search
Log In
19 votes
210 views
J-Cop Cafe sebagai tapak pengkongsian maklumat dan pertukaran idea serta buah fikiran adalah amat diperlukan oleh organisasi yang besar seperti JKR. Namun adakah resolusi-resolusi ini berakhir di atas tapak, tanpa binaan konkrit, perlu diberikan perhatian serius. Asas dan tapak perlu kepada OUTPUT serta IMPAK yang akan menjurus kepada keperluan "Kepuasan Pelanggan". Oleh yang demikian mohon beri pendapat bagaimana caranya untuk merealisasikan J-CoP Cafe sebagai "The Starting Point on A New Beginning"...

Ramai kakitangan JKR yang mempunyai idea dan pendapat yang positif , namun ianya tersimpan di alam akal sahaja kerana takut kalau disalah ertikan apabila diutarakan di dalam sesebuah perjumpaan atau mesyuarat. Sebaliknya melalui J-Cop ianya akan lebih terbuka untuk disuarakan melalui catitan dengan penuh rasa tanggungjawab.
in Human Resource Management 990 points 4 9 14

4 Answers

10 votes

di dalam usaha berterusan JKR untuk menjadi sebuah learning organisation, jcop cafe merupakan salah satu saluran yang amat efektif bagi membolehkan warga jabatan untuk berkongsi maklumat dan pertukaran idea seperti yang Tuan nyatakan. merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Tuan, saya merasakan ianya berkait rapat dengan Argyris' single, double dan triple loop learning

majoriti daripada perbincangan di dalam jcop adalah lebih kepada single loop learning - incremental learning / detection and correction of error. bagi memastikan jcop cafe dapat membantu jabatan di dalam mencapai double dan triple loop learning yang perlu ada di dalam sesebuah learning organisation, output yang mungkin  boleh dihasilkan daripada jcop adalah seperti dokumen best practices, lesson learned dan white paper yang mana maklumat ini boleh digunapakai untuk menambahbaik prosedur dan garis panduan yang sedia ada.

38,810 points 30 74 143
4 votes
Bagi saya saya J-Cop boleh menjadi lebih daripada menjadi tapak perkongsian maklumat sahaja, ia boleh juga dijadikan tempat untuk berbincang dan mendapat kata putus tentang apa yang terbaik untuk JKR dan kakitangan JKR.
10,070 points 33 66 107
4 votes

Pendapat saya J-Cop BUKANLAH tapak perkongsian maklumat. Ini kerana web ini dibina bermula dengan Persoalan bukannya bermula dengan satu tajuk/topik yang ingin dibincangkan atau dikongsikan.

Sebagai contoh, saya mempunyai pengalaman di dalam menggunakan ms project ingin berkongsi ilmu. Bagaimana saya ingin berkongsi ilmu tersebut menggunakan J-Cop? Saya yang ingin berkongsi ilmu ini terpaksa mencari soalan yang ada kaitan dengan ms project. Itu pun kalau ada yang bertanya. Kalau tiada? Fikirkan

Pada saya J-Cop adalah platform untuk bertanya sahaja. Jika terdapat pegawai yang berkaitan 'online' pada waktu itu dan dia tidak sibuk, dapatlah dia menjawab soalan yang ditanya.

Platform yang sesuai untuk berkongsi ilmu adalah melalui web berbentuk forum.

4,930 points 5 26 43
0
Secara amnya, JCoP merupakan salah satu platform/tool yang boleh digunapai di dalam perkongsian maklumat - yang mempunyai pros dan cons. Saya bersetuju dengan pendapat Tuan, sekiranya topik yang berkaitan tidak ditanya oleh mana-mana pengguna, ianya tidak akan dibincangan dengan lebih lanjut di dalam JCoP. Saya juga bersetuju dengan cadangan untuk menyediakan laman yang berbentuk forum di mana maklumat berkaitan dengan projek dapat dibincangkan mengikut tajuk/topik dengan lebih tersusun.
5 votes
Secara amnya, JCoP merupakan salah satu platform/tool yang boleh digunapai di dalam perkongsian maklumat - yang mempunyai pros dan cons. Saya bersetuju dengan pendapat Tuan, sekiranya topik yang berkaitan tidak ditanya oleh mana-mana pengguna, ianya tidak akan dibincangan dengan lebih lanjut di dalam JCoP. Saya juga bersetuju dengan cadangan untuk menyediakan laman yang berbentuk forum di mana maklumat berkaitan dengan projek dapat dibincangkan mengikut tajuk/topik dengan lebih tersusun.
 
Namun begitu, berdasarkan kepada sambutan yang diberikan oleh pengguna JCoP setakat ini, saya mendapati ianya merupakan satu platform yang bersesuaian (berdasarkan kepada objektif asal penubuhan JCoP) dengan cara warga Jabatan menjalankan tugasan seharian. Kebiasaannya apabila terdapat sebarang masalah yang dihadapi, pengguna akan cuba mencari jawapan dengan bertanya kepada seseorang ataupun merujuk kepada garispanduan/manual.
 
Dengan menggunakan ciri-ciri yang terdapat di dalam JCoP, pengguna boleh terus menaip soalan tersebut - sekiranya terdapat soalan yang sama yang telah ditanya oleh pengguna sebelum ini, JCoP akan dapat mengesannya berdasarkan kepada kata kunci yang digunakan dan soalan/jawapan tersebut akan dipaparkan. Fungsi ini amat berkesan berbanding dengan penggunaan social media seperti Facebook group yang membenarkan sebarang soalan ditanya walaupun terdapat kemungkinan ianya adalah repetitive questions.
 
Penggunaan forum juga berkesan di dalam perkara ini. Namun salah satu isu yang saya dapati mengenai forum (berdasarkan pengalaman saya menggunakan forum cari.com.my dan lowyat.net), sekiranya topik tersebut telah dibincangan dan maklumbalas yang diterima mencapai 10 m/s dan ke atas, agak sukar untuk saya mencari maklumat yang diperlukan - pengguna perlu menyemak setiap helaian untuk mendapatkan jawapan (we can become overwhelmed at times)
 
Mungkin buat masa sekarang, maklumbalas kepada soalan yang ditanya ada yang mengambil sedikit masa untuk dijawab (sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuan, di dalam kes di mana pegawai offline dan sebagainya). Akan tetapi saya percaya dalam sedikit masa lagi, Insya Allah, apabila JCoP semakin dikenali dan diguna oleh ramai pihak, maklumbalas tersebut akan didapati di dalam masa yang singkat.
 
Apa yang penting, penggunaan JCoP sedikit sebanyak telah membantu untuk membudayakan perkongsian maklumat di kalangan warga JKR sebagai salah satu usaha berterusan untuk menjadikan JKR sebagai sebuah organisasi pembelajaran(terutamanya tacit knowledge yang sememangnya diketahui ramai sukar untuk diterjemahkan di dalam bentuk perkataan/gambarajah/imej).
38,810 points 30 74 143
...