search
Log In
18 votes
91 views

Apakah tujuan interview HLP peringkat jabatan diadakan? Adakah untuk membantu dan mempersiap calon untuk ditemuduga oleh JPA ataupun lebih kepada penyingkiran calon yang dirasakan tidak layak?

Adakah mungkin jika semua calon yang memohon untuk HLP dibantu supaya lebih bersedia untuk ditemuduga oleh JPA. Ini akan menghantar mesej kepada JPA bahawa terdapat permintaan yang tinggi untuk further study di kalangan kakitangan JKR. Dengan ini diharap kuota untuk lulus HLP oleh JPA dibuka lebih luas dari biasa.

in Human Resource Management 2,550 points 5 21 30

1 Answer

4 votes

Berkemungkinan tujuan interview diadakan di peringkat Jabatan adalah bagi memastikan agar topik/bidang kajian yang dipilih oleh pemohon adalah selari dengan keperluan/kehendak strategik semasa/akan datang Jabatan. 

Memandangkan kuota yang diperuntukkan adalah terhad, langkah ini akan sedikit sebanyak membantu Jabatan di dalam mengesyorkan pemohon yang benar2 berkelayakan berdasarkan topik/bidang kajian yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

Ini adalah penting bagi memastikan hasil/output daripada pengajian/penyelidikan yang telah dijalankan oleh pemohon dapat menyumbang ke arah memastikan Jabatan mampu bergerak ke hadapan di dalam mencapai misi dan visi.

Berdasarkan kepada carta di atas yang dipamerkan di Unit Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA, didapati bilangan permohonan untuk mendapatkan HLP saban tahun semakin meningkat sedangkan kuota yang ditawarkan tidak banyak berubah. 

Ratio penawaran/permohonan terkini pada tahun 2013 menunjukkan 1:4 di mana bagi setiap kuota HLP yang ditawarkan (dalam negara dan luar negara), terdapat 4 pemohon sekurang2nya menjadikan peluang pemohon untuk mendapatkan HLP adalah 25%. 

Oleh yang demikian, adalah penting bagi memastikan calon yang dihantar oleh Jabatan benar2 berkelayakan sama ada dari segi bidang yang dipilih, sikap, perwatakan dan sebagainya supaya peluang pemohon dari Jabatan untuk mendapatkan HLP adalah tinggi.

39,540 points 30 76 149
0
Tuan,

Saya difahamkan sebelum ini bahawa tiada kuota yang dikenakan kepada JKR untuk menghantar seberapa ramai kakitangan yang memohon untuk ke peringkat interview dengan JPA. Yang ada kuota cuma untuk lulus HLP oleh JPA sahaja. Mohon penjelasan.
0

Sepanjang pengetahuan saya, sememangnya tiada kuota yang dikenakan kepada mana-mana Jabatan untuk menghantar pegawainya bagi mendapatkan HLP. Ianya tertakluk kepada polisi Jabatan itu sendiri sama ada untuk menghadkan bilangan pengesyoran kepada JPA atau menghantar senarai penuh permohonan (mengikut ranking) - *sekiranya maklumat ini silap, pohon pihak yang berkenaan untuk memperbetulkannya.

Mengenai kuota HLP, pada tahun 2012 dan 2013, ianya telah dinaikkan kepada 500 daripada 400 pada tahun 2011 (carta ada dipaparkan di maklumbalas asal di atas). Ini menunjukkan penekanan kepada pembangunan modal insan yang berterusan oleh JPA/Kerajaan di dalam usaha untuk memantapkan perkhidmatan yang diberikan oleh sektor awam. 

Saya tak pasti untuk tahun 2014 dan 2015. Tuan boleh merujuk terus kepada LDP, BPMI, JPA untuk keterangan lanjut di alamat berikut: https://sistem.jpa.gov.my/smp/division/bmi

...