search
Log In
21 votes
58 views
Mengapa Kakitangan Sokongan 1 (Teknikal) tidak ditukarkan setiap 4/5 tahun sekali?
in Human Resource Management 8,720 points 19 26 76
3
Soalan yang amat menarik dan adakalanya menjadi isu yang sensitif. Mungkin wakil BPSM atau bahagian korporat dapat membantu..

Cuma nak tahu juga adakah wakil BPSM mempunyai asses ke J-Corp?
3
Pada pemerhatian sy....
Memang ramai penolong jurutera awam (persekutuan) yang telah berkhidmat melebihi 5 thn di satu2 tempat dan pelaksanaan reshuffle amat sukar atas beberapa faktor:-

1) pegawai hampir tempoh bersara
2) pegawai telah berkahwin dan pasangan juga bekerja
3) pegawai mungkin banyak pengalaman dan kepakaran dalam membantu jabatan
4) keluarga pegawai tidak sihat dan memerlukan penjagaan
5) pegawai yang hendak ditukarkan tetapi tiada pengganti

Dan lain2 faktor yang mungkin juga menghalang proses pertukaran ni..
2
Setuju dengan pandangan....
2
Assalamualaikum,

Saya bersetuju dengan soalan yang diajukan dan tidak salah juga kalau dipersoalkan kenapa ada penjawat awam yang telah berkhidmat selama 10 tahun masih kekal berkhidmat di tempat yang sama.

Alangkah ruginya jika hanya berkhidmat di sesuatu tempat/ bahagian sahaja sedangkan jika berkhidmat di tempat yang berlainan dapat menambahkan ilmu pengetahuan, bidang kepakaran dan mata tambah kepada setiap individu penjawat awam.

Terdapat segelintir penjawat awam yang berada terlalu lama di suatu tempat berkhidmat akan menjadi tepu dan tidak dapat memberikan prestasi yang memuaskan sepertimana yang diharapkan oleh jabatan/agensi.

Jika merujuk kepada masalah yang dihadapi, pastinya setiap individu mempunyai masalah sendiri. insha allah berfikirlah secara positif dan percayalah tiada ketentuan ilahi yang akan membebankan/merumitkan/menyusahkan diri kita melainkan diri sendiri yang tidak mahu berubah.

Maaf jika ada salah dan silap dibalik kata-kata pendapat di atas.

sekian, terima kasih.
1
Saya bersetuju dengan pandangan En Shahriman.. Bukan 10 tahun bermaustatin di tempat yang sama.. malah lebih dari itu. Pada pendapat saya adalah wajar sekiranya mereka di dedahkan kepada suasana yang baru. Ini adalah untuk mendedahkan kepada pengalaman yang berbeza dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang yang berbeza.

Please log in or register to answer this question.

...