search
Log In
23 votes
185 views

Melalui beberapa interaksi dengan konsultan mekanikal dan elektrikal di luar JKR, saya mendapati konsultan di luar mempraktiskan Sistem Lif ini di bawah Disiplin Elektrikal. Tetapi di JKR, Sistem Lif berada di bawah skop Disiplin Mekanikal. Mengapa jadi begitu dan tiada keseragaman? Bagaimana pula dengan ulasan BEM mengenai perkara ini? Skop Sistem Lif di bawah Disiplin Mekanikal atau Elektrikal?

in Mechanical 14,020 points 28 46 82

5 Answers

13 votes
 
Best answer
Pemasangan sistem Lif sepatutnya dilaksanakan oleh jurutera mekanikal perkara ini telah pun disenaraikan dalam pengiraaan bayaran perunding oleh Lembaga Jurutera Malaysia . Rekabentuk lif bukan sekadar. menetapkan kelajuan dan bilangan penumpang sahaja, ia terlibat juga dengan pemilihan jenis braking system, buffer, guide rails, wireropes yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan. Semua ini adalah tanggungjawab jurutera mekanikal dan mereka dilatih untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Di swasta walaupun jurutera elektrik melaksanakannya, ia adalah bertentangan dengan amalan profesional yang dipersetujui dan tidak diamalkan di JKR. Kompeten staf syarikat pemasangan lif adalah dari disiplin mekanikal dan pihak JKKP yang melaksanakan ujian sebelum sijil PMA dikeluarkan adalah juga dari disiplin mekanikal. Walaupun sistem lif dikawal oleh sistem elektronik ia tidak semestinya  boleh dilaksanakan oleh jurutera elektrik , ini adalah sama dengan pemasangan Genset di bangunan di mana walaupun Generator di jalankan oleh injin diesel ( mekanikal) ia dianggap dibawah skop kerja elektrikal.
edit
3,400 points 4 23 27
selected by
8 votes
Minta diperbetul jika saya tersilap;
 
Semasa saya bekerja dengan dengan pihak swasta, Sistem lif diletakkan dibawah tanggungjawab Jurutera Mekanikal dan rasanya adalah betul. Ini amat perlu bila melibatkan ujian-ujian wajib seperti ujian beban dan peralatan yang akan dijalankan sebelum PMA dikeluarkan.

Seperti yang sedia maklum, sistem lif terbahagi kepada 2 bahagian utama, sistem mekanikal dan sistem kawalan yang mengerakkan lif tersebut. Namun pada pandangan saya, mungkin pihak konsultan diluar meletakkannya dibawah elektrik kerana  kebanyakan pembekal/pemasang lif telah mempunyai kepakaran dalam rekabentuk lif (jurutera mekanikal) dan menyelia secara terus pemasangan peralatan tersebut. Fungsi Jurutera perunding elektrik hanyalah merekabentuk sistem bekalan kuasa ke lif motor room. Selain itu mereka hanya 'mengawasi' pembekal yang sememangnya telah kompiten dengan peralatan tersebut dan segala laporan/tanggung jawab adalah dibawah pembekal.

Dalam ertikata yang mudah, adalah lebih murah jika hanya ada satu jurutera yang mengawasi semua kerja bila memaksimakan sumber adalah keutamaan.

Sekadar pandangan..
33,450 points 16 57 146
0
Pemasangan sistem Lif sepatutnya dilaksanakan oleh jurutera mekanikal perkara ini telah pun disenaraikan dalam pengiraaan bayaran perunding oleh Lembaga Jurutera Malaysia . Rekabentuk lif bukan sekadar. menetapkan kelajuan dan bilangan penumpang sahaja, ia terlibat juga dengan pemilihan jenis braking system, buffer, guide rails, wireropes yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan. Semua ini adalah tanggungjawab jurutera mekanikal dan mereka dilatih untuk melaksanakan kerja-kerja ini.

Di swasta walaupun jurutera elektrik melaksanakannya, ia adalah bertentangan dengan amalan profesional yang dipersetujui dan tidak diamalkan di JKR. Kompeten staf syarikat pemasangan lif adalah dari disiplin mekanikal dan pihak JKKP yang melaksanakan ujian sebelum sijil PMA dikeluarkan adalah juga dari disiplin mekanikal. Walaupun sistem lif dikawal oleh sistem elektronik ia tidak semestinya  boleh dilaksanakan oleh jurutera elektrik , ini adalah sama dengan pemasangan Genset di bangunan di mana walaupun Generator di jalankan oleh injin diesel ( mekanikal) ia dianggap dibawah skop kerja elektrikal.
1 vote

 Ir. Gopal, pada pandangan saya amalan pihak swasta tidak menyalahi amalan kejuruteraan. Ini kerana secara semua rekabentuk, pemasangan, pengujian dan lain-lain kerja berkaitan masih dijalankan oleh jurutera mekanikal yang kompeten dari syarikat pembekal mesin angkat. 

Jurutera Perunding (Elektrikal) hanya menyelaras proses tersebut. Semasa bersama syarikat swasta, semasa ketiadaan jurutera mekanikal, saya (Civil) juga pernah ditugaskan untuk menyelaras pengantian kabel, pengujian dan pentauliahan PMA. Segala urusan dokumentasi/pengujian bersama dengan JKKP berkenaan pentauliahan PMA dilakukan oleh pihak pembekal. 

 

 
 
 
 
33,450 points 16 57 146
0
Setakat menyelaras dan memantau pemasangan sistem lif bukanlah salah tetapi  jika lukisan pembinaan dan pengesahan dibuat oleh jurutera yang tidak bertauliah dalam bidang berkenaan adalah salah dari sisi akta BEM.
0
Lift/Elevator ialah sistem pengangkutan samada untuk Manusia atau barangan. Ia mengandungi ciri-ciri keselamatan kerana melibatkan pergerakan turun/naik dan nyawa Manusia. Seperti kenderaan lain ia bergerak dan diklasifikasikan sebagai mekanikal. Apa yang bergerak adalah mekanikal (Asas yang kita belajar).

Sesiapa sahaja boleh merekabentuk dan membina system ini  jika mereka ada kepakaran/kompetensi .  Di JKR ada Jurutera Mekanikal dan mereka ada kompetensi dalam bidang ini, Jadi Sistem Lif ini di senaraikan dibawah kompetensi Mekanikal dan  JKR pertanggungjawabkan kepada Jurutera Mekanikal untuk melaksanakannya.

Walaupun system lift ini terdiri dari komponen Elektronik, Elektrikal, Struktur dan Sivil, Komponen utamanya ialah mekanikal. Ujian keselamatan lift bergantung kepada sistem mekanikalnya seperti yang dinyatakan oleh Ir Gopal diatas. Kalau system ini gagal maka keselamatan penumpang akan tergugat.

Kekeliruan berkaitan amalan Kejuruteraan yang salah atau betul bergantung dari sudut kompetensi  itu sendiri.  Jika seseorang itu kompeten, mereka layak untuk menyelia dan mengesahkan sistem tersebut.  Jika kita mengikut etika Kejuruteraan yang betul, tidak salah untuk ambil Bahagian. Kalau seorang Jurutera Sivil berasa beliau kompeten dalam system lif, maka tidak salah beliau melaksanakannya dan mestilah dengan tanggungjawabnya sekali. Jika Jurutera Elektronik, Jurutera Elektrik atau Jurutera Struktur dan lain-lain Jurutera waima Juruukur Bahan kompeten dalam system lif, maka mereka boleh mengendalikan dan bertanggungjawab dengannya.

Kenyataan diatas adalah pandangan peribadi saya.  Saya berpandangan sekiranya kita berkompeten dalam apa yang kita ceburi, maka kita boleh melibatkan diri dan bersama dengan tanggungjawabnya sekali.  Kita adalah Jurutera JKR.  Sekian.
0
Semua pihak boleh menyelaraskan sistem lif atau PMA ini, tapi Jurutera Mekanikal adalah jututera yang diberi tauliah untuk kerja berkaitan lif dari peringkat rekabentuk, tender, penyeliaan dan pentauliahan sistem lif tersebut.
4 votes
Pandangan saya sistem lif sama dengan sistem LPG dimana bukan semua jurutera atau perunding Mekanikal yg diiktiraf oleh BEM untuk merekabentuk sistem lif dan sistem LPG.Ini kerana utk submit sesuatu rekabentuk seseorg hendaklah yg kompeten dan diendorse oleh DOSH utk sistem lif dan Sistem LPG oleh Suruhanjaya Tenaga.
Didalam JKR,sistem lif memang dibawah disiplin Mekanikal tetapi apabila hendak submit kepada DOSH perlulah org yg kompeten mengikut Kelas yg dibenarkan utk merekabentuk dan ditandatangani. Sebab itu semua disiplin kejuruteraan boleh mengikuti kursus kompeten sistem lif dan syarat-syarat adalah mengikut kehendak DOSH yg dikeluarkan dari masa ke semasa dan akta FMA 1967. Dari segi penyeliaan didalam JKR memang dibawah disiplin Mekanikal tetapi bila kepada undang-undang perlu merujuk kepada akta FMA 1967 dibawah Tanggungjawab orang kompeten.
680 points 2 4 11
0
Memang benar. Mereka yang membuat rekabentuk dan pemasangan sebenarnya perlulah orang yang diperakui oleh DOSH bagi maksud pentauliahan mesin angkat tersebut. Biasanya rekabentuk dan tukang submit adalah kontraktor lift itu sendiri dan sememangnya mereka merupakan orang yang kompeten dalam subjek mereka.

Penyeliaan bagi pihak klien tidak memerlukan  perkara tersebut. Saya selaku jurutera sivil pun selalu berurusan dengan ST bagi membuat urusan pelapuran dan perlesenan pepasangan elektrik dan berurusan dengan JKKP bagi PMA di fasiliti saya bertugas dahulu dan tidak melanggar mana-mana peraturan bertulis.
1 vote
Sistem lif di bawah bidang Kejuruteraan Mekanikal. Lif atau PMA adalah mesin, dan mesin di bawah bidang Mekanikal. Clear cut tu.
1,710 points 3 6 20
...