuju sekiranya hanya PENGALAMAN dalam rekabentuk seperti dinyatakan dijadikan alasan utama kenapa displin lain tidak boleh dipertimbangkan. Adakah semua pegawai yang telah,sedang dan akan memegang jawatan ini berpengalaman dalam rekabentuk? 
 
Apa yang penting saya percaya pegawai dalam skim J mempunyai kemampuan teknikal untuk meneraju mana-mana jawatan dalam JKR cuma yang membezakan displin adalah subject matter jika kita ingin berada dalam rekabentuk PENGETAHUAN TEKNIKAL mestilah pada tahap yang baik.
 
Jika perkara CORE BUSINESS dijadikan sandaran saya berpendapat kita jadikan contoh bagaimana INDUSTRI, Arkitek menjadi LEADER didalam Projek Bangunan dan Jurutera dalam projek Infrastruktur. 
 
Sekian, sekadar pandangan saya. 
 
 
 
33,150 points 15 51 137
...