search
Log In
20 votes
157 views
Berdasarkan soalselidik yg diadakan secara dalaman kepada semua kump sokongan, rata2 tidak tahu kewujudan JCOp serta berpendapat ianya tidak interaktif dan tidak menarik. selain drp marketing kpd semua pegawai JKR, sy rasa Jcop perlu kaji 'selera' golongan2 yg belum log in JCOP. contohnya, mengapa org suka Facebook?..maybe ciri2 yg ada pd facebook dipalikasi kpeda laman Jcop supaya lebih menarik. contohnya gunan nama2 yg menarik utk himpunan benchmarking dan lesson learn JKR...BOND  (Benchmarking Online Networking Database System).
in Human Resource Management 250 points 1 3 4

6 Answers

7 votes
 
Best answer
assalam,

secara peribadi saya merasakan isu interaktif ini bukan isu yg besar dan memerlukan perhatian segera. isu yg lebih penting dan memerlukan tindakan adalah penerimaan dan utililzation oleh semua warga JKR terhadap tools yg ada di depan mata.

kita boleh sediakan laman yg penuh interaktif menggunakan flash, html5 dan lain2 tapi ia akan sia-sia jika soalan yg ditanya dalam JCOP ini tidak berjawab. bukankah objektif utama terbinanya JCOP adalah untuk membantu warga JKR bertanya dan berkongsi ilmu / pengalaman?

jangan kita lupa juga laman web yg interaktif akan lebih membebankan kerana memerlukan bandwidth yg lebih tinggi?

 

sekadar pandangan peribadi sy..
7,040 points 11 35 58
selected by
0
Terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan. Sememangnya salah satu kekangan utama yang dihadapi oleh mana2 laman Q & A seperti JCoP Cafe, Yahoo Answer, Quora dan Stack Overflow adalah untuk memastikan soalan yang diutarakan pengguna mendapat jawapan atau komen dari pengguna lain. Bagi tujuan ini, pasukan ECKM sedang giat mengambil langkah2 yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini seperti mendapatkan maklumbalas daripada SMEs.

Di dalam itu, bagi memastikan laman JCoP Cafe dapat diakses dengan mudah dan pantas sesuai dengan objektifnya sebagai sebuah laman Q & A, penggunaan imej dan grafik adalah dioptimumkan.
7 votes

Untuk mencapai tahap seperti 'Facebook' dan yang sewaktu dengannya, pada pandangan saya ianya akan mengambil masa kerana kita perlu tahu apa Core Business JKR. Facebook melaburkan wang, masa dan tenaga pada laman sosial tersebut kerana itu adalah core business mereka. JKR sebagai agensi teknikal terulung dan penasihat teknikal kerajaan lebih fokus untuk memberikan khidmat perkhidmatan kepada kementerian pelanggan. 

Masalah yang mungkin akan dihadapi:-

  1. Impak Kewangan - Pelaburan untuk membesarkan server dan database. Semakin besar jumlah trafik pengguna, semakin besar saiz dan kapasiti data.
  2. Impak Sumber Manusia - perlu ada kakitangan untuk maintain sistem sedia ada.

Walaubagaimanapun, saya menyokong usaha agar JCop dan JKR lebih interaktif selari dengan perkembangan ICT negara. Lukisan, Data, lesson learnt, jurnal, thesis report daripada warga JKR dll dapat dihimpun dalam satu database untuk rujukan generasi akan datang. Saya juga bersetuju idea dan survey untuk menarik minat lebih ramai warga JKR perlu dilakukan.

 

Sebagai langkah awal, saya cadangkan lebih banyak advertisement mengenai JCoP dalam setiap aktiviti rasmi JKR seperti Mesyuarat SOC, Mesyuarat Pegawai Kanan yang lain, latihan-latihan anjuran JKR dsb. Untuk memulakan sesuatu, biarlah merangkak dahulu sebelum mula berlari. Langkah dan usaha awal yang dilakukan oleh JKR melalui JCoP sangat dialuk-alukan dan diharap dapat berkembang lebih meluas. Agensi kerajaan yang lain juga sudah mula mewujudkan laman interaktif masing-masing, tetapi saya dapati laman yang diwujudkan JKR ini lebih aktif. 

14,020 points 28 46 82
edited by
0
Terima kasih di atas maklumbalas dan cadangan yang diberikan. Pasukan ECKM JKR kini sedang giat menjalankan aktiviti promosi melalui roadshow yang diadakan di IP JKR dan JKR Negeri. Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Insya Allah, aktiviti promosi inisiatif ECKM seperti CoP, JCoP dan JPedia akan dipergiatkan lagi di masa hadapan.
6 votes
assalamualaiukm/ selamat sejahtera

saya cadangkan supaya sekurang-kurangnya notification pada email JKR.GOV.MY terhadap respond atau perbincangan di baru JCOP di 'link' kan.

ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian pegawai-pegawai di JKR terhadap semua isu yang diutarakan. Medan forum seperti ini adalah amat berguna dan membantu sekali SEKIRANYA AKTIF, tetapi adalah mustahil untuk seorang pegawai kerajaan membuka pelbagai website untuk beberapa tujuan sedangkan kita telah ada email, Hrmis, MyKJ, MyLatihan, etc dan sekarang JCOP. pada hari ini, saya dapati pelbagai isu menarik telah dilontarkan tetapi, kurang mendapat respond. sungguh merugikan dan amat sayang sekali sekiranya medium ini akhirnya menjadi boneka sahaja.

Pendekatan yang digunakan oleh facebook, twitter, google, tmblre, instagram, yahoo answer dan lain-lain wajar dicontohi kerana dengan LINK, mereka mampu menjadikan web mereka aktif walaupun mempunyai operator yang berbeza.

saya menyokong supaya JCOP lebih interaktif.

terima kasih
960 points 2 7 14
0
Terima kasih di atas cadangan tersebut dan sokongan berterusan yang diberikan. Pasukan ECKM JKR mengambil maklum mengenai cadangan ini dan akan dibincangkan dengan lanjut. Utk makluman, sebagai salah langkah bagi menggalakkan penggunaan JCoP di kalangan warga JKR, terkini pasukan ECKM JKR telah memperkenalkan e-newsletter JCoP.
8 votes
Saya cadangkan agar JCOp diwujudkan dalam apps smartphone. Android dan apple... Memandangkan zaman sekarang smartphones merupakan satu kemestian.
17,700 points 15 45 120
0
Cadangan yang menarik dan praktikal memandangkan kini semakin ramai warga JKR yang memiliki smartphones. Insya Allah, akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai cadangan ini. Buat masa sekarang, Tuan boleh menggunakan aplikasi Feedly untuk mengakses JCoP dengan lebih pantas dan mudah.
6 votes

Setuju dengan pandangan bahawa objektif J-cop adalah platform untuk perkongsian ilmu dan bukan bersifat komersial seperti facebook dan sebagainya. Oleh itu capaian J-cop perlu dikembangkan agar mudah diakses sebagai contoh melalui https://feedly.com yang saya pelajari melalui bengkel J-Cop baru-baru ini. 

33,150 points 15 51 137
0
Terima kasih di atas maklumbalas dan sokongan berterusan yang diberikan oleh Tuan. Insya Allah, makluman mengenai penggunaan Feedly akan diwar2 kan di dalam newsletter serta sesi awareness @ roadshow bagi menggalakan penglibatan yang menyeluruh dari warga JKR.
6 votes
Pada pendapat saya mungkin antara sebab JCOP kurang mendapat maklumbalas mungkin kerana mereka tidak mahu mengambil liabiliti ke atas jawapan-jawapan yang diberi.

Bagi saya format JCOP sekarang adalah sesuai dengan Jabatan. Mungkin cabarannya ia perlu lebih promosi supaya lebih dekat dengan semua kakitangan. Perlu iklan yang lebih 'fancy' dan 'catchy' supaya ia tidak nampak terlalu formal dan lebih mesra. Carilah cara bagaimana untuk menggunakan JCOP sebagai sebahagian daripada pengurusan projek-projek kita selain dari emel sedia ada. Penggunaanya perlu dipelbagaikan secara lebih kreatif supaya JCOP akan nampak lebih santai.

Walaubagaimanapun saya bersetuju dan menyokong semua ulasan-ulasan lain yang telah dikemukakan. Keep it up!
2,550 points 5 21 30
0
Terima kasih Tuan di atas maklumbalas dan cadangan yang diberikan. Pasukan ECKM JKR akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk mempromosikan JCoP dan penggunaannya di kalangan warga JKR sama ada di peringkat Ibu Pejabat, JKR Negeri dan Kader. Di samping itu, usaha juga sedang dilaksanakan untuk menambahbaik JCoP Cafe bagi memastikan ianya mesra pengguna dan mudah untuk digunakan.
...