search
Log In
21 votes
175 views
Sebelum ini saya pernah memohon untuk mendapatkan jurutera profesional (PE) melalui IEM.. saya bermula dengan Graduate Engineer berdaftar dengan IEM, kemudian memohon PE dengan mengisi borang IEM/PI(1). Setelah layak untuk menduduki Professional Interview(PI), saya perlu mengisi borang IEM/PI(2) dengan mengemukakan laporan pengalaman serta lukisan yang telah disahkan oleh PE. Kemudian perlu menduduki PI yang mana perlu di'interview' oleh dua panel PE yang telah dilantik, dan perlu menjawab 1 soalan teknikal yang diberi oleh panel dan 2 soalan berkaitan etika.
Apabila lulus, barulah saya boleh mendaftar PE menggunakan borang B1 beserta surat pengakuan pengalaman oleh majikan dan salinan Professional Development Programme (PDP).. borang B1 merupakan peringkat akhir diperlukan untuk diserahkan kepada BEM sebelum melayakkan saya untuk mendapat PE...
in Human Resource Management 17,700 points 15 45 120
0
perkongsian yang bagus

3 Answers

9 votes
 
Best answer

Tambahan maklumat , seorang ada 2 pilihan untuk memilih organisasi untuk ditemuduga iaitu IEM atau BEM. Borang-borang yang digunakan adalah berlainan mengikut organisasi yang dipilih.

1. Pilih IEM - Peperiksaan tersebut dikenali sebagai PI ( Professional Interview)- hantar semua borang-borang IEM berkaitan dan dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan temuduga. Semua proses dari mula sehingga keputusan peperiksaan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh IEM. Selepas lulus , calon perlu membuat bayaran dan menjadi Ahli Korporat IEM( MIEM) dan mesti memohon menggunakan borang-borang tertentu BEM dalam masa 1 tahun dari tarikh perolehi MIEM untuk pertimbangan menjadi Jurutera Profesional( P.Eng). Ada syarat-syarat tertentu sebelum seorang boleh diluluskan untuk menjadi P.Eng i.e minimum 3 tahun working experience  dari tarikh berdaftar dengan BEM sebagai Jurutera Graduan. 

2. Pilih BEM - Peperiksaan tersebut dikenali sebagai Professional Assessment Examination(PAE)- Hantar borang-borang BEM berkaitan dan dokumen  kepada BEM. BEM seterusnya akan memproses dan menghantar semua borang & dokumen tersebut untuk proses temuduga kepada IEM. IEM akan melaksanakan proses peperiksaan seperti diatas tetapi keputusan yang dibuat oleh IEM akan dihantar ke BEM untuk membuat keputusan/kelulusan. Apabila seorang calon berjaya , BEM akan memaklumkan kepada calun untuk membuat permohonan seperti yang dilaksanakan oleh calon yang memperolehi MIEM diatas. proses seterusnya adalah sama.

Sukacita diberitahu disini bahawa seorang calon yang memperolehi MIEM dari IEM dan seterusnya menjadi P.Eng. Beliau boleh menggunakan singkatan seperti berikut e.g Ir. Gopal Narian Kutty P.Eng.,MIEM dan seorang calon dari BEM jika tidak memohon kepada IEM untuk menjadi ahli korporat selepas memperolehi P.Eng. tidak boleh menggunakan singkatan MIEM.

Adalah dinasihatkan pegawai JKR yang akan mendapat P.Eng atau pun sudah menjadi P,Eng melalui BEM digalakkan untuk memohon menjadi Ahli Korporat IEM. Bilangan pegawai JKR yang menjadi ahli korporat IEM adalah sangat rendah dan ini tidak mempamerkan  imej Jabatan Teknikal Terunggul di Malaysia. Sebagai contoh bilangan pegawai JPS yang menjadi Ahli Korporat adalah sangat tinggi berbanding dengan bilangan jurutera di Jabatan tersebut.

Pihak Pengurusan Atasan telahpun memulakan program untuk menggalakkan lebih ramai lagi pegawai JKR menjadi Jurutera Professional dan menjadi ahli 'Learned Institution" seperti IEM kearah menghasilkan pegawai yang competent dan knowledgeable.

3,400 points 4 23 27
selected by
0

Terima kasih Tuan atas perkongsian dan penjelasan yang lengkap 

0
Terima kasih Tuan diatas penjelasan diatas...
6 votes
Pada pemerhatian saya, prosedur terkini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara permohonan Jurutera Profesional melalui BEM atau IEM. Berikut adalah antara perkara-perkara yang dapat saya kenal pasti berdasarkan penerangan semasa taklimat dan kajian di internet.

a) Penggunaan borang yang berlainan.

b) Walaupun permohonan dibuat melalui BEM, pihak BEM tetap akan mewakilkan proses penilaian dan temuduga kepada pihak IEM.

c) Permohonan melalui IEM pada peringkat awal adalah permohonan untuk 'upgrade' kepada 'Corporate Member'. Setelah lulus diperakukan sebagai 'Corporate Member', barulah permohonan mendapatkan status Jurutera Professional boleh dikemukakan kepada BEM. Pada akhirnya, pemohon dapat dua (2) status jika memohon melalui IEM iaitu Jurutera Profesional dan 'IEM Corporate Member'.

Mungkin ada lagi perbezaan lain, tetapi tidak signifikan. Maaf jika ada kesilapan, kerana saya masih dalam usaha/ proses ke arah Jurutera Profesional.
2,760 points 3 16 31
0

Terima kasih Tuan atas perkongsian yang bermanfaat 

2 votes

Mulai 1 Julai 2018, IEM telah mewajibkan penggunaan borang baharu bagi calon yang ingin menjadi Ahli Korporat IEM dan calon yang ingin menjalani Temuga Profesional(PI). Kaedah permohonan ini perkatakan sebagai sukar berbanding kaedah lama, menyebabkan jurutera-jurutera terutamanya jurutera JKR bertungkus lumus menghantar permohonan PI sebelum 31 Disember 2017. Dalam buku Laporan Tahunan IEM 2017, dinyatakan hampir 952 calon memohon untuk PI sehingga 31 Disember 2017.

IEM telah membuat Awareness Talk dan PI Workshop untuk memberi pendedahan format baharu PI ini. Format baharu yang diperkenalkan ini adalah lebih kepada Competency Based Assessment dimana calon akan dinilai kompetensi yang dimiliki berdasarkan bukti-bukti(evidence) yang dikemukakan.

Kategori kompetensi yang dinilai adalah;

  1. Knowledge & Understanding
  2. Design & Development
  3. Responsibilities, Management & Leadership
  4. Communications & Interpersonal Skills
  5. Professional Commitment

Setiap kategori yang dinyatakan, calon perlu menyediakan bukti-bukti dan hendaklah disahkan oleh penyelia(PEng). Setiap bukti yang di kemukakan calon akan dinilai dan diberi markah, dan markah 1-4 akan diberikan mengikut tahap yang ditetapkan, dan jika bukti-bukti tersebut tidak mencapai markah minimum yang ditetapkan iaitu sekiranya purata markah semua kategori yang diperolehi  adalah bawah 2.7 dari 4, calon tersebut gagal PI.

Untuk sesi temuduga oral, ditetapkan selama satu jam setengah, penemuduga akan bertanyakan soalan pengalaman temuduga calon dan apa yang calon hantar sahaja, dan tidak soalan diluar jangkaan.

Format temuduga oral adalah seperti berikut:

  1. Pengenalan
  2. 15 Minit Presentation daripada calon
  3. 60 Minit sesi Q & A
  4. Peluang diberikan untuk calon menunjukkan bukti-bukti terakhir jika ada
  5. Kesimpulan

Untuk presentation daripada calon dan calon boleh membentangkan dalam bentuk powerpoint atau pembentangan biasa.

Untuk essay, masih sama iaitu Section A(Technical) dan Section B(Ethical) dan setiap seksyen diberikan masa selama 90 minit. Penceramah memaklumkan, 50% calon PI yang gagal adalah dalam menjawab esei. Jika gagal dalam menjawab esei, selepas tempoh 6 bulan dari tarikh temuduga PI, calon boleh mohon semula dan hanya perlu diuji dan menjawab section yang gagal sahaja. Tempoh 2 tahun maksimum diberikan IEM untuk mengulang ujian yang gagal.

Permohonan dengan format baharu ini  pada pendapat saya lebih transparent kerana calon PI dinilai berdasarkan kompetensi dan bukti-bukti yang menyokong setiap pengalaman yang dinyatakan dalam laporan. Bukti-bukti yang dikemukakan pula hendaklah berkualiti iaitu hendaklah sekurang-kurangnya dapat skor markah 3 atau 4.

Sebagai Jurutera JKR yang nomad dan kerap berpindah pejabat, langkah menyimpan rekod-rekod yang boleh dijadikan evidence untuk tujuan temuduga professional hendaklah dimulakan dari sekarang bagi sesiapa yang mempunyai target untuk ditemuduga PI IEM. Bagi Jurutera yang merasakan format baharu PI IEM sukar, masih boleh memohon Professional Assessment Examination (PAE) melalui BEM.

2,110 points 3 5 11
0
Perubahan format baru ini hanya terpakai untuk jurutera yang berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan Jurutera Professional melalui laluan sebagai  Ahli Korporat IEM (MIEM) sebagaimana yang tertera di dalam Regulation 18(2A)(b) Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Walaubagaimana pun, untuk permohonan melalui BEM, ianya masih mengikut format sediada.
...