search
Log In
28 votes
115 views
Seperti sedia maklum,praktis JKR untuk memohon pertukaran adalah dengan mengisi borang secara manual.Saya cadangkan supaya permohonan ini boleh dibuat secara online seperti mana cikgu-cikgu yang menggunakan sistem egtukar.Permohonan cuti boleh diisi secara online dalam HRMIS dan apakata kalau kita upgrade juga permohonan pertukaran dalam sistem.
in Human Resource Management 8,020 points 6 11 14

2 Answers

4 votes
Sehingga Jun 2015, sebanyak 83 peratus atau 11,171 dari 13,396 perkhidmatan kerajaan disediakan dalam talian. Menurut Ketua Setiausaha Negara, Malaysia telah muncul sebagai pendahulu ekonomi digital kalangan negara-negara membangun dan Kajian E-Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu meletakkan Malaysia pada kedudukan keempat untuk Indeks Perkhidmatan dalam Talian (kumpulan pendapatan pertengahan) *.

Dengan mengambil kira perkembangan di atas dan seiring dengan evolusi teknologi yang pesat seperti internet dan gajet mudah alih yang banyak mentransformasikan kehidupan seharian, cadangan yang diutarakan amatlah relevan dan perlu dibangunkan segera. Permohonan pertukaran dapat dilakukan dengan pantas dan mudah di samping dapat mengelakkan penggunaan kertas yg berlebihan.

* Rujukan: http://www.theborneopost.com/2015/10/09/83-perkhidmatan-kerajaan-dalam-talian-setakat-jun/#ixzz3qdNWFG33
39,540 points 30 76 149
4 votes
Cadangan yang amat relevan dan menepati falsafah dan agenda transformasi perkhidmatan kerajaan. Cuma dari segi persepsi kebiasaan borang menjadi tanda penghantaran masih menjadi inti pati rutin harian sesetengah jabatan. Malah ada JKR Negeri yang masih mengamalkan borang manual selain online HRMIS untuk bercuti. Mungkin tahap keyakinan kepada sistem on line masih ditahap meragukan tambahan pula dengan ganguan capaian kerana masalah infrastruktur rangkaian yang masih banyak perlu dibaiki.
33,450 points 16 57 146
...