search
Log In
15 votes
206 views
Apakah perbezaan Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) yang dianjurkan oleh INTAN selama 1 Bulan dengan Persijilan dibawah  kompetensi Pengurusan Projek yang memerlukan pegawai JKR mengemukakan dokumen untuk dijadikan bukti ...

Apakah kelebihan dan kekurangan 2 Persijilan tersebut?
in Stakeholder Management (PM) 20,510 points 37 76 165

1 Answer

2 votes
 
Best answer

Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) anjuran INTAN dan Program Pensijilan Pengurus Projek anjuran JKR mempunyai nilai keunikan yang tersendiri. Bersama-sama ini saya kongsikan maklumat antara kedua-dua program tersebut untuk rujukan kita bersama. Untuk makluman, maklumat yang dikongsi ini adalah berdasarkan sesi 2013/2014. Mungkin selepas tahun 2013/2014, terdapat pertambahan atau pengurangan silibus yang saya tidak tahu.

 

PERKARA3PAB INTANCBAS JKR
ANJURANINTAN dengan kerjasama ICU, JKR, UiTM, CIDB dan JPAJKR
TEMPATINTAN BUKIT KIARABEBAS (Bergantung kepada Assessor)
OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kompetensi, daya inovasi dan kreativiti dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai projek.
  2. Menyediakan platform untuk mengenal pasti dan mengaplikasi kaedah terbaik dalam pengurusan projek serta mampu menyelesaikan masalah dengan berkesan.
  3. Membangunkan kumpulan kepakaran dalam bidang pengurusan projek.
  4. Menyediakan peluang perkongsian pelbagai bidang kepakaran dalam pengurusan projek melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
  5. Mendapat pengiktirafan sebagai pengurus projek bertauliah dan berkemampuan menguruskan projek secara profesional.
  1. Menggalakkan amalan terbaik Pengurusan Projek di JKR. 
  2. Meningkatkan kompetensi pengurus dan pasukan projek di setiap peringkat di JKR. 
  3. Mengiktiraf pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam bidang Pengurusan Projek yang diperolehi melalui pengalaman bekerja di peringkat antarbangsa.
  4. Memastikan setiap Pengurus Projek mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan, setanding dengan piawaian antarabangsa. 
  5. Meningkatkan peluang pembangunan kerjaya disamping memberi keyakinan diri dan kepuasan kepada individu. 
  6. Memastikan Pengurusan Projek dan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan responsif dapat diberikan bagi memenuhi  kehendak dan harapan pelanggan.
KONSEPKnowledge BasedCompetency Based
BAYARANRM 50PERCUMA
TEMPOHSebulan (4 minggu)< 6 bulan
SYARAT
KELAYAKAN
- Pegawai P&P- Pegawai P&P
- Pengalaman Kerja > 5 tahun
TAHAP PENILAIAN
  • Kursus 3 minggu
  • Ujian 
  • Tugasan dan Laporan 1 minggu
  • Bengkel 3 hari
  • Penyediaan Laporan
  • Sesi Penilaian 1 (temuduga)
  • Sesi Penilaian 2 (temuduga)
  • Sesi Penilaian 3 (temuduga)
  • Sesi Penilaian 4 (temuduga)

 

TAHAP PENSIJILAN
  • Lulus (Cemerlang, Baik etc)
  • Gagal
  • Qualified Project Practitioner (QPP) 
  • Registered Project Manager (RPM)
  • Registered Program Director (RPD)

Samada terdapat kelebihan atau kekurangan itu satu bentuk yang subjektif dan dari perspektif yang berbeza. Adalah diharapkan dengan penerangan dan pendapat saya ini, dapat ditambah baik lagi penerangannya oleh mereka yang lebih layak dan terlibat secara langsung dalam menghasilkan kursus dan pensijilan yang tersebut di atas.

 

Sekian, Terima Kasih.

14,020 points 28 46 82
selected by
0

Pandangan saya... Macam tidak padan antara KONSEP & OBJEKTIF bagi Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) anjuran INTAN. Mungkin kena lepas Knowledge + Competency based dulu baru boleh ditauliahkan sebagai competent. Sekadar pandangan.

 

OBJEKTIF ​

5. Mendapat pengiktirafan sebagai pengurus projek bertauliah dan berkemampuan menguruskan projek secara profesional.

 

KONSEP

Knowledge Based

...