search
Log In
28 votes
76 views
Melalui pemerhatian, didapati terdapat beberapa  pegawai yang cuti belajar bergaji penuh dengan HLP tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam kontrak tajaan JPA bagi HLP. Pada pendapat saya pihak pengurusan perlu memantau status dan perkembangan pegawai yang diberi tajaan dan cuti belajar bergaji penuh. Ini adalah kerana sekiranya tiada pihak yang mengambil tahu dan prihatin tentang isu ini, ia akan berlanjutan dan akan menjadi ikutan bagi pegawai lain dan keadaan ini adalah tidak sihat untuk pembangunan JKR sendiri. Ini adalah kerana kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menampung pengajian dan membayar gaji pegawai tersebut sepanjang tempoh cuti belajar tersebut.

Apa yang menyedihkan pegawai yang tamat pengajian awal dari tempoh kontrak perlu membayar balik kepada JPA lebihan wang elaun yang terlebih bayar sedangkan mereka yang tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tidak dikenakan sebarang penalti dan tindakan disiplin. Keadaan ini akan meyebabkan pegawai lain yang cuti belajar akan mengambil sikap sambil lewa dalam menamatkan pengajian masing- masing.

Pihak pengurusan sumber manusia harus memantau keadaan ini dan tidak menaruh sepenuh kepercayaan kepada JPA dalam memantau pelajar tajaan mereka.

 

Wallahualam
in Human Resource Management 1,410 points 4 9 23
edited by

Please log in or register to answer this question.

...