search
Log In
24 votes
83 views

Seringkali rekabentuk projek kerajaan terutamanya bangunan yang direkabentuk oleh kerajaan dikatakan tidak setanding dengan rekabentuk perunding luar dari segi estetik dan sebagainya. Alasan yang diberikan menjerumus kepada kekangan peruntukan, masa, kurang kerjasama antara displin, garis panduan yang menghalang proses kreativiti perekabentuk dan sebagainya. 

Persoalannya adakah NILAI ESTETIK tidak penting kepada projek kerajaan? 

Atau ,hanya sekadar cukup untuk MEMENUHI FUNGSI REKABENTUK. 

Apa pendapat anda?

in Stakeholders Management 33,070 points

4 Answers

11 votes
 
Best answer
Pada pendapat saya, nilai estetik begitu PENTING di dalam rekabentuk, baik sama ada projek kerajaan atau pun swasta. Nilai estetik sebenarnya adalah cabang daripada falsafah yang menjuruskan kepada nilai kecantikan dan kesempurnaan sesuatu perkara atau bentuk.

Nilai estetik turut menyumbang kepada status politik semasa dan juga taraf sosial sesebuah negara. Sebagai contoh, kita boleh melihat kepada gaya bangunan atau struktur selepas pasca perang, post - modernism dan kontemporari. Ianya mencerminkan daya pemikiran perekabentuk itu sendiri. Boleh disimpulkan bahawa nilai estetik bangunan boleh menjadi satu penanda aras dalam menzahirkan jenama, imej, ideologi masyarakat dan juga kepandaian dalam mengadaptasi teknologi di dalam rekabentuk bangunan/struktur.
2,130 points
selected by
0

Tuan Halami, 

Penjelasan tuan tentang persoalan ini amat menarik terutama untuk point yang di bawah ini:- 

"Nilai estetik turut menyumbang kepada status politik semasa dan juga taraf sosial sesebuah negara."

Ini bermakna, negara perlu menarapkan nilai ini dengan memberikan identiti estetik negara  berdasarkan status kemajuan politik dan sosial  negara. 

 

 

0
Tuan Aidzil;

Ya betul.

Sebagai contoh, konsep pembangunan di Zaman Tun Dr. Mahathir lebih menekankan kepada penggunaan Islamic Pattern & Motif di dalam setiap bangunan/infrastruktur utama hak milik kerajaan/glc; seperti Menara Dayabumi, KL Sentral Station, Putrajaya Administration Building Complex, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar KLCC.

Cuma pada masa sekarang kita seolah - olah kehilangan dan arah tuju nilai estetik yang mampu diangkat sebagai nilai estetik bersifat kebangsaan/nasional.
7 votes
Nilai estatik sesuatu bangunan bukan hanya bergantung kepada kerja-kerja senibina sahaja. Ia harus disokong oleh semua disiplin kerana nilai sebuah bangunan bukan hanya bergantung kepada rupanya sahaja tetapi juga lebih kepada kesempurnaan sistem dan operasi. Semua disiplin di dalam industri pembinaan harus berfikir untuk menyumbang ke arah peningkatan nilai estatik rekabentuk bangunan. Perlu lebih penelitian dibuat supaya kerja-kerja dari disiplin sivil, mekanikal dan elektrikal sebagai contohnya juga boleh direkabentuk untuk memiliki nilai estatik yang boleh dibanggakan. Ia haruslah dikawal dan diselaras dengan kerja-kerja senibina yang memberi imej menyeluruh kepada konsep sesebuah bangunan.
2,550 points
0
Setuju dengan pandangan tuan, tetapi berdasarkan pengalaman saya dalam unit rekabentuk arkitek di JKR, displin lain jarang mementingkan nilai ini. Jarang sekali mereka meminta pandangan atau berbincang mengenai keperluan mereka untuk memenuhi nilai estetik bangunan. Sebagai contoh kedudukan kotak fius, manhole, downlight, tiang dan lain-lain yang kurang sesuai. Ada sebilangan jurutera yang faham maksud arkitek tetapi kebanyakan mungkin masih tidak faham pentingnya nilai estetika ini.
4 votes
Aesthetic adalah yang paling penting sebenarnya di dalam sesuatu reka bina. Disebabkan itulah wujudnya arkitek. Walaubagaiamana pun kadangkala perkara-perkara yang tuan sebutkan di atas menjadi alasan. Sebenarnya bangunan yang murah boleh mempunyai aestetik yang cantik bergantung kepada kreativiti seseorang arkitek tersebut. Tetapi kadangkala berlaku juga kreativiti seseorang arkitek itu tidak dipersetujui oleh pihak klien sendiri ataupun pihak-pihak tertentu mungkin atas sebab citarasa ataupun takrifan "cantik" yang berbeza. For me sometimes less is more, but not for some people.
10,070 points
0
Setuju dengan pandangan tuan. Estetik amat penting sekiranya nilai kreativiti diterapkan.
2 votes

PENTING

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal ...telah mengeluarkan PANDUAN NILAI ESTETIK ( JKR 20500-0030-15) EDISI PERTAMA (1/2015). Boleh rujuk untuk pemasangan yang melibatkan sistem mekanikal.

Dahulunya dikatakan sistem mekanikal yang sedikit sebanyak mencacatkan nilai estetik bangunan ...sekarang CKM amat prihatin isu ini dan telah  dipraktikkan dengan kerjasama semua HODT khususnya Arkitek

3,280 points
...