search
Log In
18 votes
152 views
Bolehkah pegawai P&P (J41/J44/J48) diarahkan untuk menandatangani Borang Perakuan Bayaran Interim (JKR 66) bagi mewakili Ketua Unit tempat bertugas ataupun SO projek yang berkenaan?
in Contract Administration 39,540 points 30 76 149
reshown by

3 Answers

8 votes
 
Best answer
Bayaran Interim adalah satu tanggungjawab kontraktual yang perlu ditunaikan oleh pihak Kerajaan mengikut terma-terma yang diperuntukkan dalam kontrak. Manakala pihak Pengarah Projek (PD)/Pegawai Penguasa (SO) adalah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir kontrak bagi pihak Kerajaan. Justeru tanggungjawab membuat bayaran kontrak adalah menjadi tugas & tanggungjawab PD/PP.

Bagaimanapun, pihak PD/PP boleh mewakilkan kuasa membuat bayaran kontrak ini kepada pihak lain mengikut kesesuaian projek yang pada kebiasaannya dinamakan sebagai Wakil PD/PP (Kerja Utama). Pihak yang diwakilkan ini akan diberi Surat Perwakilan Kuasa secara bertulis dan akan bertindak sebagai Pihak Yang Diberikuasa Menandatangani Bayaran Interim. Seterusnya ia akan didaftarkan dalam system SKALA yang akan menjadi rujukan semua termasuk Pusat Pembayaran. Di samping itu adalah menjadi syarat bahawa Wakil PD/PP tidak boleh mewakilkan kepada pihak lain kuasa yang diwakilkan oleh PD/PP kepadanya

Ketika ketiadaan Wakil PD/PP (Utama) untuk jangkamasa yang panjang, maka Surat Menjalankan Tugas/Menanggung Tugas perlu dikeluarkan oleh PD/PP kepada pegawai yang lain bagi membolehkan pegawai yang berkenaan menandatangani dokumen bayaran. Jika tidak, dokumen bayaran hendaklah dimajukan kepada pihak PD/PP sendiri untuk ditandatangani.
610 points 1 4
selected by
0
Mohon penjelasan tuan maksudkan bahawa wakil PD/PP tidak boleh mewakilkan kepada pihak lain kuasa yang diterima. Tetapi sekiranya surat menjalankan Tugas/Menanggung dikeluarkan pegawai lain boleh tandatangan dokumen bayaran tersebut. Agak mengelirukan kerana wakil PD/PP telah mengeluarkan surat secara pentadbiran dan bukan surat turun kuasa kontrak. Adakah surat tanggungan ini diterima pakai dan disebut dalam kontrak.

Mungkin lebih baik jika wakil PD tiada pada masa yang panjang, pihak PD/PP akan mengambil semula peranan itu buat sementara waktu.

Mohon pencerahan.

Terima kasih.
6 votes

Pandangan saya berdasarkan SAKPKR Bil.6/2009 berkaitan Perlantikan PP dan Wakil PP:-

1. Para 3.3 SAKPKR : penentuan Wakil PP Utama dan Wakil PP Pakar adalah berdasarkan jawatan pegawai yang dilantik. 

2. Para 3.4 : PP hendaklah menyediakan Surat Perwakilan Kuasa dan melantik wakil PP atas nama dan jawatan pegawai berkenaan

3. Para 3.7 (i) Dalam melaksanakan kuasa yang diwakilkan, Wakil PP hendaklah patuh peraturan iaitu Wakil PP tidak dibenarkan mewakilkan lagi kuasa-kuasa yang diwakilkan kepadanya.

4. Lampiran C kepada SAKPKR Bil.6/2009 : Penentuan wakil PP Pakar adalah sekurang-kurang berjawatan Gred J48 (PPK) dan tertakluk kepada para 3.2 dan para 3.7 dimana hanya PP sahaja yang boleh mewakilkan kuasanya kepada wakil PP.

5. Jadi ini bermakna, Ketua Unit (J54/J52) tidak boleh sewenang-wenangnya melantik pegawai bawahan sekalipun pegawai Gred J48 untuk menandatangi JKR66 bagi pihaknya melainkan ada surat wakil kuasa daripada PP sendiri.

.....................................

Mungkin ada yang mahu beri lebih pencerahan ke atas pendapat saya..mohon dipersilakan. Terima kasih.

10,020 points 14 31 59
0
Setuju dengab tuan dan mohon pencerahan.
0 votes
  1. Bahagian untuk Perakuan hanya boleh ditandatangani oleh P.P/Wakil P.P. 
590 points 9
...