search
Log In
28 votes
184 views
Bagi sesetengah negeri,penyelenggaraan lampu jalan & lampu isyarat dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.Setakat ini sejauh mana penyelarasan dan usaha telah dibuat agar penyelenggaraan lampu jalan & lampu isyarat dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JKR.
in Electrical 1,120 points 6 11 17

2 Answers

6 votes
Assalammualaikum,

Saya terpanggil untuk memberi pendapat terhadap soalan ini kerana sudah agak lama tidak mendapat respon daripada mana-mana pihak. Mungkin soalan ini merupakan soalan yang melibatkan dasar dan isu perundangan yang tersendiri dan hanya boleh dibincangkan diperingkat pengurusan tertinggi.

Cuma pada pandangan saya, pengambilan tanggung jawab menyelenggara kesemua komponen lampu jalan dan lampu trafik oleh JKR terutama dalam kawsan bandar adalah tidak praktikal.  Berdasarkan pengalaman semasa menjadi pegawai aduan di NS,  kes-kes aduan tertinggi yang dicatatkan adalah aduan berkenaan kerosakkan lampu isyarat dan kegagalan membaiki kerosakkan dengan kadar segera. Itu pun tidak semua aduan adalah dalam kawal selia JKR E. Bayangkan jika keseluruhan lampu isyarat dan lampu jalan dalam kawalan JKR, mungkin bertambah tenat kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilakukan, dalam keadaan di mana tidak semua aduan boleh dilaksanakan akibat dari beberapa kekangan.

Tambahan pula ayat "Kerja-kerja akan dilaksanakan setelah peruntukan diterima" tidak berapa lagi diterima oleh para penguna jalan raya.

Mungkin ada pandangan yang lebih bernas dapat diberikan oleh yang lain agar dapat berkongsi pandangan bagi manfaat semua.

Terima kasih.
33,450 points 16 57 146
4 votes

Melihat kepada soalan ini, mungkin saya boleh pecahkan soalan berikut kepada dua soalan kecil seperti berikut:-

  1. Sejauh mana penyelarasan
  2. Usaha telah dibuat agar penyelenggaraan lampu jalan & lampu isyarat dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JKR

Ulasan soalan (i).

Saya mengambil contoh di Negeri Selangor. Tanggungjawap ke atas pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat dibahagi mengikut pemunya jalan seperti berikut:

  1. JKR- (semua jalan persekutuan dan sebahagian jalan negeri)
  2. PBT-(sebahagian jalan negeri)
  3. LLM-(lebuhraya)

Pihak JKR dan PBT sentiasa mengadakan mesyuarat bersama dan dipengerusikan oleh Kerajaan Negeri. Mesyuarat ini selaras dengan mesyuarat MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor). Dalam mesyuarat MTES banyak dibincangkan isu-isu berkaitan lampu jalan dan lampu isyarat dari segi koordinasi, aduan, masalah tekinikal dan kaedah penyelesaian.

Meysuarat akan bertindak memutusakan skop bagi JKR dan PBT. Hal ini sangat perlu diselaraskan kerana melibatkan peruntukan bagi kerajaan negeri dan persekutuan. Pihak yang perlu dipertanggungjawap pula perlu jelas bidang masing-masing kerana melibatkan undang-undang.

Ulasan soalan (ii)

Dalam bab ini, hasrat yang dicadangkan agar penyelenggaraan lampu jalan & lampu isyarat dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak JKR perlu mengambilkira hal berikut:-

  1. Tenaga kerja
  2. Peruntukan
  3. Peralatan
  4. Kenderaan
  5. Koordinasi di antara Jurutera Awam/Jurutera Daerah dengan Jurutera Elektrik
  6. Kompetensi kakitangan

Sekiranya hal seperti di atas telah benar-benar  kita fahami dan bersedia, saya kira cadangan tersebut perlu disambut baik oleh semua pihak.

Wallahu a’lam

450 points 2 3 11
edited by
...