search
Log In
15 votes
74 views

Rasanya lebih tersusun dan tidak timbul masalah soalan berulang dan lebih mudah untuk berkongsi ilmu kerana user boleh buka sesuatu topik untuk berkonsi ilmu.

Web berbentuk forum yang saya maksudkan adalah seperti web :-

http://www.gempak.org/

https://forum.lowyat.net/

Adakah terdapat perancangan untuk perkara ini?

in Helpdesk 4,930 points 5 26 43

2 Answers

3 votes
 
Best answer
Saya bersetuju dengan pendapat Tuan mengenai kelebihan yang ditawarkan melalui penggunaan forum di dalam proses perkongsian maklumat - forum membolehkan pengstrukturan topik dan sub topik yang lebih tersusun di dalam folder yang berasingan dan ini memudahkan pengguna untuk mencari topik yang diingini. Di samping itu, perbincangan demi perbincangan dapat dijalankan bagi setiap topik yang berkenaan selagi pengguna mendapati terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Penggunaan forum di dalam konteks ini saya dapati amat berguna untuk menyokong fungsi laman JCoP yang sedia ada dan inisiatif KM di JKR secara amnya. JCoP portal lebih merupakan sebuah laman Q & A, di mana pengguna akan bertanyakan soalan dan pengguna lain yang mempunyai jawapan atau komen akan memberi pandangan mereka. Apabila respon telah diberikan dan ianya dipilih selaku Best Answer oleh pihak yang bertanya, kebiasaannya tiada lagi perbincangan susulan. Pengguna lain boleh memilih samada untuk menerima respon kepada soalan tersebut atau tidak, bergantung kepada keadaan. Penggunaan search function dan tags amat berguna dan penting di dalam JCoP portal.

Manakala melalui forum, pengguna boleh menyuarakan pendapat beliau mengenai sesuatu isu semasa tanpa mengharapkan satu jawapan yang terbaik, sebaliknya beliau ingin memulakan sesi perbincangan bagi mendapatkan pandangan umum mengenai isu tersebut. Walaupun ada juga yang menggunakan forum selaku laman Q & A, secara umumnya pengguna sedia maklum mengenai elemen lack of urgency di dalam forum berbanding dengan laman Q & A. Dan kebiasaannya, lanjutan daripada sesi perbincangan yang berlaku di dalam forum ianya boleh menyumbang sebagai basis kepada elemen inovasi yang amat diperlukan oleh sesebuah organisasi seperti JKR.
39,540 points 30 76 149
selected by
5 votes

Tuan, cadangan tuan amat baik dan perlu dilihat secara positif oleh pihak Pengurusan.

Berikut adalah ulasan saya mengenai JCop dan Web bentuk Forum.

Pertamanya kita perlu lihat apakah Objektif JCop. Ini intipati ucapan oleh YABrs Dato' Ir. Hj. Annies selaku KPKR.

"JCoP merupakan satu rangkaian di mana pemerolehan pengetahuan, perkongsian ilmu dan pemindahan maklumat yang dilakukan secara maya antara pakar rujuk yang telah dilantik oleh JKR"

"Penggunaan IT dalam menjalankan tugas harian kita kini telah menjadi amalan biasa terutama bagi generasi masa kini dan JCoP merupakan platform interaksi yang sesuai. Saya menggalakkan semua warga JKR untuk menggunakan JCoP sebagai medan ilmu dan perantara. Bagi mereka yang akan bersara JCoP boleh dijadikan medan untuk kita meletakkan segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi semasa bekerja. Semoga ilmu ini nanti dapat dimanafaat oleh generasi JKR yang akan datang."

So.. apakah mesej kat sini,.. bagi saya ianya untuk meningkatkan Kompetensi setiap Staf di JKR dengan berlakunya "Knowledge Sharing" di Jabatan.

Apapun yang hendak dilaksanakan,.. Blog, Facebook, atau apa saja yang setara dengannya perlulah lihat kepada Objektifnya dan komitmen daripada semua staf Jabatan adalah penting terutamanya yang telah bergelar PAKAR.

Bagi saya Forum, Blog atau Konsep Facebook, semuanya perlu kepada satu tujuan iaitu "Knowledge Sharing" untuk meningkatkan kompetensi dan seterusnya menaikkan Imej Jabatan. 

27,230 points 72 155 199
...