search
Log In
15 votes
77 views
Nampak susah sangat nak potong fee contractor walaupun contractor tak perform..
in Civil 2,470 points 8 18 31

4 Answers

5 votes
 
Best answer
FMC sedia ada adalah menggunakan versi 2008 dan ada versinya telah dipinda semula mengikut kesesuaian di bebrapa tempat. Wujud kelemahan dalam FMC 2008 tersebut dan versi 2012 dalam fasa terakhir pembangunan. D dalam PWD FMC 2012 ini setiap elemen dihuraikan lebih konsisten dan jelas. Dalam soal kelemahan sebenarnya bukan hanya wujud dalam bentuk dokumen, tetapi perlaksanaannya. Pelaksanaan memerlukan kedua-dua pihak iaitu kontraktor dan penyelia mahir dalam pelaksanaan pengurusan fasiliti. Oleh kerana konsep berdasarkan prestasi ini agak baru dalam kontrak, data yang tepat belum lagi dapat dimantapkan. Adalah diharapkan pelaksanaan kontrak baru nanti menyumbang juga ke arah kematangan data untuk mengurus kontrak FMC 2012 nanti. Apa-apa pun, integriti adalah perkara pokok dalam menjayakan sistem dan apa-apa prosedur....
5,350 points 3 17 24
selected by
0
dimana saya boleh dapatkan draft untuk FMC2012?
2 votes
Saya pun nampak perkara yang sama. Ia pernah diakui oleh pihak kontraktor sendiri. Banyak kelompongan terhadap kontrak yang menyebabkan keuntungan hanya pada kontraktor sahaja.

Saya mencadangkan agar FMC ini dikaji dengan lebih terperinci dengan mengambil kira keuntungan kepada kedua belah pihak terutama kepada kerajaan.
2,950 points 4 11 22
2 votes
mantapkan pemahaman tehadap pengurusan fasiliti pada kontraktor, pemilik aset dan pemantau/penyelia kontrak. Pelaksanaan tanpa pemahaman terhadap intipati pengurusan fasiliti menjadikan kegagalan pelaksaan FMC.
4,440 points 6 12 29
2 votes
Assalamualaikum,

Bagi kontrak baharu yang bermula pada Januari 2017, semua agensi telah diwajibkan untuk menggunakan Borang Kontrak terkini iaitu merujuk kepada PWD Facilities Management & Maintenance Form (2016).

Berdasarkan  PWD Facilities Management & Maintenance Form (2016), terdapat klausa 11.3 APD bagi mengenakan satu nilai penolakan berdasarkan prestasi yang tidak dapat dicapai berdasarkan KPI yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, tiada pengecualian bagi kontraktor yang tidak melaksanakan kerja-kerja berdasarkan KPI yang ditetapkan tidak dikenakan Ascertained Performance Deduction (APD).

sekian terima kasih.
1,640 points 5 13 23
...