search
Log In
13 votes
111 views
in Integration Management 2,450 points 9 21 28
0
Secara amnya kurang membantu kerana kebanyakan pengurus projek VACCINE bagi tajuk-tajuk penting di bawah pengurusan projek telah menarik diri. Ini menyebabkan 'pains' JKR yang telah dikumpulkan sebelum program VACCINE dilaksanakan tidak dapat diberi cadangan penambahbaikan melalui program tersebut.

2 Answers

2 votes
 
Best answer

Sepatutnya apabila kompetensi pegawai-pegawai bertambah baik, secara tidak langsung ianya diterjemahkan kepada peningkatan penyampaian projek. Tiada peningkatan yang ketara setakat ini pada pandangan saya. 

 

We're missing some linkages somewhere. I think we really need quick results or otherwise; the opportunity will be lost and grab by others. Our clients cannot tolerate anymore. 

8,110 points 25 56 91
edited by
4 votes

Saya mencadangkan agar kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pegawai JKR, sebagai contohnya di dalam program kerjasama UITM-JKR ini dapat dikumpulkan dan dapatannya dapat dimaklumkan kepada warga JKR yang lain samada melalui laman web, email atau penerbitan.

 

Di samping itu, sekiranya para pegawai ini diberi platform untuk berkongsi dapatan daripada kajian-kajian tersebut seperti sesi perkongsian maklumat, saya percaya sudah pasti mereka akan bersedia untuk berbuat demikian. Dengan cara ini, warga JKR akan mendapat manafaat yang sepenuhnya, Insya Allah. Untuk pembangunan jabatan secara holistik, amat penting agar proses pembelajaran individu/kumpulan dapat dipindahkan kepada pembelajaran organisasi bagi menuju ke arah 'learning organization'.

39,540 points 30 76 149
...