search
Log In
24 votes
141 views
Pada masa kini, pekeliling JPA hanya menyatakan kadar bayaran penceramah dalaman dibayar berdasarkan gred berbanding penceramah luar yang dibayar berdasarkan tahun pengalaman dan kepakaran serta kelayakan akademik.

Ini kerana kebanyakkan pegawai di JKR ramai mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi seperti master dan PHD yang seharusnya dibayar mengikut kelayakan akademik berbanding Gred Jawatan.
in Human Resource Management 11,530 points 8 14 22
0
Sekiranya cadangan kaji semula kadar bayaran penceramah yang memiliki kelayakan akademik Master dan PHD perlu diangkat ke peringkat atasan, usul ini perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan atau Kesatuan Sekerja Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan untuk perbincangan lanjut sebelum dikemukakan kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan.

3 Answers

7 votes
 
Best answer
Penceramah dari kalangan Pegawai Kerajaan memberi ceramah tanpa perlu mengambil cuti daripada kerja hakiki masing2. Ini bermakna pegawai berkenaan masih menerima gajinya sebagaimana biasa pada hari berkenaan disamping elaun penceramahnya. Sekiranya pegawai berkenaan mengambil cuti pada hari dia berceramah, selayaknya beliau mendapat elaun mengikut kadar kelayakan akademik sebagaimana penceramah luar. Ini justifikasi berdasar pandangan peribadi.
4,610 points 7 18 37
selected by
0
Saya bersetuju dengan padangan Tuan. Saya juga merasakan kadar bayaran penceramah yang ditetapkan sekarang adalah munasabah selaras dengan saranan Kerajaan mengenai amalan pengurusan yang berhemah.
6 votes
Saya setuju agar kadar kelayakan kadar bayaran hendaklah dikaji semula dan diselaraskan agar penceramah dalaman dan luar mendapat kadar yang setimpal dengan kelayakan dan pengalaman.
33,150 points 15 51 137
0

setuju, patutnya diberi kadar khas mengikut  tahun pengalaman dan kepakaran serta kelayakan akademik sebagai penghargaan dan dorongan kakitangan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

0
Saya rasa perlu dibuat penilaian dahulu sebelum rationalise bayaran mengikut pengalaman dan kepakaran. Asas nya penyampaian yang efektif juga merupakan salah satu kriteria yang penting untuk kadar bayaran yang sesuai digunakan. Penilaian bleh dirujuk kepada past performance dan juag feedback yang telah diterima dari peserta kursus.
3 votes
Kadar bayaran penceramah dalaman sewajarnya diselaraskan bagaimana penceramah luar. Cadangan supaya digabungkan antara  kelayakan ( Sarjana  atau PhD) dengan pengalaman melalui gred dan jawatan. dalam memberi elaun penceramah.
1,410 points 4 10 23
...