search
Log In
23 votes
141 views
in Civil 470 points 3 4 6
0
assalam,

sungguh menarik statement tuan ini. boleh tuan berikan statistik yang menunjukkan progress kerja projek kerajaan perlahan berbanding projek swasta?

terima kasih..

4 Answers

5 votes
Adalah sukar untuk menjustifkasi kenyataan ini secara umum kerana perbandingan perlu dibuat secara lebih spesifik dan setara. Walaubagaimanapun pada pendapat saya kelewatan di dalam projek kerajaan mungkin disumbang oleh beberapa faktor antaranya:

1- polisi yang kurang jelas dan difahami secara berbeza oleh pihak-pihak yang berbeza

2- budaya komunikasi yang kurang berkesan antara disiplin dan bahagian

3- kelemahan dokumentasi di setiap peringkat

4- faktor-faktor kerja yang tidak berkaitan dengan perjalanan projek

Kelewatan juga boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya kompetensi dari pihak kontraktor dan perunding. Ini hanyalah pendapat saya untuk perbincangan bersama.
2,550 points 5 21 30
3 votes

Pada pandangan saya,  apa yang penting adalah TEMPOH KONTRAK PEMBINAAN dipatuhi setelah dipersetujui oleh semua stakeholder. Kemajuan kerja yang dirancang untuk memenuhi tempoh kontrak menentukan cepat atau lambat sesuatu aktiviti yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, mungkin soalan ini lebih menjerumus kepada kenapa projek kerajaan kebiasaannya lewat disiapkan disebabkan oleh kemajuan kerja yang perlahan. 

Berbalik kepada persoalan tadi, apa yang penting pegawai yang mengawasi projek perlu memastikan kemajuan kerja dirancang sebaiknya untuk memenuhi tempoh kontrak. 

Tidak cukup dengan itu, pengawasan terhadap kerja yang dirancang juga sentiasa perlu dilaksanakan untuk memastikan kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya, apa yang dirancang dan dilaksanakan adalah seiring tiada isu kemajuan kerja projek kerajaan lebih perlahan dari swasta.

Failing to plan is planning to fail.

33,150 points 15 51 137
3 votes
Kadangkala proses pembayaran yang lambat oleh pihak kerajaan disebabkan prosedur adalah juga salah satu faktor penyebab projek lambat disiapkan, apabila kewangan tidak boleh di"rolling" oleh pihak kontraktor atau NSC, kerja tidak dapat dilaksanakan, menyebabkan projek lambat disiapkan, ini berlaku di dalam kontrak D&B dan juga konvensional.
10,070 points 33 66 107
4 votes
Semasa bekerja dengan syarikat kontraktor, saya berpeluang menyelia beberapa projek-projek oleh JKR dan Swasta (termasuk projek dengan PLUS Bhd). Pada pemerhatian saya antara perbezaan utama dapat diperhatikan:

1. Kelewatan dalam membuat keputusan terutama jika ada perbezaan dalam lukisan pembinaan berlainan disiplin.

2. Kebanyakkan projek swasta diberikan kepada kontraktor yang benar-benar layak dan berwibawa dari segi peralatan, kewangan dan team projek (pihak kontraktor)  berasaskan trek rekod yang baik. Boleh dikatakan kontraktor yang mengambil projek swasta adalah kontraktor yang lebih berwibawa memandangkan risiko yang akan mereka hadapi jika majikan gagal membuat bayaran berbanding kontaktor JKR yang agak terjamin bayarannya. Kontraktor yang dipilih juga biasanya akan sentiasa menjaga nama baik untuk terus mendapat projek.

3. Team di pihak majikan merupakan team berpengalaman dan mampu menanggani isu di tapak tanpa berharap kepada kontraktor untuk membuat keputusan. Bagi projek swasta, biasanya pemilik akan mempunyai wakil di tapak dan 'sense of belonging' wujud semasa penyeliaan kerja-kerja dilaksanakan. Ini dapat membantu dengan banyak dalam pelaksanaan kerja.  

4. EOT dikira secara telus dan LED dikenakan tanpa prasangka. Secara tidak langsung kontraktor akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin. Saya masih ingat semasa menyiapkan Projek masjid Bukit Aman (bukan projek JKR), syarikat kami telah dikenakan LED kerana terlewat selama 18 hari dari jadual kerja asal. Bayangkan,

Hanya itu yang dapat saya kongsikan buat kali ini.

Terima kasih.
33,450 points 16 57 146
0

Terima kasih Tuan di atas perkongsian maklumat ini. Very insightful  

...