search
Log In
21 votes
71 views
in Quality Management 41,870 points 103 172 285
0

Tujuan dan maksud soalan tersebut adalah berkaitan dengan isu penyediaan "Lessons Learned Cycle" supaya kesemua proses “Lessons Learned Cycle” itu dapat direkod, bentang dan dijadikan ia sebagai satu rujukan mengikut jenis masalah, kejadian dan bidang yang berkaitan kemudian hari. Maka isu-isu seperti berikut harus menjadi data-data rekod:-

  1. Jumlah kos yang diperlukan.
  2. Jumlah pegawai yang terlibat.
  3. Jumlah man-hour yang diperuntukan.
  4. Syor dan cadangan resolusi penyelesaian.

Moga segala data-data dan rekod yang diperolehi itu dapat dijadikan rujukan asas untuk peningkatan dan pembaharuan teknologi mengikut aliran era dan zaman dalam proses penyelesaian masalah projek.

Diharapkan melalui platform ini juga JKR dapat menyediakan satu tajuk dan ruang khas dalam web page JKR untuk kesenangan rujukan dan penggunaan keseluruhan warga JKR supaya “Cycle” untuk penyelesaian masalah projek itu dapat diperjelaskan supaya ia menjadi tauladan rujukan pengamalan.

0
Terima kasih atas penjelasan/penerangan di atas En Tan. Unit ECKM mengambil maklum mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan susulan.

3 Answers

6 votes

JKR mempunyai banyak rekod dan garispanduan( Lessons Learnt from other projects) untuk dibaca dan dipraktikkan oleh warga JKR  di semua lapisan staf yang terlibat dalam pengurusan  dan perlaksanaan projek tetapi kebanyakan staf tidak membaca atau merujuk kepada maklumat yang ada supaya kesalahan yang sama tidak berlaku semula. Sebagai contoh CKM telah mengeluarkan dua dokumen penting iaitu BUKU HIJAU( keperluan sistem mekanikal i.e ruang, saiz bilik etcs- untuk dirujuk oleh jurutera sivil & Arkitek) dan kedua BUKU DO'S & DON'Ts in Mechanical Installation untuk pengetahuan semua displin. Ini dihasil dari pemeriksaan dan maklumat dari projek yang lepas supaya kesalahan yang sama tidak berlaku. Tetapi dari maklumat yang diterima dari laporan audit dalaman dan audit luar didapati masih berlaku kecacatan atau kesalahan yang sama. Saya cadangkan untuk mengelakkan perkara ini berulang, perkara berikut perlu diambil tindakan segera:

1. HODT: sebelum memulakan rekabentuk projek baru, perlu merujuk kepada similar projek yang telah dilaksanakan oleh JKR dan dapatkan semua maklumat seperti masalah ditapak semasa pembinaan, VO dan EOT dan puncanya supaya dapat diketahui lebih awal kelemahan yang mungkin disebabkan oleh rekabentuk atau pengawasan ditapak. HOPT perlu memainkan peranan penting untuk mendapatkan maklumat dan kordinasikan dengan HODT-HODT.

2. SO perlu juga merujuk kepada maklumat yang sama iaitu rekod projek lama( boleh didapatkan dari HOPT) pada peringkat awal pembinaan dan pastikan HODT-HODT telah mengambil tindakan keatas rekabentuk jika berkenaan dan SO untuk memastikan kelemahan semasa pengawasan ditapak tidak berulang.

Saya percaya jika SOP seperti ini diulangi untuk semua projek JKR, kemungkinan " Repeated Mistakes" tidak berlaku dan dapat meninggikan lagi prestasi JKR dan projek dapat disiapkan mengikut masa, kualiti dan kos yang dipersetujui dengan pelanggan kita.

Pada masa ini " Forgetting Curve is Faster than Learning Curve"

3,400 points 4 23 27
0
Terima kasih Ir Gopal atas perkongsian yang amat bermanfaat.
0
maaf tuan, sekadar bertanya, mengapa buku hijau terbitan CKM tidak di kongsi didalam laman web CKM?
0
Borhan semua dokumen yang dihasilkan terutamanya dari CKM sepatutnya di upload dalam Laman web CKM. saya tidak pasti mengapa masih belum dibuat dan saya akan berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab ke atas perkara ini untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun pihak tuan bolehlah merujuk kepada web JKR dan download untuk kegunaan dan rujukan bila perlu.
5 votes

Project Lessons Learned merupakan satu platform yang amat baik untuk warga JKR mempelajari mengenai pelbagai aspek/peristiwa penting mengenai projek yang terdahulu - sama ada dari segi perkongsian amalan terbaik ataupun mengelakkan berlakunya pengulangan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Seperti mana yang dijelaskan oleh Ir Gopal, saban tahun JKR banyak menerbitkan dokumen yang merujuk kepada refleksi pembelajaran daripada projek yang lepas sama ada di dalam bentuk dokumen Do's and Don'ts, Laporan Flying Squad, Laporan Inspektorat, Laporan Kajian Isu-Isu Berulang di dalam Laporan Ketua Audit Negara ataupun Laporan Project Lessons Learned yang lengkap. 

Kebanyakan daripada dokumen ini boleh diakses melalui JPedia di rantaian berikut: http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/PLL_wiki

Note: Sebagai makluman, Strategic Framework JKR 2016 - 2020 telah memperincikan mengenai keperluan setiap Pejabat (Cawangan/Negeri) untuk menyediakan dua laporan Project Lessons Learned setiap tahun.  

38,770 points 30 74 143
5 votes
Saya berpendapat JKR sememangnya berusaha untuk menjadikan Projek-projek terdahulu sebagai lesson learned. Dan Alhamdulillah, ECKM di bawah CPAB telah membuat satu platform knowledge management dalam usaha mengumpul/mendapatkan semua dokumen berkaitan lesson learned projek-projek JKR sebagai rujukan dengan memberi pendedahan kepada warga JKR dalam menggunakan platform tersebut. Sebelum ini memang amat sukar untuk mendapatkan maklumat projek-projek terdahulu  serta dokumen-dokumen berkaitan untuk dijadikan sebagai rujukan.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya mungkin 'attitude' warga JKR yang kurang peka akan platform tersebut untuk dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang melaksana projek JKR. Satu mekanisma yang menyeluruh perlu diusahakan untuk memberi kesedaran kepada semua warga JKR yang seringkali tidak mengambil endah apa yang berlaku di dalam JKR serta terlalu bergantung pada superior dengan memberi 'spoon feed' dalam semua maklumat/pengetahuan yang diperlukan. Dunia kini di era teknologi dihujung jari perlu digunakan sepenuhnya dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi dan penyampaian projek yang berkesan.

Wallahualam...
17,490 points 15 45 120
...