search
Log In
18 votes
286 views
in Project Management 10,070 points 33 66 107

1 Answer

7 votes
 
Best answer
En Shahrum,

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi serba sedikit mengenai persoalan ini untuk pengetahuan Shahrum dan pembaca di Laman JCoP.

Untuk pengetahuan Shahrum, saya ditukarkan ke Bahagian Teknologi Maklumat (iaitu Unit CADD) pada Jun 2010 dan ditugaskan untuk menyediakan Teknologi dan Governance BIM untuk JKR. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Untuk makluman, boleh dikatakan 90% teknologi BIM berjaya disediakan yang terdiri daripada Perisian2 (peringkat pertama untuk design dan scheduling) yang berkaitan (antaranya Autodesk Revit, Civil 3D, CostX, Ecotech, IES, Naviswork dan Orion serta Robot). Manakala untuk perkongsian Data kita menggunakan eCOMs sebagai Platform. Bagi Database pula BTM menggunakan Open Platform iaitu MySql, Post Grey SQL dan MSSQL.

Bagi semua perisian dan teknologi yang dinyatakan itu, BTM telah menyediakan Server khusus untuk users access kepadanya. So sepatutnya ianya bukan lagi isu yang besar. Storage bagi semua server ini adalah 2 Tera dan sekiranya ia telah mencapai 50% penggunaan, BTM akan upgarde/tambah storage lagi. Server yang disediakan ini adalah latest dipasaran. BTM juga menyediakan Backup bagi memastikan data tidak hilang sekiranya berlaku bencana.

Perkara ini telah dibentangkan kepada Jawatankuasa dan saya tak pasti samada mereka ambil berat atau tidak. Apa yang saya dengar, Unit BIM pun tak guna Server ini dan mereka menggunakan CPU khas untuk sharing data. Anaything berlaku pada CPU itu maka semua data kana hilang.

Mungkin isu sekarang ini ialah Line Internet agak slow sebab itu mereka tidak menggunakan perkhidmatan dari Server BTM. BTM melihat dengan serius perkara ini dan dalam Projek ICT (J10) saya rasa ianya telah diambil perhatian.

Buat masa sekarang eCOMs bertindak sebagai Front end untuk perkongsian Data/information dan bila projek J10 siap, Protal J10 akan menjadi Front end kepada perkongsian data/Information tetapi eCOMs masih lagi sebagai plat form bagi Contents management dan ia berkerja sebagai Back end untuk penyimpanan Data/Information dan perkongsian Data/Information.

Doakan supaya BIM dan Projek J10 di JKR berjaya.

Sekian, Mohd Fairuz (Bekas Ketua Unit Inovasi Teknologi Kejuruteraan, BTM)

Sekian, sekadar perkongsian apa yang saya dan staf saya buat di BTM dulu
27,230 points 72 155 199
selected by
0
Amin. Terima kasih atas clarification.
...