search
Log In
18 votes
59 views
Sebahagian tugas saya adalah mengedarkan lukisan lengkap lukisan dalam bentuk pdf kepada unit lain.

Seringkali saya terpaksa menghantar e-mel berasingan apabila lukisan yang dihantar melebihi saiz fail yang ditetapkan oleh sistem e-mel.

Boleh saya tahu kenapa wujudnya sekatan seperti itu?

Terima kasih.
in Helpdesk 33,150 points 15 51 137

1 Answer

8 votes
 
Best answer
Ya, kalau ikutkan saiz fail yang dibenarkan untuk dihantar melalui emel tidak banyak perubahan selama ini, 20Mb tak silap saya. Saiz emel attachment yang dibenarkan oleh Yahoo, GMail dan Outlook pun hampir sama, di antara 20Mb ke 25Mb. Rasanya berkemungkinan ada dua faktor yg menyebabkan saiznya dihadkan:

Pertamanya dari segi kos untuk menyediakan storage yang tinggi sekiranya tiada had ditetapkan. Pengguna mungkin akan menghantar fail yang sebesar 50Mb ke 200Mb. Sekiranya ramai yang berbuat demikian, kos untuk emel storage akan menjadi sangat tinggi.

Yang kedua mungkin berkait rapat dengan performance emel server itu sendiri. Sekiranya ada pengguna yang cuba menghantar fail sebesar 100Mb, sy pasti emel server terpaksa menanggung beban yang bertambah. Ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan gangguan kepada prestasi emel server.

Bagi mengatasi isu yang dihadapi oleh Tuan, mungkin Tuan boleh gunakan cloud storage seperti aplikasi Dropbox ataupun Google Drive untuk menghantar fail yang besar. Namun, pastinya pula isu sekuriti fail tersebut menjadi persoalan apabila mengunakan aplikasi percuma.
39,540 points 30 76 149
selected by
0

Terima kasih atas maklumbalas. Saya akan cuba gunakan google drive untuk menghantar fail besar.

0
di mindef google drive dan dropbox tak boleh diakses.
...