search
Log In
26 votes
107 views
Peranan IKRAM dahulunya amat besar dalam membangunkan kepakaran di JKR. Selepas IKRAM tiada, JKR semacam hilang arah dalam membentuk kepakaran.

Dengan adanya semula pusat latihan ini yang diberi nama CREaTE, adakah selepas ini tidak akan berlaku lagi kegagalan atau kelemahan dalam pelaksanaan projek!.

Mereka yang bertanggungjawab kepada CREaTE mempunyai tugasan yang amat berat untuk dilaksanakan.

CREaTE vs IKRAM
in Human Resource Management 27,230 points 72 155 199

4 Answers

11 votes

Sekadar memberi pandangan..

Agak sukar untuk dinyatakan kebenaran kenyataan "Selepas IKRAM tiada, JKR semacam hilang arah dalam membentuk kepakaran". Ini kerana pada pandangan saya, kemahiran dan kepakaran yang wujud di IKRAM itu sendiri dari usaha gigih warga JKR  sehingga ianya mampu berdaya saing dan menambat hati para pelabur yang berkepentingan. Jadi amat terkilan kiranya kita meletakkan sesuatu yang picisan untuk menyandarkan kepincangan Jabatan memacu dan membendung kemahiran yang sememangnya diperolehi oleh warga Jabatan sendiri.

Seharusnya, pengurusan melihat penyaluran kecemerlangan berterusan sama ada wujud atau tidak satu badan atau entiti yang khusus untuk tugas tersebut. Mungkin sudah sampai ketikanya JKR perlu berusaha untuk kembali menjadi 'standing supervisor' dalam setiap tugas dan projek yang dijalankan. Berdasarkan pengalaman, semasa mula-mula menyertai dunia pembinaan (kontraktor-pembinaan Masjid Taman Setiawangasa), JKR mempunyai wakil ditapak yang mengawasi pembinaan. Namun sekarang agak sukar untuk mempunyai wakil JKR terutama bagi projek di daerah.

Isu utama bukanlah melihat/pemantauan ditapak, tetapi pelajaran yang bakal diperolehi semasa melihat kerja-kerja dilaksanakan. Pernah saya mengikuti satu audit SPB bagi anugerah projek JKR, ada wakil ditapak (PTB) bila ditanya tidak tahu bagaimana memastikan dinding tidak sengget. bayangkan.. apalah agaknya nasib projek tersebut..

Jadi pada pandangan saya, sama ada wujud IKRAM atau CREaTE atau apa pun, paling penting warga JKR perlu menukar serta merubah mentaliti dan cara bekerja. Terutama bagi kumpulan sokongan, walau pun mereka Lantikan KKR atau pun Lantikan Negeri mereka juga membawa lambang JKR. Bersamalah kita berpakat dan bermuafakat, merapatkan bahu berganding keringat dan buah fikiran mengembalikan kegemilangan JKR.

Namun dengan adanya CREaTE, mudahan segala kepakaran yang digembeling dapat dibendung dan disalur semula kepada warga JKR tidak kira pihak pengurusan mahupun kumpulan sokongan.

  

33,450 points 16 57 146
10 votes

CREaTE merupakan nama yang masih bagitu baru untuk kakitangan JKR, namun peranan dan tanggungjawabnya jauh lebih besar dan penting.

JKR juga harus menjadikan kehilangan IKRAM itu sebagai satu lesson learned supaya peranan CREaTE dapat dikekalkan buat selamanya sebagai satu platform utama untuk bukan sahaja peranatara untuk perkongsian ilmu bah ia juga harus dijadikan satu peluang untuk peningkatan semula imej JKR ke satu tahap kegemilangan yang pernah dicapai dahulu.

Sebelum kita bercerita tentang peranan CREaTE, kita harus fikir dengan telitinya apakah kaedah dan cara terbaik untuk technology transfer dan sharing of knowledge. Pada pendapat saya inilah masa untuk JKR meneliti dan tafsir dengan cermatnya perkara-perkara berikut:-

  1. Siapakah yang harus berada dalam ahli jawatan kuasa CREaTE untuk menentukan tajuk mengikut bidang yang bakal diadakan sebelum ia disyorkan sebagai bidang latihan JKR?
  2. Apakah bidang utama yang ada pada JKR yang perlu dipertingkatkan paras kompetensinya?
  3. Adakah tahap kepakaran yang ada mengikut bidang sudah mencukupi?
  4. Adakah bidang dalam SME yang telah diwujudkan itu seiring dengan bidang yang ingin diwujudkan di CREaTE?
  5. Sudahkah pemilihan dikalangan kakitangan JKR yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang tertentu atau khusus itu telah dikenalpasti untuk dilantik sebagai pengajar?
  6. Bagaimana untuk membuat pemilihan dikalangan kakitangan JKR tanpa terlalu terkongkong dengan kelulusan akademi mereka dan status pangkat dengan mengambil kira pengalaman dan kepakaran mereka agar supaya lantikan pengajar itu akan menjadi lebih efektif, berimpak besar dan tidak tertimbulnya masalah pilihkasih?

Diharapkan perkara-perkara tersebut di atas dapat dicapai dan diselesaikan dengan cermat dan teliti supaya kesemua kelemahan yang ada di JKR sekarang dapat diatasi dan dipertingkatkan semula.

Diakhiri dengan sebuah pantun sebagai perangsang khas buat semua kakitangan JKR yang pernah menyumbangkan pengetahuan dan perkongsian ilmu mereka.

JKR ramai insan istimewa,

Semua hebat status pakar.

Akal bagai pembentuk minda,

Ilmu baik dikongsi sebar.

43,480 points 103 180 306
9 votes

Sekadar tambahan kepada maklumbalas Encik TanCK.. diharap CREaTE juga akan mengwujudkan kursus atau silibus khas yang melibatkan Audit SPB / Pematuhan sebagai 'Lesson Learnt' sama ada bersifat positif atau negatif. Ini amat penting bagi pemahaman pegawai-pegawai dan kakitangan yang kurang berpengalaman sebelum mengendalikan sesuatu tugas. Malah boleh juga dimasukkan kajian kes bagi pelanggaran pekeliling perkhidmatan/kewangan dan sebagainya sebagai panduan menyeluruh dari segi teknikal dan pengurusan.

Mewujudkan simulasi-simulasi asas tugas ditapak, menangani karenah dan tipu muslihat kontraktor, perancangan, kemahiran berkomunikasi juga perlu diadakan dan banyak lagi subjek yang boleh memberi manfaatkan demi kesinambungan JKR. 

Sekadar pandangan.. Terima kasih..

33,450 points 16 57 146
7 votes

Pada pendapat saya peranan CREaTE adalah menjadi Centre of Excellence dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Malaysia dan di dunia sejajar dengan Visi JKR iaitu menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

Semua garis panduan, spesifikasi, piawaian JKR dikumpulkan dan sentiasa membuat penambahbaikan secara berterusan agar terus relevan dengan zaman & teknologi.

Semua hasil kajian daripada warga JKR dikumpulkan supaya ianya dapat menjadi sumber rujukan dan sebagai penambahbaikan organisasi JKR sendiri dalam merapatkan jurang antara kajian.

Membuat kajian berterusan dan berinovasi dalam bidang tertentu untuk penambahbaikan kualiti khususnya dalam bidang kejuruteraan.

Semua latihan yang dilaksana diletakkan disatu tempat sebagai pusat pendidikan teknikal yang unggul dan profesional.

Membina kompetensi dalam bidang kejuruteraan khususnya untuk pegawai JKR dan menjadi piawaian oleh pihak luar.

Menjadi pusat rujukan teknikal oleh JKR khususnya dan pihak luar umumnya.

17,700 points 15 45 120
...