search
Log In
20 votes
198 views

Jawatankuasa BIM JKR dan Unit BIM, CPAB masih dalam kajian dalam melaksanakan projek BIM khususnya untuk perunding. Mengikut Road Map BIM 2013-2016, semua projek jkr yang dilaksanakan secara perunding konvensional perlu menggunakan BIM.

Buat masa ini perunding yang dilantik adalah secara berasingan (Perunding BIM) kerana rekabentuk telahpun disiapkan oleh perunding-perunding sedia ada. Terdapat kekangan sekiranya lantikan bukan dari perunding sedia ada kerana:

  • kefahaman rekabentuk oleh perunding BIM memandangkan mereka hanya sebagai modeler sahaja
  • arahan perubahan rekabentuk atau RFI yang dikeluarkan oleh perunding BIM kurang dilayani perunding kecuali arahan tersebut daripada JKR sendiri
  • cara bayaran kepada perunding BIM (adakah setimpal?) memandangkan khidmat perunding BIM diperlukan sehingga as-built disiapkan.

Sekiranya perunding (spt arkitek, QS, C&S dan M&E) menggunakan BIM tanpa lantikan perunding BIM, ianya mungkin dapat menyelesaikan masalah di atas. Tetapi terdapat beberapa persoalan:

  • Adakah perunding telah bersedia (human/process/technology)?
  • Cara bayaran kepada perunding (berapakah proportion harga BIM-mengikut kompleksiti/keluasan/objektif BIM), dan dibawah item mana untuk diletakkan bayaran tersebut mengikut CSA.
  • Perlukah membuat perubahan ke atas CSA sedia ada mengikut keperluan BIM?
in BIM 17,340 points

2 Answers

6 votes
Saya kurang bersetuju sekiranya model BIM dilaksanakan oleh perunding BIM sekiranya rekabentuk telah pun disiapkan oleh perunding-perunding sebagai contoh (Arkitek, Struktur, M&E dll.). Kefahaman rekabentuk BIM modeller hanya terbatas kepada kepakaran bidang beliau sendiri, sebagai contoh BIM modeller arkitek mungkin tidak memahami lukisan 2D elektrikal untuk di modelkan didalam BIM atau lukisan 2D struktur.

Oleh itu untuk mendapatkan BIM model yang baik lantikan BIM modeller perlu dibuat untuk semua displin yang terlibat. Oleh sebab itu, arahan yang dikeluarkan oleh BIM modeller akan tidak diendahkan sekiranya pada pandangan perunding tidak pakar beliau tidak pakar didalam memahami rekabentuk mereka untuk dimodelkan. Kadar bayaran tidak setimpal atau tidak bergantung kepada proses rundingan jumlah bayaran yang sanggup diterima oleh BIM modeller kerana buat masa ini saya masih tidak temui garis panduan bayaran kerja BIM modeller di Malaysia.

Berbalik kepada persoalan, "readiness" perunding kepada BIM, satu mekanisma pengukuran tahap kesediaan peringkat nasional perlu diadakan terlebih dahulu berdasarkan faktor yang dinyatakan atau faktor yang lain yang difikirkan perlu sebagai contoh "standard" dan lain-lain. Sekiranya kayu pengukur ini wujud tahap kesediaan boleh diukur dengan adil dan sistematik.

Cara bayaran kepada perunding BIM merupakan satu topik yang memang hangat dibincangkan oleh BIM modeller diseluruh dunia. Kebanyakan mereka bersetuju agar kadar ditetapkan kepada keluasan lantai secara dasarnya dengan mengambil kira kerumitan model dari segi keperluan rekabentuk yang perlu dimodelkan, tahap LOD, tahap keperluan penggunaan Model (analisa, rendering, penyediaan spesifikasi dan dll) dan pelbagai faktor lain yang perlu diambil kira. Oleh itu saya mencadangkan agar CSA dikaji semula untuk membuat pembayaran dibawah item Kepakaran BIM.

Saya berpendapat CSA perlu diubah kerana buat masa ini ia adalah untuk projek-projek konvensional dan ia tidak sesuai untuk projek BIM yang mempunyai output proses kerja berbeza seperti BIM model yang boleh digunakan seperti untuk "clash detection" dan sebagainya.
33,070 points
5 votes
i. Pada pandangan saya, masih tidak ramai perunding yang bersedia dalam pelaksanaan BIM ini walaupun seminar berkaitan BIM telahpun diadakan oleh pihak-pihak luar. Saya berpendapat pihak JKR perlu menyuarakan pelaksanaan BIM ini kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu seperti BEM, LAM & BQSM serta pihak lain seperti CIDB, SIRIM dan lain-lain.

ii.Cara bayaran kepada perunding mungkin perlu dikaji semula dengan mengambilkira jenis projek, kompleksiti bangunan/projek, keluasan bangunan, dan juga objektif BIM.

iii. Mungkin CSA perlu ditambahbaik memandangkan terdapat pertambahan output iaitu model BIM sekiranya BIM dijalankan dan skala bayaran perlu dikaji semula.
1,380 points
...