search
Log In
16 votes
70 views
Assalam.
 
Pada pendapat saya apa jua keputusan yang hendak di ambil hendaklah mencerminkan budaya hidup sebagai seorang ISLAM yang mempraktikkan AMALAN mengikut Al Quran dan Sunnah. Keputusan untuk menempatkan pegawai-pegawai JKR bukan hanya boleh diasaskan kepada bilangan tahun perkhidmatan di sesuatu tempat, sebaliknya perlu mengambil kira aspek kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
 
Contoh:
 
Jika ia seorang pegawai yang bermasalah, dan hanya dengan pertukaran masalah ini dapat diselesaikan seterusnya memberi kebaikan kepada semua STAKEHOLDER.....( Jabatan, Negeri, Pihak Istana, Isteri, anak, IBU Bapa, dll) dan tidak melanggar mana mana hukum dan peraturan ALLAH SWT......) dengan itu tidak perlu tunggu tiga tahun untuk ditukarkan. Sebaliknya jika ia pegawai yang bagus, berintegriti, disayangi semua, produktif dan proaktif....tidak ada sebab kenapa perlu ditukarkan. 
 
Kita semua perlu ingat, hidup bukan lama.... hanya seperti masa antara Azan dan Qamat... terlalu singkat. Jika kebaikan yang dapat kita berikan, tidak ada sebarang sebab kenapa ia perlu dihalang? tetapi sekiranya perkhidmatan sesaorang pegawai itu amat diperlukan bagi kebaikan sejagat untuk jabatan dan negara....tak mengapa....sedangkan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar bersama anak kecilnya di tengah-tengah padang pasir....kerana Allah.
 
Kesimpulannya, apabila kita melakukan sesuatu kerana ALLAH. InsyaALLAH....ada kebaikan dan keberkatan.
 
 
 
Wassalam.
in Human Resource Management 990 points 4 9 14

1 Answer

2 votes
Sekiranya apa yang di buat itu adalah untuk kebaikan dan tidak menyakiti atau menzalimi sesiapa (adil), maka itulah nilai Islam.
10,070 points 33 66 107
...