search
Log In
25 votes
123 views
in Project Management 10,070 points 33 66 107
0
1.Sikap tidak acuh ktgn.. 2.Malas 3.Tak nampak impak survey kpd mereka 4.Tiada apa tindakan akan dikenakan kepada mereka jika tidak melengkapkan survey

6 Answers

10 votes
Sememangnya sambutan selalu dingin. Apa yg berlaku di PROKOM, Pengarah akan minta semua ketua unit pastikan anak buah mereka mengisi borang online dan laporan berkala dibuat kpd beliau. Komitmen dari pengurusan atasan amat penting.
6,150 points 6 17 33
8 votes

Saya berpendapat kita (JKR) tidak (atau kurang) membudayakan dalam menjayakan survey secara online. Kita masih ditakuk lama yang memerlukan salinan  hardcopy untuk menjawab soalan survey (yang mana boleh dikatakan ketinggalan zaman). Ada sesetangah memerlukan soft touch, katanya.

Mindset kita di JKR perlu diubah. Sekarang, semuanya ke arah ICT. Kecekapan ICT perlu ditingkatkan juga.

770 points 1 3 7
3 votes
Terima kasih kepada saudara atas soalan yang dikemukakan. Walau pun soalan ini sebenarnya amat biasa dan umum dimana semua orang boleh dikatakan sedar dan sangat faham akan budaya yang telah sedia ada dalam minda dan mentaliti bukan sahaja warga JKR tetapi sebagai rakyat Malaysia secara keseluruhannya walupun tidak semuanya.

Kita boleh melihat dalam banyak situasi seperti kes bayar saman kereta motor, bayar hutang kereta atau apa-apa pinjaman dan juga lain-lain perkara yang memerlukan tindakan kita sendiri, selalunya tindakan akan diambil pada saat-saat akhir tempoh yang diberikan hatta dalam kes dianggap kecil sekalipun seperti di pejabat. Dalam banyak hal juga apa yang terjadi adalah kita mengemukakan atau menyelesaikan selepas tempoh masa yang diberikan.

Apa yang diperhatikan survey online seperti yang disebut itu adalah semacam perlu dibuat sekiranya  kita ingin meneruskan atau memasuki sistem mykj umpamanya tetapi kta terasa seperti mahu menangguh untuk meneruskan kepada soalan-soalan dalam survey tersebut apalagi bila soalan-soalan yang kita rasa susah nak faham dan tentukan skala yang lebih sesuai. Untung jugalah ada pihak-pihak atasan yang selalu memantau dan memastikan tarikh perlu dipatuhi dan email-email peringatan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
42,490 points 27 106 201
edited by
0
Tuan, dalam erti kata lain, kita ni perlu pemantauan 100% daripada TOP baru kerja jalan. Betul ke?

Macamana nak atasi masalah ini? Bagi saya betullah kata Mantan PM, Tun Dr Mahathir, orang Malaysia terutamanya dari kalangan Melayu ini tak suka berusaha untuk memajukan diri dan bergerak terus ke hadapan. Mereka masih lagi memerlukan sokongan untuk bergerak.

Mungkinkah sikap ini akan berlanjutan selagi kita bergelar Melayu???

Mungkin saya bernasib baik kerana lahir bukan dari 100% Melayu.

Maaf cuma komen sahaja.
0

Tidaklah pemantauan yang 100% tetapi seperti disebut berkala atau sekali sekala (random) adalah memadai kerana kita ini manusia banyak kelemahan terutama sekali lupa walau pun telah beberapa kali diperingatkan dan juga tidak merasa kita diperhatikan setiap detik. Sekarang ini ada pihak-pihak yang agak berkemampuan telah menggunakan close-circuit tv (cctv) bagi mengatasi masalah ini. Kita semua faham bahawa selagi manusia bergelar manusia macam itulah, kecualilah insan yang telah  benar-benar sedar atau telah disedarkan bahawa dia di bawah pemerhatian yang Maha Melihat setiap detik dan ketika (termasuklah waktu tidur atau tidak sedar diri (mabuk, koma, dibius), kita tetap diperhatikan walaupun kita tidak sedar). Ada juga pihak-pihak lain yang memberikan imbuhan kecil berbentuk material bagi memastikan survey yang amat penting bagi syarikatnya atau dirinya agar berjaya dijalankan.

5 votes
1. Skema Jawapan Survey yang tidak dapat mencermin praktikal atau rasional sebenar isu yang disurveykan.

2. Soalan berbelit-belit

3. Soalan terlalu banyak dan menganggu tugas hakiki pegawai

4. Adakalanya Soalan berdasarkan rating 1 ke 10 tidak sesuai, lebih baik gabungkan dengan jawapan subjektif/esei

5. Faktor utama: due date survey patut tamat semalam tetapi harini baru emal minta isi survey (short notice)
9,490 points 25 58 108
0
Sangat setuju dengan pandangan mfaizul
5 votes

Pandangan saya:

1. Kepentingan anonymity - Bagi mendapatkan maklumbalas yang jujur dalam apa-apa kaji selidik, baik atas talian atau atas kertas, anonymity perlu dititikberatkan, terutama dalam organisasi konvesional seperti JKR. Most of us would be reluctant to give honest feedback due to fear of any negative subsequences. 

2. Rekabentuk kaji selidik yang kurang kemas dan soalan-soalan yang mengelirukan.

3. Tiada keyakinan bahawa kaji selidik yang dijalankan akan membawa apa-apa kesan dan perubahan terhadap organisasi.

320 points 1 4 8
0
Sangat setuju dengan pandangan Izzat...
2 votes
Ia bergantung kepada masa dan bentuk soalan yang dikemukakan. Sekiranya soalan yang dikemukakan terlalu panjang dan meleret agak sukar untuk menjawab kerana kualiti server yang kurang memuaskan. Walaubagaimanapun, secara peribadi, saya akan memberikan sepenuh kerjasama untuk menjawab sebarang soal selidik sama- ada untuk tujuan penyelidian pengajian atau jabatan.

Pihak atasan juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan untuk memberikan kerjasama dalam menjawab soal selidik secara online.
1,410 points 4 10 23
...