search
Log In
13 votes
149 views
in Civil 990 points 4 9 14

1 Answer

3 votes
JKKP atau nama glamournya DOSH, menjalankan tugas mereka berkaitan hal-hal keselamatan di tapak bina samada projek swasta mahupun projek Kerajaan. Bukan perkara baru.
 
CIDB pula mengambil alih tugas PKK.
 
MoF dan ICU, akan berkunjung ke projek-projek dalam ketegori lewat dan sakit kerana mereka perlu melaporkan kepada pihak atasan mereka.
 
Imigresen - juga bukan perkara baru dalam mengatasi masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di tapak pembinaan.
 
SPRM - akan menjenguk dan bertanya khabar sekiranya mereka menerima aduan khususnya penyalahgunaan kuasa atau ketidakaturan kerja yang boleh ditafsirkan kepada suapan.

Majlis Kerajaan Tempatan pula dengan Kebenaran Merancang (Development Order) dan ianya juga bukan perkara baru.
 
Lain-lain : Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Audit Pematuhan ISO, Audit Dalam, Audit Luar, Naziran (dah lama perkataan ini tidak digunakan)
 
Dalam kata lain mereka menjalankan tugas mereka. Dan kita pula menjalankan tugas kita. Kesan kepada mereka di tapak... Letih.
8,110 points 25 56 91
...