search
Log In
30 votes
148 views
in BIM 36,820 points
reshown by
0
Saya kongsikan pandangan seorang Senior Architect dari Hassell Firm (Perth) berhubung pelaksanaan BIM;

"BIM is Not an IT computer mechanism….BIM is Not a 3D software…BIM is Not a Technology…BIM is Not you do something after design. For BIM to be of benefit and not an additional disconnected effort it needs to be a integral part of the design process. With BIM, the receiver is very dependent on the way we deliver the service. Communication needs to be machine readable, consistent and easily exchangeable across the entire Building Production Chain. Human are still the central factor. With CAD, we made mistakes and overlooked issues. Nevertheless the system was adjustable to chaos. BIM needs us to be ORGANISED. We have to learn to work with it and not against it. It will reward us with….Better Outcomes”, Michael Ruehr

4 Answers

8 votes

Perkara ini sebenarnya tidak perlu lagi dibincangkan memandangkan BIM di JKR ini telah kedengaran perbincangannya pada tahun 2007 lagi. Telah banyak AWARENESS mengenai pentingnya BIM yang telah dilalui oleh STAF JKR. Teknologi pun telah acquired and kursus telah mengenai Teknologi dan kompetensi telah banyak dilaburkan.

Cuba lihat semasa hendak move daripada draw atas drawing board kepada AutoCAD/Microstation, betapa mereka amat tidak selesa dengan perubahan tersebut but kita boleh lihat kesannya adalah besar bila berpindah kepada AutoCAD terutama dalam penyediaan perincian. These about time and Quality pada masa itu.

Now, today teknologi pembinaan semakin kompleks dan memerlukan satu SOLUTION sepertimana dalam teknologi automotif. Dengan perkembangan pantas Teknologi IT, Industri pembinaaan (Building & Infra) juga perlu bergerak seiring dengannya. Penggunaan latest teknologi seperti Perisian BIM boleh menyelesaikan permasalahan yang dialami sekarang dalam industry pembinaan (Building & Infra) dan pada masa yang sama all the Information dalam permodelan dapat digunakan untuk fasa O&M.

Kita di JKR yang bertanggungjawab untuk menyediakan asset (antaranya Bangunan & Jalan). JKR perlu serius untuk melaksanakan BIM bagi memastikan asset yang disediakan adalah Sustainable and Resiliennce.

These are about Information stage,.. ada 3 peringkat lagi yang perlu dilalui.

Suka saya ulang balik apa dalam VISI JKR "Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini."

Cukup dulu perbincangan ini, mungkin bersambung lagi selepas ini.

Terimakasih

Mohd Fairuz

26,850 points
5 votes

BIM amat penting kerana ia telah dipilih menjadi satu kaedah terbaharu bagi JKR untuk mengunapakai teknologi dalam memastikan JKR dapat melaksanakan projek-projek pembangunan negara dengan lebih berkesan.

Mungkin ramai warga JKR masih belum sedar bahawa BIM telah menjadi KPI penting kepada KKR, JKR dan juga di cawangan-cawangan di JKR. Pihak kerajaan turut memandang serius tentang kejayaan pelaksanaan BIM di projek-projek kerajaan. Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan pelaksanaan BIM di JKR perlu ditanamkan kepada warga JKR agar segala hasrat kebaikan pelaksanan BIM seperti yang diharapkan akan tercapai dan dapat dibuktikan dengan kerjasama warga JKR. 

33,070 points
8 votes
Sekiranya BIM ini dilihat sebagai satu kaedah penyelesaian optimum masalah penyampaian projek oleh setiap lapisan masyarakat JKR ini, maka pengunaan BIM akan datang secara automatik, dan bukan nya dijalankan apabila diarah. Buat masa ini, masih ramai yang tidak dapat melihat atau tidak yakin dengan kebolehan BIM di dalam mempermudahkan setiap proses penyampaian projek. Adakah kita kurang testimonial projek-projek BIM yang berjaya atau gagal ? apakah kita kurang faham? Apakah kita tidak mahu merubah?

Pengenalan BIM di dalam JKR adalah melebihi 7 tahun dan secara puratanya, ianya masih belum dijadikan sebagai kaedah default untuk pelaksanaan projek. Satu strategi yang lebih mantap perlu diusahakan bagi memastikan agar the next 7 years, kita tidak berada diperingkat yang sama.
38,460 points
5 votes
Kepentingan BIM keatas pelaksanaan projek adalah pelbagai dan ianya bergantung kepada objektif BIM dalam sesebuah projek dalam membantu mendapatkan sistem penyampaian projek yang berkesan.

Pada pendapat saya, didalam konteks JKR, isu utama adalah koordinasi antara hopt dan setiap hodt itu sendiri. Justeru dengan penggunaan BIM dengan mengikut proses kerja yang betul, ianya dapat meningkatkan tahap sistem komunikasi yang baik kepada semua pihak terutama semasa fasa perancangan dan rekabentuk dengan  menambahbaik koordinasi pihak-pihak yang terlibat.

Tahap kesediaan warga JKR masih ditahap yang rendah. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tahap kesediaan masih ditahap tersebut. Terdapat pelbagai usaha keras yang telah dilakukan dua tiga tahun kebelakang dan usaha tersebut masih diteruskan. Walaubagaimanapun, tahap kesedaran telahpun meningkat berbanding sebelum ini dan dengan sokongan padu Y.Bhg Dato Sri KSU dan  Y.Bhg Dato Sri KPKR diharap ianya akan membuka mata kepada yang lain untuk menggunakan BIM di dalam projek JKR seterusnya manfaat penggunaan BIM dapat diperolehi melalui projek tersebut.

Wallahualam...
17,340 points
...