search
Log In

1 Answer

3 votes
 
Best answer

REKABENTUK

Sekiranya rekabentuk oleh Kontraktor Utama, rekabentuk tersebut masih juga akan dibuat oleh Perunding yang dilantik oleh Kontraktor Utama kerana Rekabentuk, Pengiraan dan Lukisan tersebut perlu dikemukakan kepada pihak berwajib seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan lain-lain yang berkaitan. Oleh yang demikian, secara ringkasnya kerja rekabentuk perunding yang dilantik oleh Kontraktor Utama adalah seperti berikut:-

CivilMekanikal
EXTERNAL Cold Water and Sanitary Plumbing SystemINTERNAL Cold Water and Sanitary Plumbing System

PEMBINAAN

**Sedikit tips bagi Penyeliaan di Peringkat Pembinaan**

JKR telah menghasilkan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang terdiri daripada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Sistem Pengurusan Alam Sekitar dan Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Di dalam SPK tersebut telah mengandungi beberapa panduan dan maklumat terperinci berkenaan prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan kerja penyeliaan di tapak projek. Prosedur ini digunapakai oleh semua pegawai yang ditugaskan mengurus dan menyelia tapak bina projek dibawah tanggungjawab JKR Malaysia dan Negeri.

Bagi setiap projek, Pelan Kualiti Projek (Q-Plan) yang mengandungi Pelan Kualiti Pembinaan (C-Plan) akan dihasilkan dan memperincikan dengan jelas skop kerja yang terlibat bersama matriks tanggungjawab dan matriks komunikasi bagi setiap disiplin samada JKR, KONTRAKTOR, SUB KONTRAKTOR dan PERUNDING. Skop Penyeliaan bagi semua disiplin perlu JELAS pada peringkat ini. Selepas skop ini jelas, barulah penggunaan borang-borang SPK JKR dapat digunakan seperti Method Statement, Borang Pemeriksaan Mock-up dan Rekod/Borang/Senarai Semakan bagi Pemeriksaan/ Pengujian.

Kesimpulannya, apabila menerima sesuatu projek, sila rujuk perkara berikut bagi mendapatkan penjelasan penyeliaan skop kerja:-

  1. Surat Perwakilan Kuasa (Civil / Mekanikal / Elektrikal / ICT / Ukur Bahan / Arkitek) - Surat Perwakilan Kuasa adalah satu surat yang menggariskan tanggungjawab dan kuasa yang ditetapkan kepada seseorang pegawai bagi melaksanakan pentadbiran sesuatu kontrak yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa iaitu Pengarah Projek (P.D)
  2. Mesyuarat Pra Pembinaan  - Mesyuarat Pra Pembinaan merupakan mesyuarat yang dilakukan sebelum pelaksanaan projek dimulakan bertujuan untuk memastikan semua pihak terlibat memahami skop, menyelaraskan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
  3. Penyediaan Pelan Kualiti Projek (PQP)
14,020 points 28 46 82
edited by
...