search
Log In
19 votes
86 views
in Risk Management 470 points 3 4 6

3 Answers

3 votes
 
Best answer

Seperti kita semua sedia maklum untuk menjadi negara maju, Malaysia melaksanakan Rancangan Malaysia 5 tahun dan akan memasuki RM ke 11 bagi tahun 2015 - 2020. 

Untuk menjadi negara maju dengan berpendapatan tinggi pada 2020, Malaysia telah menggariskan strategi2 tertentu yang mesti dicapai jika hasrat Msia utk menjadi negara maju tercapai. Rancangan Msia adalah vehicle yang mengandungi projek2 yg dirancang utk mencapai hasrat tersebut.

Di bawah RMK11, enam teras strategi telah dijadikan asas bagi menangani semua keperluan rakyat iaitu 

  1. memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yg saksama 
  2. meningkatkan kesejahteraan rakyat 
  3. meningkatkan pembangunan modal insan utk negara maju 
  4. menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan 
  5. memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan 
  6. merekayasa pertumbuhan ekonomi utk peningkatan kemakmuran.

Unit Perancang Ekonomi(EPU) sebagai agensi pusat yg  bertanggungjawab terhadap kelulusan projek pembangunan akan mengadakan saringan yg ketat untuk memastikan hanya projek2 yg mempunyai outcome bagi menyokong strategi teras di atas sahaja diluluskan.

JKR sebagai agensi pelaksana seharusnya berbangga dengan peranan yg telah dimainkan bagi pelaksanaan berbagai projek yg telah banyak membantu negara dlm melonjakkan ekonomi ke arah negara maju.

560 points 4
selected by
4 votes
Tidak semua. Banyak juga peojek JKR yang pada mulanya dibanggakan akhirnya menjadi gajah putih. Contohnya pusat aquatik negara di Gunung Keriang Alor Star. Dibina untuk kegunaan sukan sea, bertaraf dunia tetapi sekarang menjadi usang seperti bangunan yang hendak roboh... Beratus juta ringgit dibelanjakan akhirnya dibazirkan... Kenapa prasarana ini tidak digunakan selepas sukan SEA? adakah kita tidak memikirkannya? Adakah kerana ia terlalu mahal untuk diselenggara? Adakah lokasinya tidak strategik?
10,070 points 33 66 107
4 votes

Sudah tentu tidak semua. Saya takrifkan projek-projek JKR yang dimaksudkan adalah projek-projek yang dilaksana penuh secara dalaman oleh JKR. Walaubagaimanapun masih ada projek-projek yang menjadi kebanggaan rakyat dan juga JKR sendiri terutama sekali projek-projek one-off seperti Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Masjid Wilayah, etc. Kebanggaan terhasil mungkin kerana rekabentuk bangunan-bangunan tersebut yang berupaya membina identiti dan menjadi mercu tanda kepada sesuatu kawasan dan komuniti. Jika dilihat dari sudut lain seperti keperluan teknikal,pengurusan bangunan, penyelenggaraan,etc mungkin rasa bangga itu sukar untuk dikekalkan.

Sekadar pendapat.

2,550 points 5 21 30
...