search
Log In
18 votes
89 views
Program yang dibangunkan oleh PROKOM ini adalah mengikut framework JKR sehingga 2010. Apakah hala tuju program ini selepas PROKOM tiada dan bagaimana menjadikan program ini mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa?
in Stakeholder Management (PM) 14,020 points 28 46 82

1 Answer

5 votes
 
Best answer
Program pensijilan pengurus projek adalah satu program untuk JKR memberi pengiktirafan kepada pegawai JKR yang telah berpengalaman dalam mengurus projek.Selain dari itu program ini juga kan memberikan satu pandangan yang lebih jelas (sistematik) kepada apa yang dikatakan sebagai "Pengurusan Projek JKR". Oleh kerana program ini berlandaskan kepada standard atau piawaian antarabangsa (AIPM & PMI) seharusnya lah pengiktirafannya juga bertaraf antarabangsa.

Hala tuju program ini masih lagi releven mengikut SF JKR 2016-2020 khususnya dalam menyediakan modal insan yang progresif dan kompeten dalam pengurusan projek yang merupakan core business JKR. CPAB sentiasa memberian penekanan kepada program ini untuk dimajukan lagi diperingkat nasional dan dalam usaha ini beberapa pihak dari agensi Kerajaan dan swasta telah bersetuju untuk bergabung bagi melaksanakan program secara kolaboratif.

Secara dalaman pula terpulang lah kepada pihak JKR untuk menjayakan program ini dengan memberikan lebih komitmen dan penyertaan 100% dalam program yang setiap tahun dianjurkan oleh CPAB ini. Sokongan dan dorongan daripada peringkat pengurusan atasan JKR amatlah diperlukan seprtiman program-program JKR yang lain.
9,000 points 17 34 84
selected by
...