search
Log In
27 votes
216 views
Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan agensi pelaksana yang terulung dalam menguruskan pelaksanaan keseluruhan projek-projek kerajaan di negara ini. Sememangnya gah pada nama "JKR" akan menjadi bualan dan sebutan di seluruh masyarakat di negara ini. Apabila jalan rosak sahaja...JKR akan diungkapkan. Namun begitu, adakah perkhidmatan yang diberikan bertaraf dunia? Dimana kedudukan JKR di mata dunia? Adakah kita juga menjadi sebutan di seantara dunia sepertimana yang diungkapkan oleh masyarakat-masyarakat di negara ini. Persoalan ini dibangkitkan kerana tertarik dengan visi JKR dimana JKR akan menjadi "Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia".

Sebagai warga JKR, kita akan berbangga dengan visi yang dilaungkan. Dengan visi tersebut kita merupakan agensi yang semestinya hebat kerana bertaraf dunia. Oleh itu,  apakah indikator yang boleh mengukur atau menunjukkan JKR ini pemberi perkhidmatan bertaraf dunia. Isu ini dibangkitkan agar kita warga JKR peka dan memahami hala tuju untuk mencapai visi yang tersirat itu.

Lovely JKR.....Leading Changes.....World Class Organization
in Stakeholders Management 1,160 points 9 15 24
retagged by
0

A world class organisation can be defined as “An organisation which has acquired the position of Best of the Bests in the world in its given business and continuously strives for beating its oven standards so as to retain that position”

3 Answers

12 votes

Saya berpandangan bagi menentukan indikator kepada pencapaian visi Jabatan yang telah ditetapkan iaitu selaku Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia di dalam Asset Management, Project Management and Engineering Services, ianya boleh dirujuk kepada senarai objektif strategik dan headline KPIs seperti yang terkandung di dalam dokumen JKR Strategic Framework 2012 - 2015

Dokumen tersebut antara lain menggariskan 10 strategic indicators yang perlu diberi perhatian oleh Jabatan seperti rajah dii bawah:

Susulan daripada itu, bagi memastikan 10 strategic indicators ini dicapai (mengikut tahap kemunasabahan serta mengambil kira keadaan semasa JKR), KPI bagi setiap strategic indicators tersebut telah ditetapkan seperti berikut:

Sememangnya untuk menjadi sebuah Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia seperti yang terkandung di dalam visi JKR iaitu "To become a world-class service provider and centre of excellence in asset management, project management, and engineering services for the development of nation’s infrastructure through creative and innovative human capital and state-of-the-art technology", ianya merupakan satu pencapaian ideal yang diimpikan oleh semua warga JKR selama ini. 

Namun sebagai seorang yang pragmatik, saya merasakan KPI yang ditetapkan di dalam JKR Strategic Framework 2012 - 2015 merupakan satu penetapan yang wajar dan bersesuaian dengan situasi Jabatan sekarang (dengan mengambil kira semua sumber - kewangan, modal insan, etc, yang dimiliki buat masa sekarang), di dalam usaha berterusan untuk mencapai visi yang telah ditetapkan. 

39,540 points 30 76 149
0

Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan dimana KPI merupakan tools untuk mengukur atau sebagai indikator pencapaian visi yang ditetapkan. Persoalannya, apakah rujukan atau panduan yang digunapakai dalam membangunkan penetapan KPI 'perkhidmatan bertaraf dunia'. Adakah ia sama sepertimana yang dipraktikan di seantara dunia? Adakah dunia mengiktirafkan perkhidmatan JKR?

 

0

Berkemungkinan besar KPI yang dicadangkan oleh pasukan/SMEs yang terlibat di dalam penyediaan JKR SF 2012-2015 adalah berdasarkan kepada kajian menyeluruh yang mengambilkira penanda aras (benchmark)/best practices dari organisasi2 berkaitan yang menyediakan perkhidmatan yang hampir serupa dengan JKR samada di dalam atau luar negara. 

Kemudiannya dengan mengambil kira capacity dan capability Jabatan pada masa sekarang dan tahun2 yg mendatang, KPIs yang difikirkan wajar/munasabah yang boleh dicapai oleh Jabatan dirangka. Merujuk kepada strategic objectives dan KPIs yang dicadangkan/ditetapkan, saya merasakan Balance Scorecard telah digunakan sebagai asas (betulkan saya sekiranya saya silap di dalam perkara ini).

Merujuk kepada pesoalan Tuan, sama ada dunia mengiktiraf perkhidmatan JKR, bagi saya ianya agak subjektif - ianya bergantung kepada lensa/optik yang digunapakai. Namun berdasarkan beberapa pengiktirafan yang diberikan oleh pelbagai agensi sebelum ini samaada kepada Jabatan ataupun individu (sekadar memetik contoh yang diambil dr JKR SF seperti di bawah), ianya sedikit sebanyak menunjukkan JKR sememangnya sedang menuju ke arah sebagai pemberi perkhidmatan bertaraf dunia. 

Walauapapun, apa yang pasti adalah “The biggest room in the world, is the room for improvement.” 

0
Pihak tuan memaklumkan "sedikit sebanyak menunjukkan JKR sememangnya sedang menuju ke arah sebagai pemberi perkhidmatan bertaraf dunia". Apakah JKR memiliki data peratusan (semasa) atau KPI yang membuktikan pencapaian tersebut?
0
Mengenai pencapaian semasa KPI yang telah ditetapkan, saya berpandangan cara paling praktikal untuk mengukur tahap pencapaian tersebut adalah dengan berpandukan kepada Key Initiatives, Action Plan dan Output Business Plan setiap Cawangan dan pejabat JKR Negeri.

Saya yakin setiap pejabat yang berkaitan mempunyai Business Plan yang telah dirangka setiap 2 tahun yg selari dengan 5 tema strategik JKR 2012 - 2015 - di dalam usaha menuju visi JKR. Akan tetapi saya kurang pasti sejauh mana proses pengukuran pencapaian setiap elemen strategik yang terkandung di dalam Business Plan setiap pejabat telah dijalankan.

Mungkin pihak yang berkenaan boleh membantu di dalam perkara ini dan saya juga berpadangan hasil daripada pengukuran ini perlu diwar2kan kepada semua.
9 votes
Perbincangan yang amat bermaklumat.

Pada pendapat saya, indikator terbaik adalah Customer Delight Index yang lebih senang dan mudah untuk difahami dan diterjemahkan. Mungkin ini adalah indikator universal yang digunapakai oleh banyak organisasi.

Kita boleh mendapatkan maklumbalas kepuasan, rungutan  atau cadangan dari pihak pelanggan.

Jika pelanggan puas hati kita senang hati.

Wallahu a'lam.
33,150 points 15 51 137
0

Pada pandangan saya, apa yang diketengahkan oleh pihak tuan lebih menjurus kepada Customer Satisfaction (mohon betulkan sekiranya salah). Walaubagaimanapun, maklumbalas pelanggan begitu subjektif kerana JKR memiliki pelbagai pelanggan. Persoalannya, adakah JKR memiliki data dan analisa tentang kepuasan pelanggan? Apakah benchmarked yang memenuhi indikator 'Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia' dari aspek kepuasan pelanggan.

 

0

Seringkali kita laungkan "delighting the customers" di JKR. Apa maksudnya? 

Saya tidak bersetuju sekiranya maklumbalas dikatakan subjektif kerana memiliki pelbagai pelanggan. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengukurnya. 

Tidak perlu dicanangkan perkhidmatan bertaraf dunia sekiranya JKR lambat memberikan respon dan menutup lubang jalan sekiranya aduan diterima.

 

0

Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan

Mengikut Kamus Dewan subjektif bermaksud "mengikut pandangan serta perasaan sendiri; pandangan atau pendapat yg dipengaruhi oleh sesuatu".

Apa yang dimaksudkan subjektif kerana memiliki pelbagai pelanggan adalah kerana JKR perlu menghadapi 23 pelanggan dari pelbagai kementerian utama yang belum dipecahkan kepada jabatan/institusi. Setiap pelanggan mempunyai persepsi yang berbeza tentang JKR mungkin ada yang sependapat dengan JKR dan ada yang sebaliknya. Begitu juga dengan 'PROJEK' dimana kaedah pelaksanaannya juga akan berbeza dan kehendak pelanggan juga akan berbeza.

Wallahu a'lam

 

0
Kenapa perlu pandangan dan perasaan disandarkan sebagai ukurun? Kenapa tidak berapa banyak Aduan, Ucapan Penghargaan dijadikan ukuran?

JKR yang perlu menentukan kaedah pengukuran berdasarkan statisik.
0

Persoalan disini apakah 'indikator" petunjuk dan pencapaian "Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia" yang digunapakai oleh JKR?

0
Pandangan saya INDIKATOR terbaik adalah mengukur TAHAP KEPUASAN PELANGGAN sebagai petunjuk dan pencapaian "PEMBERI PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA".
0

Maaf, saya tumpang berdiskusi. Perbincangan yang amat2 informatif.

Pada pandangan saya, satu indikator yang bagus di dalam mengukur keberkesanan sesuatu perkara seeloknya melibatkan elemen art & science.

Science - keupayaan mengukur sesuatu perkara secara mutlak dan objektif seperti statistik bilangan projek siap mengikut jadul, bilangan aduan, awards dan sebagainya.

Akan tetapi seperti mana yang kita sedia maklum, manusia sebagai social beings tidak melihat sesuatu perkara itu sama ada hitam atau putih sahaja. Tidak semudah itu. Bermakna optik setiap individu adalah unik dan berbeza.

Oleh yang demikian, elemen subjectivity ataupun relativism perlu diambil kira di dalam pembangunan indikator tersebut bagi memastikan ianya adalah seimbang/komprehensif.

Sebagai contoh, sebelum ini pencapaian sebuah organisasi (swasta contohnya) hanya diukur berdasarkan kepada sejauh mana keuntungan yang dijana. Namun demikian, ahli ekonomik dan pengurusan mendapati inidikator itu adalah bersifat elementary atau superficial. Ia tidak mengukur tahap pencapaian organisasi itu yang sebenar secara holistik. 

Maka lahirlah pelbagai strategy performance management tool seperti Balance Score Card yang mengambil kira elemen Financial (science), Internal Business Process (science & art), Customer (art) dan Learning & Growth (science & art) sebagai 4 indikator utama. Wallahu a'lam.

11 votes

Tidak mudah untuk menemui sebuah organisasi yang masih kekal utuh melebihi usia 100 tahun. JKR boleh dianggap istimewa kerana telah berjaya melalui beberapa proses transformasi untuk kekal relevan sehingga kini.

Pada pendapat saya, berikut adalah indikator untuk kita renungkan sekiranya JKR ingin memberikan perkhidmatan bertaraf dunia.

Perkhidmatan bertaraf dunia biasanya ditakrifkan sebagai keupayaan untuk memenuhi atau melebihi jangkaan pelanggan. Sebagai sebuah Jabatan Teknikal terbesar di Malaysia, JKR sepatutnya menjadi benchmark kepada semua badan teknikal / unit teknikal / konsultan teknikal / organisasi teknikal yang lain.

Untuk mencapai indikator tersebut, kita perlu pertama sekali mengakui dengan kelemahan-kelemahan organisasi JKR yang sukar untuk 'keluar' dari Zon Selesa dan jangan berada seperti 'Katak di Bawah Tempurung'. JKR perlu perbanyakkan joint ventures dengan organisasi / badan teknikal yang lain untuk menyuburkan cross fertilization yang telah dilakukan.

JKR juga perlu peka meningkatkan tahap dan mencipta prosedur public relationship dan press statement bagi menjawab isu-isu semasa samada secara rasmi atau tidak rasmi. Keupayaan mengendalikan perkara-perkara begini di saat kecemasan sangat membuktikan tahap kebersediaan JKR.

Marketing strategy atau branding JKR juga perlu mula diperkenalkan dengan giat melalui pembentangan kertas kerja yang berkualiti pada peringkat nasional ataupun antarabangsa,

Walaubagaimanapun, sebuah organisasi yang menjana pendapatan melalui perkhidmatan kebiasaannya akan mempunyai motivasi dan gesaan untuk melakukan perubahan yang kreatif dan inovatif. Warga JKR perlu mencari motivasi dalam bentuk yang lain bagi membangkitkan semangat ingin melakukan perubahan.

14,020 points 28 46 82
...