search
Log In
26 votes
42 views

Rujukan

Amanat YBhg. Dato' Sri KPKR

(Laman web JKR Malaysia)

Antara intipati amanat oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah adalah:

• Dalam usaha melestarikan kecekapan tenaga, warga kerja JKR diminta saling bekerjasama dalam mengamalkan dan menerapkan budaya penjimatan tenaga sejajar dengan saranan kerajaan.

• Warga kerja JKR juga perlu bersama-sama menjaga kebersihan pejabat selaras dengan pembudayaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang menjadi amalan di setiap jabatan kerajaan.

• Setiap pelaksanaan tugas dan kerja yang dipertanggungjawabkan wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan, mendokumentasikan segala proses kerja dan sebaik-baiknya setiap keputusan atau tindakan yang diputuskan seharusnya dibuat dalam bentuk jawatankuasa.

Mensasarkan Indeks Akauntabiliti jabatan pada tahun ini mencapai lima bintang.

• Centre of Excellence for Engineering and Technology (CREaTE), mula beroperasi pada hari ini, 1 September 2016. CREaTE akan berperanan sebagai production house dalam mengurus dan menyelaras latihan kepada warga JKR. Perlu fully utilized CREaTE dalam meningkatkan dan memantapkan lagi kepakaran dan kompetensi setiap warga.

• Warga kerja JKR perlu terapkan sense of urgency dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Melaksanakan tugas adalah satu kewajipan dan amanah yang perlu digalas.

• Sebanyak 15 saluran aduan awam JKR sedia ada perlu dibuat hebahan kepada orang awam dan harus digunakan sebaik mungkin.

Semoga amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri KPKR menjadi aspirasi kepada warga JKR dalam usaha penjenamaan semula Jabatan.

in Stakeholders Management 270 points 2 2 5
edited by

2 Answers

6 votes
Tahniah Tuan atas soalan ini. Dan seharusnya semua Warga JKR mengambil peluang ini untuk memberi pandangan terhadap amanat oleh YBhg. Dato' Sri KPKR.

Pada saya, ucapan Dato' Sri dalam masa yang SINGKAT itu merupakan satu pengharapannya terhadap Warga JKR bagi memastikan JKR kekal relevan sebagai Jabatan Teknikal terunggul di Negara ini. Ucapan dimulai dengan anugerah/pengiktirafan yang diterima oleh Menara Kerja Raya dan seterusnya disusuli dengan peranan warga JKR bagi memastikan budaya penjimatan tenaga bukan sahaja di Menara Kerja Raya malah di semua pejabat JKR. Mengamalkan eko sistem persekitaran kerja yang kondusif  juga disentuh pada permulaan ucapan ini. Bagi saya satu mukadimah ucapan yang nampak biasa tetapi membawa masej yang amat penting.

Dato' Sri kemudian melanjutkan ucapannya dengan lebih mendalam terhadap Sikap (Attitude), Integriti, akauntabiliti, kompetensi, skills, Ethic, kredibiliti JKR, manage persepsi (perception vs reality), JKR Re-branding, sense of urgency, memperkasakan inisiatif towards excellent seperti PAP, IBS dan BIM, bekerja as team works, knowledge sharing, medium komunikasi seperti facebook, whatapps dll, peranan CREATE dalam melahirkan staf yang kompetan. Semua perkara yang disebutkan itu bagi memastikan JKR terus relevan dan kredibiliti JKR tidak dipersoalkan.

Oleh yang demikian, harapan saya amanat ini "can inspire" warga JKR dalam usaha memartabatkan JKR sebagai pusat kecemerlangan dan Jabatan Teknikal terunggul di Negara ini terus kekal relevan.

Cukup dulu untuk masa ini, terimakasih.
27,390 points 72 153 199
0
Harta dibawa dari indragiri

Kapal belayar urusan raja

Kualiti tertanam urusan diri

Kualiti produk keutamaan kerja
0

Garapan yang menarik Tuan, terima kasih kerana berkongsi 

3 votes

Walaupun ketua silih berganti, 

Pemegang amanah memimpin Jabatan,

Apa dinukil amatlah dinanti,

Untuk diterap menjadi ikutan.

 

Apa dinukil amatlah dinanti,

Memberi semangat untuk berjuang,

Terapkan kata-kata jauh dihati,

Supaya mutu dapat dijulang.

 

Terapkan kata-kata jauh dihati,

Hidup beramanah jalan bijak,

Agar hidup penuh integriti,

Semoga bertuah bumi dipijak.

 

Agar hidup penuh integriti,

Jangan maruah senang beri,

Ramai sungguh mahu kita mati,

Supaya mereka dapat berdiri.

 

Supaya mereka dapat berdiri,

Menjarah tugas yang kita galas,

Bukan itu yang kita cari,

Jalankanlah tugas tanpa culas.

 

Jalankan tugas tanpa culas,

Rapatkan perpaduan luruskan fikiran,

Agar berjaya beban digalas,

Menjadi contoh lain-lain jabatan.

32,050 points 15 55 139
0

Terbaek sangat pantun Tuan 

0

enlightenedPemikiran positif dan berlapang dada amat dihargaismiley

0
Kacang bukan sebarang kacang,

kacang dibeli di Tanjung Puteri

Sembang bukan sebarang sembang

Sembang untuk anjakan kualiti

(farishuqimahanireez)
...