search
Log In
27 votes
110 views
in Pavement 39,540 points 30 76 149

5 Answers

5 votes
 
Best answer

SPJ menetapkan nilai awal kecerahan garisan jalan thermoplastic seperti dapat dilihat oleh pemandu kenderaan di dalam pencahayaan lampu depan kenderaan (vehicle headlamp) iaitu coefficient of retro-reflected luminance RL tidak kurang dari 300 mcd/m2/lux dan 75 mcd/m2/lux masing-masing dalam keadaan kering dan basah. Nilai ini perlu dicapai dalam masa tujuh hari selepas garisan jalan siap dipasang. Garisan jalan akan pudar apabila terdedah pada panas, hujan dan trafik. Bila garisan jalan itu dikira telah pudar? Mengikut European Union Road Federation (2013), garisan jalan yang masih baik (belum pudar) seharusnya dapat mencapai RL tidak kurang dari 150 mcd/m2/lux (kering) dan 35 mcd/m2/lux (basah). Penyelidik Joseph K. Fish (1996) pula menyatakan kebanyakan kajian yang telah dijalankan sebelum ini merumuskan nilai minimum RL yang boleh diterima pakai ialah 100 hingga 120 mcd/m2/lux (kering). Apabila RL lebih rendah dari nilai minimum yang disyorkan, garisan jalan itu dikira kurang berupaya memantul cahaya pada waktu malam dan seharusnya dipasang atau dicat semula. Bagi lebuhraya di Malaysia, LLM/GP/T21-10 Guidelines on Expressway Road Marking menetapkan garisan jalan seharusnya dicat semula jika 50% telah pudar (berdasarkan pemeriksaan visual) atau RL kurang dari 150 mcd/m2/lux (kering). 

Kadar pemudaran garisan jalan adalah bergantung pada bilangan, aliran (lancar/sesak) dan jenis trafik yang melalui jalan itu. Geometri jalan sama ada jalan itu lurus atau berselekoh, sempit atau lebar, terdapat simpang, kawasan perumahan, premis perniagaan, gerai makan, sekolah, kilang, rumah ibadat dan sebagainya di tepi jalan akan mempengaruhi pergerakan trafik dan oleh itu akan turut memberi kesan ke atas kadar pemudaran garisan jalan di sesuatu lokasi itu. Keupayaan garisan jalan untuk memantul cahaya adalah bergantung pada bahan pemantul cahaya (beads) yang digunakan. Bahan thermoplastic garisan jalan seharusnya mengandungi bahan inter-mix beads yang sedia bercampur di dalam tepung thermoplastic itu. Selain itu, bahan drop-on beads seharusnya dijatuhkan sejurus selepas thermoplastic itu dihampar di atas permukaan jalan. Kualiti bahan thermoplastic dan beads, teknik pemasangan dan kepakaran pekerja akan mempengaruhi kualiti garisan jalan itu. Umpamanya, jika suhu bancuhan dan penghamparan thermoplastic tidak cukup panas, drop-on beads tidak akan melekat dengan kuat dan mudah tanggal. Beads yang tidak berkualiti tidak berupaya memantul cahaya dengan baik. Beads berkualiti tinggi seharusnya digunakan untuk memantul cahaya dengan terang pada waktu malam khususnya ketika hujan.     

14,950 points 4 28 72
selected by
0
Terima kasih Tuan atas perkongsian. Amat2 bermanfaat!
3 votes
Bahan yang digunakan tidak menepati spesifikasi.
10,800 points 8 42 88
2 votes
33,450 points 16 57 146
0
1 vote
1. Ia kurang memantul di masa hujan.

2. Wear and Tear - mungkin sudah tiba masa untuk dicat semula.

3. Di kawasan di mana kenderaan berat/sederhana berat sering lalu di atas roadline; selekoh, jalan sempit, traffic density tinggi.

4. Tidak dipasang dengan baik; kurang glass bead atau tidak sprinkle glass bead pada final aplication.
1,710 points 2 8 19
2 votes
Sepatutnya, di waktu malam roadline lebih jelas/terang kelihatan jika disuluh dengan lampu kereta kerana ia amat berguna kpd pemandu ketika waktu malam dan tiada lampu jalan disediakan. Mungkin kita perlu buat pemeriksaan visual di waktu malam ketika merancang program cat semula roadline selain dari memeriksa RL menggunakan alat pengukur.
5,440 points 12 26 74
...