search
Log In
21 votes
298 views
Bagaimana untuk mengelakkan EOT bagi sesebuah projek?
in Contract Management 9,180 points 19 28 82

8 Answers

12 votes

Untuk mengelakkan EOT bagi sesebuah projek, di antara tindakan2 perlu diambil perhatian:

  1. Masalah2 tapakbina (Pengambilan balik tanah, setinggan dll) perlu di selesaikan sebelum projek mula.
  2. Kerja2 pengalihan utiliti2 dalam tapakbina perlu diselaraskan dengan segera.
  3. Jika boleh, elakkan kerja2 VO/ APK (sila rujuk jawapan saya sebelum ini)
  4. Good/effective project management practices - planning, organizing, monitoring & control
23,630 points 31 76 151
0
yeaa ini di antara masalah-masalah yang akan timbul sekiranya tidak diambil tindakan di peringkat awalan (item no 1,2)
9 votes
Masa saya meyelia projek Masjid Taman Setiawangsa dalam tahun 1996-1997, antara sebab utama EOT adalah ketidak seragaman antara Lukisan Arkitek dan Lukisan Struktur. Mungkin pada ketika ini isu tersebut tidak lagi berlaku dengan persefahaman dikalangan HODT dan HOPT.. dan dengan adanya BIM..
33,450 points 16 57 146
10 votes

Antara faktor-faktor yg menyebabkan keperluan EOT

  1. Tempoh kontrak yg tidak munasabah
  2. Kerja tidak dilaksanakan mengikut jadual
  3. Perkara-perkara yg di luar jangkaan dan kawalan kontraktor

Untuk mengelakkan EOT, punca-punca di atas harus ditangani dan diuruskan dengan baik. Tempoh siap inginan yang munasabah boleh membantu pihak kontraktor untuk mendapat gambaran awal dan menganggarkan tempoh siap sebenar.

7,270 points 15 33 66
1
Tempoh kontrak yang tidak munasabah seharusnya telah dapat "ditangkap" semasa proses perolehan. Jawatan kuasa perolehan dan pemilihan perlu melihat perkara ini sebelum memberi sebarang cadangan atau pandangan terhadap kontraktor tersebut.
0

Tempoh Kontrak yang tidak munasabah - sy berpengalaman menjaga projek untuk menukar Cold Room dan Freezer Room, di mana pelanggan tidak membenarkan kontraktor membuat kerja pada waktu pejabat (untuk laksana kerja-kerja tertentu).  Kontraktor hanya dibenarkan memasuki tapak selepas waktu operasi kerja berakhir dan pada hari cuti sahaja. Pada pendapat saya semasa di peringkat awalan atau perancangan adalah penting untuk menetapkan tempoh kontrak.  Pihak yang bertanggungjawab perlu peka terhadap permasalahaan waktu bekerja untuk kontraktor di tapak yang dibenarkan oleh pihak pelanggan. Sekian pandangan saya.

1
Tempoh Kontrak Yang Tidak Munasabah :-

Pada pandangan saya, pihak HOPT haruslah menyelidik dahulu tentang masalah-masalah di tapak. Misalnya jika HOPT beranggapan projek tersebut dapat disiapkan selama 2 Tahun. Maka adalah lebih wajar sekiranya tempoh tersebut dilanjutkan/dipanjangkan lagi tempoh siapnya kepada 3 tahun.

Oleh itu, maka dapatlah kita mengatasi masalah EOT tersebut dan berharap semua projek-projek JKR tiada EOT lagi.

Tetapi jika pihak kontraktor masih juga gagal menyiapkan dalam tempoh yang sudah panjang tersebut. Adalah lebih elok ditamatkan sahaja kontrak kerja kontraktor berkenaan. Dikuatiri akan menjejaskan imej Jabatan pula jika tidak ditamatkan.
1
Setuju dengan pandangan En HazmanHalim... HOPT berdasarkan pengalaman lepas dan senario kontrak masa kini dapat menganggarkan tempoh kontrak sewajarnya siap. Mungkin terkecuali bagi rekabentuk baru dan keperluan tambahan yang mendesak.

Penting juga meminta pihak yang membida kerja diminta untuk memberi cadangan work program bagi penilaian jawatan kuasa teknikal perolehan.

Masalah utama kontraktor di Malaysia ialah tidak ramai yang mempunyai planner sendiri dan ramai yang gagal mematuhi perancangan yang telah dilakukan
6 votes
Setuju dengan pandangan En HazmanHalim... HOPT berdasarkan pengalaman lepas dan senario kontrak masa kini dapat menganggarkan tempoh kontrak sewajarnya siap. Mungkin terkecuali bagi rekabentuk baru dan keperluan tambahan yang mendesak.

Penting juga meminta pihak yang membida kerja diminta untuk memberi cadangan work program bagi penilaian jawatan kuasa teknikal perolehan.

Masalah utama kontraktor di Malaysia ialah tidak ramai yang mempunyai planner sendiri dan ramai yang gagal mematuhi perancangan yang telah dilakukan
33,450 points 16 57 146
5 votes

Pada pandangan saya......setiap kejadian harus dan pasti ada punca dan sebabnya.
Berikut adalah beberapa punca dan sebab yang mungkin boleh dijadikannya sebagai rujukan dan subjek perbincangan demi mengatasi isu EOT sesebuah projek :-

  • Isu pengambilan Tanah.
  • Isu pengalihan utiliti.
  • Isu kekangan pembekalan bahan utama pembinaan.
  • Isu kelemahan rekabentuk dan perincian lukisan yang tidak kemas.
  • Isu pemborong yang dilantik tidak mempunyai kapasiti dan kepakaran yang mencukupi.
  • Isu kekangan pekeja yang mahir.
  • Tidak mendapat keputusan muktamat daripada pihak pelanggan berkaitan dengan rupabentuk dan pemilihan bahan.
  • Masalah kedudukan lokasi projek yang kurang strategik.

Isu-isu tersebut di atas perlu disemak dan mengadakan perbincangan melalui mesyuarat bagi merumuskan tatacara dan kaedah penyelesaian yang lebih menyeluruh dan sistematik.

43,520 points 103 180 306
edited by
5 votes
Di peringkat perancangan, perlu difikirkan tempoh masa yang munasabah untuk menyiapkan projek tersebut dengan mengambilkira pelbagai faktor.
2,210 points 3 18 37
0

yes di mana HOPT memainkan peranan yang penting

3 votes
Siapkan kerja dengan sempurna sebelum Tarikh Tamat Kontrak. Then tiada EOT. Namun begitu dari segi tempoh yang munasabah, pelbagai andaian boleh dibuat. Yang nyata, di dalam Arahan Kepada Pentender ada menyatakan tempoh siap inginan atau ditetapkan (Fixed Time). Sekiranya tempoh siap inginan, pihak syarikat boleh menawarkan tempoh siap lebih awal dan mengambil risiko dengan tawarannya itu. Dan sekiranya tempoh ditawarkan lebih lama dari tempoh siap inginan Jabatan. Sah2 akan gagal semasa peringkat penilaian. Tempoh siap ditetapkan pula adalah perancangan Jabatan sendiri dan syarikat yang membida perlu akur dengan tempoh yang diberi. Masalah selalu wujud, cukup munasabahkah tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan itu? Mudah-mudahan dapat membantu. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin.
1,980 points 1 5 18
1
teima kasih dia atas pandangan dan ulasan.. semoga kita semua mendapat munafaat di atas pandangan tersebut.
3 votes

lantik kontraktor yang ada all angle of capability laugh

3,360 points 3 14 46
0
di peringkat penilaian tender....
...