search
Log In
46 votes
162 views
Bilakah BIM hendak diperluaskan kepada seluruh staff JKR. Adakah BIM dah stabil applicationnya?
in BIM 1,850 points

5 Answers

10 votes
 
Best answer

Dua soalan diajukan dan berikut adalah jawapan saya berdasarkan pengalaman saya sepanjang penglibatan BIM di JKR:

1. Pada tahun 2013, mantan Pengarah Kanan PROKOM iaitu Dato' Ir Salehuddin pernah mencadangkan semua projek-projek JKR menggunakan kaedah BIM pada tahun 2016 iaitu secara berperingkat (cadangan BIM Road Map yang telah dibentangkan semasa JKR BIM Road Map:Industry Engangement). Walau bagaimanapun, tahap kesedaran dan kesediaan pemain industri pembinaan di Malaysia dan khususnya warga JKR masih ditahap yang rendah pada ketika ini.

Pada tahun 2016, CITP telahpun dibentangkan oleh CIDB dan salah satu 'thrust' adalah 'ROLL OUT TECHNOLOGY  ADVANTAGE ACROSS PROJECT LIFE-CYCLE' dengan menggunakan kaedah BIM di dalam projek pembinaan bagi meningkatkan produktiviti pembinaan.  Y.Bhg KSU serta pengurusan tertinggi JKR telah mengambil langkah dengan mecadangkan agar menggunakan BIM di dalam projek-projek Kesihatan iaitu bagi pembinaan hospital-hospital baru di bawah RMK-11. 

Selain itu juga, pihak HODT telahpun mengambil inisiatif dengan melaksana beberapa projek mereka menggunakan kaedah BIM. Cabaran disini adalah mengubah minda warga JKR daripada 2D kepada 3D berinformasi yang mana projek perlu dimulakan menggunakan BIM (bukan menggunakan Autocad).

Membangunkan kompetensi seseorang pegawai dalam penggunaan BIM amat sukar memandangkan setiap kali pegawai tersebut diberi latihan dan pendedahan, pegawai tersebut akan berpindah ke lokasi yang lain. Ia amat menyukarkan keadaan untuk memperluaskan penggunaan BIM bagi warga JKR. Buat masa ini, penggunaan BIM masih diberi keutamaan kepada perekabentuk (HODT) dan pihak pengurus projek (HOPT). Pendekatan yang akan dibuat buat masa ini adalah dengan memberi fokus kepada projek-projek yang akan menggunakan BIM sahaja dan latihan serta khidmat nasihat teknikal BIM akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam projek yang menggunakan BIM. Walau bagaimanapun, program-program umum kepada semua warga JKR sememangnya dirancang setiap tahun seperti seminar dan kursus berkaitan BIM.

2. Aplikasi BIM dari aspek perkakasan dan perisian adalah stabil untuk semua projek yang menggunakan BIM. Komputer (workstation) telahpun diagihkan kepada semua HODT dan HOPT manakala capaian server untuk perisian Autodesk tiada sebarang masalah. Perisian BIM yang digunakan oleh JKR iaitu Autodesk pula sentiasa dikemaskini mengikut versi yang terkini. 

Pihak Unit BIM juga telahpun menyediakan template perisian BIM kepada warga JKR yang menggunakan BIM di dalam projek mereka. Dokumen BIM seperti Garis Panduan BIM JKR, Piawaian BIM JKR dan Manual Proses Kerja BIM JKR telah pun dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada warga JKR yang menggunakan BIM di dalam projek mereka. Walau bagaimanapun perekabentuk dan pelukis pelan perlu menghadiri kursus latihan BIM yang telah disediakan oleh CLI (CreaTE). 

Bagi projek Reka & Bina, Alhamdulillah dokumen Need Statement telahpun disiapkan dan ianya akan diedarkan kepada projek-projek yang akan menggunakan BIM. Manakala bagi konvesional perunding pula,  pihak JKR sedang dalam usaha untuk bekerjasama dengan BEM, LAM dan BQSM untuk membincangkan secara terperinci dalam pelaksanaan BIM untuk perunding. 

Wallahualam...

17,340 points
selected by
0
Terima kasih Tuan atas perkongsian yang amat bermanfaat ini!
6 votes

Tiada sekatan untuk mana-mana staff JKR untuk melaksanakan BIM oleh JKR.

Buat masa ini BIM dilaksanakan secara sepenuh masa oleh Unit BIM,  PROKOM, Cawangan Arkitek untuk 5 projek terpilih dan juga 9 jenis bangunan dibawah Program Pre-Approved Plan oleh pelbagai displin. 

Saya kurang pasti apa stabiliti aplikasi yang tuan maksudkan. Jika tuan maksudkan tentang stabiliti pelaksanaan, jawapan saya adalah seperti berikut:-

Pelaksanaan BIM memerlukan penggunaan software dan hardware yang spesifik dan juga proses kerja yang baharu. Software dan hardware yang perlu digunakan adalah jelas, cuma proses kerja yang perlu masih ditambah baik, dan proses penambahbaikan ini akan hanya boleh dilaksanakan dengan segera sekiranya lebih ramai staff JKR terlibat menggunakannya dan memberikan maklumbalas. 

Pelaksanaan BIM yang amat berjaya merujuk kepada sesuatu organisasi yang boleh mengaplikasikan proses BIM dalam kitar hayat projek.

Tidak dinafikan model BIM, tidak mudah dibangunkan tetapi maklumat yang dimasukkan amat bernilai dan mudah dicapai sekiranya perlu. Terdapat banyak perbincangan tentang kebaikan BIM dan juga proses yang perlu dilalui untuk melaksanakan BIM sekiranya tuan perlukan maklumat lanjut. 

 

33,070 points
8 votes
BIM telah lama diperkenalkan di dalam JKR. Namun perlaksanaannya adalah amat perlahan, seolah-olah tiada buy-in oleh pihak pelaksana. Adakah disebabkan kegagalan kaedah pelaksanaan? Adakah disebabkan masalah budaya? Adakah disebabkan oleh kekurangan infrastruktur? Adakah disebabkan kekurangan "champion" utk melaksana secara total?

Kita telah diberi dengan bermacam-macam taklimat mengenai keberkesanan BIM di dalam pelaksaan projek, namun ianya masih tidak mendapat tempat di hati kesemua pereka di semua disiplin. Pihak Unit BIM harus mencari jalan agar pembudayaan BIM ini dapat dilaksana secara serius oleh kesemua stakeholders di dalam pelaksanaan projek.

Pada pandangan saya, terdapatnya jurang yang agak luas di antara pejabat BIM dan pejabat-pejabat perekabentuk dan mungkin pandangan saya ini tidak tepat.
38,440 points
0

Tuan Azudin, 

Apa yang dikatakan oleh tuan itu betul. Hampir kesemuanya telah dilaksanakan. 

Pada pandangan saya masalah yang timbul adalah kesediaan HODT untuk mengambil cabaran untuk mencuba dan mengubah cara kerja. Imej dibawah amat tepat sekali pada pandangan saya. :)

0
kekurangan champion secara total..setuju
6 votes

assalam tuan,

melihat kepada soalan yg ditanya, nampaknya isu sebenar bukanlah isu berkaitan penggunaan aplikasi atau pelaksanaan BIM oleh HODT tetapi lebih kepada pengurusan expectation. banyak pihak mengharapkan BIM menjadi penyelesaian kepada isu projek lewat kerana hype yang ditimbulkan. akibatnya BIM dilihat sebagai penyelamat kepada JKR sedangkan hakikat sebenar BIM hanyalah salah satu alat yang menggunakan kemajuan teknologi untuk membantu dalam visualisasi kerja-kerja rekabentuk yang sebelum ini dilaksanakan dalam 2 dimensi.

 

pelaksanaan BIM nampak perlahan pada masa ini kerana proses rekabentuk yang digunakan sejak turun-temurun di JKR sebenarnya tidak BIM-compliant, senang kata ada banyak gap sebelum ia boleh dilaksanakan menggunakan proses BIM. ini agak ketara bagi kerja rekabentuk elektrik, mekanikal dan civil. jadi apa yang berlaku hari ini ialah HODT sedang berada dalam proses memantapkan output/proses rekabentuk semua disiplin-disiplin kejuruteraan/teknikal supaya memenuhi keperluan BIM sebelum memasuki fasa seterusnya iaitu menghasilkan output bersepadu menggunakan BIM process flow. 

 

pelaksanaan BIM bukanlah semudah kita nak tukar perisian drafting dari microstation kepada autocad, banyak masa dan tenaga diperlukan untuk melatih semua designer di JKR dalam menggunakan SATU proses yang sama dan ini hanya pernah dilakukan sekali sahaja iaitu untuk SPK/SPB yang mana jika dilihat kejayaan pelaksanaan SPK/SPB hari ini pun masih bukan 100%. 

 

- ini hanya pandangan peribadi dari individu yang tidak terlibat dengan pelaksanaan BIM dan tiada kena-mengena dengan unit BIM,PROKOM smiley

6,490 points
5 votes

Pada pendapat saya perluasan penggunaan BIM telah dilaksanakan oleh perlbagai peringkat  di JKR. Kursus dan latihan juga telah dilaksanakan oleh pihak PROKOM. Dari segi kestabilan pula, perisian BIM ini sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.

Walaubagaimanapun, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah ketersediaan hardware seperti komputer dan server yang boleh menampung keperluan perisian BIM di dalam usaha untuk perluasan penggunaan BIM di JKR. Sekiranya latihan telah diberikan tetapi ianya tidak dapat diaplikasi setelah pulang ke pejabat masing-masing maka usaha ke arah tranformasi ini akan terganggu.

Oleh itu, usaha peluasan BIM di JKR perlu seiring dengan penyediaan modal insan (latihan) dan penyediaan prasarana seperti komputer yang bersesuaian dengan keperluan BIM yang sentiasa berkembang saban hari.

MODAL INSAN (PEMBELAJARAN BERTERUSAN) + HARDWARE (TERKINI) + SOFTWARE (TERKINI) + KERJASAMA SEMUA DISIPLIN & PERINGKAT (UKHWAH) = KEJAYAAN PERLUASAN BIM DI JKR (INSYAALLAH) smiley

22,260 points
...