search
Log In
17 votes
45 views
Image-building
in Stakeholders Management 1,710 points 2 8 19

3 Answers

5 votes

Saya bersetuju dengan pendapat tuan dan 'marketing' ini adalah satu kelemahan yang melanda banyak organisasi yang berbentuk 'service provider'. Pada pendapat saya, JKR mempunyai produk yang sangat-sangat berkualiti untuk diketengahkan terutama sekali dari segi Modal Insan. Antara pendapat saya:

Kelemahan:

1. Kadang-kadang kita terlupa dengan peranan sebenar kita sebagai Agensi Teknikal dan penasihat teknikal kerajaan kerana sibuk dengan tugasan lain

2. Lalai dengan fungsi dan peranan sebagai satu pasukan JKR dan menyalahkan satu sama lain

3. Working in Silo 

4. Kurang 'human touch' (public relationship)

Cadangan:

1. Team building

2. Mengoptimakan unit tertentu bagi menumpukan 'marketing' hasil kerja dan produk JKR dan melakukan damage control mana-mana masalah seperti audit negara, PAC dan lain-lain.

3. Mengoptimakan pos kader sebagai duta kecil JKR bagi mempromosikan servis dan produk JKR

4. Berani melakukan transformasi bagi kekal relevan

14,020 points 28 46 82
4 votes
pandangan saya...kita perlu selesai masalah asas dahulu ch projek lewat, kurang kualiti dan kos tinggi...secara sendirinya imej jkr akan terukir.........walaupun kita dah ada produk produk kita yang bagus  dan diiktiraf...
3,340 points 3 14 46
4 votes
Saya bersetuju agar usaha mempromosi produk dan penghasilan Cawangan/JKR Negeri dapat dipertingkatkan lagi bertujuan untuk memaklumkan pencapaian Jabatan kepada para pelanggan dan umum amnya. Ini sedikit sebanyak dapat menaikkan imej Jabatan dari semasa ke semasa.

Contoh terbaik adalah seperti yang diambil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia ataupun Kastam DiRaja Malaysia yang saban minggu mengadakan sidang media bagi menguar-uarkan berita mengenai aktiviti organisasi masing-masing.

Sekiranya terdapat kekangan kos untuk penghasilan brosur ataupun iklan di media massa, Jabatan boleh menggunakan social media network termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan Facebook yang sememangnya sedang digunakan dengan meluas oleh Jabatan termasuk JKR Negeri dan Daerah untuk memaklumkan sebarang aktiviti/pencapaian yang berkaitan.
39,540 points 30 76 149
...