search
Log In
21 votes
195 views
Kebanyakkan projek projek samada daripada JKR sendiri mahupun pihak swasta amat mengambil ringan mengenai pencemaran yang terhasil dari Tapak pembinaan. Antara pencemaran yang sering berlaku adalah habuk habuk akibat daripada pembersihan bangunan yang hampir siap, lumpur dan kesan tanah di laluan keluar masuk projek, bunyi bising yang melebihi had dan kerosakkan pada jalan raya di pintu masuk kawasan pembinaan.

Apa yang ingin saya cadangkan ialah, pihak JKR dapat menubuhkan sebuah cawangan penguatkuasaan undang-undang atau badan penguatkuasaan beruniform yang mempunyai bidang kuasa menyaman atau mengenakan tindakan undang-undang samada dikenakan kompaun atau saman dalam jumlah tertentu, atau dikenakan penalti, atau senarai hitam kpada pihak kontraktor terlibat yang melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Usul mungkin perlu dibawa ke parlimen kerana ianya membabitkan penggubalan akta pembinaan.
in Risk Management 48,890 points 9 18 55

6 Answers

8 votes
 
Best answer
Semua projek JKR wajib menyediakan Environmental Management Plan (EMP) di mana di dalamnya digariskan perkara2 yang perlu dipatuhi semasa projek berjalan berlandaskan Environmental Quality Act (EQA, 1974). Maka pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan EQA ialah Jabatan Alam Sekitar.

Tugas pegawai JKR ialah menentukan pasukan projek mematuhi semua perkara yang telah digariskan di dalam EMP.

Bagi projek yang berada di dalam Kawasan Sensitif Alam Sekitar atau tertakluk kepada EIA (Environmental Impact Assessment), Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ISO 14001 JKR adalah diwajibkan.
3,120 points 3 13 24
selected by
8 votes
IBS dan sistem modular sebenarnya boleh membantu mengurangkan pencemaran di tapak bina, cuma di Malaysia ia masih tidak dapat diterima sepenuhnya dan kontraktor masih menggunakan amalan konvensional.
10,070 points 33 66 107
0
Adakah dengan menggunakan IBS kita tidak perlu lagi menjalankan kerja-kerja tanah seperti grading dan sebagainya?
0
Setuju IBS adalah salah satu mekanisma untuk mengurangkan pencemaran habuk, bunyi dan sebagainya. Kerja-kerja tanah masih perlu dilakukan cuma perlu diminimakan. Amalan terbaik seperti SPAS seperti dicadangkan perlu dirujuk.
8 votes
as-salam,

sila rujuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) JKR yg menepati MS ISO14001. terima kasih
7,040 points 11 35 58
6 votes
Mewujudkan sebuah badan beruniform bagi memantau pencemaran yang dilakukan oleh kontraktor adalah kurang praktikal. Selaku 'majikan' Pegawai JKR yang memantau projek seharusnya mempunyai suara untuk menegah dari perkara-perkara tersebut daripada berlaku didalam kawasan tapak seperti bunyi bising melebihi had. Bagi kawasan luar tapak seperti mengotorkan jalan, PBT dan JPJ boleh mengenakan saman terhadap pemandu yang degil.

Saya berpeluang untuk menyelia 2 projek di tengah bandar (Masjid Taman Setiawangsa (JKR) dan Masjid Bukit Aman (KDN) dan saya dapat perhatikan keaktifan Penguatkuasa DBKL memastikan laluan keluar tapak binaan tersebut sentiasa bersih dan tiada pencemaran dihasilkan ditapak bina. (Kebetulan Taman Setiawangsa boleh dikira kawasan elite). Pada ketika itu (1996) rasanya SPAS tidak lagi dirangka, namun kakitangan JKR dan DBKL amat prihatin dengan keselesaan pengguna disekeliling tapak sehingga berjaya mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat akibat dari aktiviti pembinaan yang amat hampir dengan kediaman.

Kesimpulannya, selaku majikan, kita perlu lebih tegas dan memastikan kontraktor yang kita kawal/selia mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
33,450 points 16 57 146
8 votes
We have a good set of rules & regulations in our country- the only thing we need to do is ENFORCEMENT.

The problem arises when enforcement is only done when issues are highlighted in the media -then everyone starts running around & giving comments & finding scapegoats.

Everybody in the construction industry- they may be the government, the consultants and the the contractors themselves - needs to play their part to monitor & control the pollution issues

With fair & standardization of enforcement -the pollution can be reduced if not curbed fully.
7,580 points 12 29 53
5 votes
JKR perlu lebih pro-aktif memastikan kontraktor menjaga kebersihan tapak dan pencemaran bunyi dari mengganggu kawasan sekeliling. Auditan dan pengawasan ditapak perlu lebih kerap perlu diadakan untuk kontraktor yang bermasalah.

Sehubungan dengan itu, saya berpendapat JKR tidak perlu menubuhkan badan penguatkuasaan cuma perlu lebih berkerjasama lebih rapat dengan badan penguatkuasa berkaitan dengan isu ini.
33,150 points 15 51 137
...