search
Log In
12 votes
53 views
Mengapakah RSA untuk projek jalan itu tidak dilaksanakan oleh pihak JKR sendiri, sedangan buku panduan RSA “Guidelines For The Safety Audit Of Roads And Road Project In Malaysia” itu telah diwujudkan sejak 1997?
in Risk Management 43,480 points 103 180 306

1 Answer

5 votes
Tuan,

Sekadar pandangan,

Audit keselamatan jalan (RSA) dilaksanakan untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan dari aspek keselamatan jalan bagi projek jalan sama ada ia melibatkan rekabentuk secara perunding atau rekabentuk secara dalaman berdasarkan garispanduan 'Guidelines For The Safety Audit Of Roads And Road Project In Malaysia', 1997. Audit keselamatan jalan juga merupakan sebahagian dari proses rekabentuk dan input aspek keselamatan jalan boleh digunakan sebagai input rekabentuk.

Proses pelaksanaan audit keselamatan jalan juga telah dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan ia dilaksanakan mengikut kategori seperti berikut:

1. Jika rekabentuk dilaksanakan secara perunding - Perunding dikehendaki  melantik Juruaudit Bertauliah yang Berdaftar dengan JKR untuk melaksanakan audit keselamatan jalan (peringkat rekabentuk). Pihak JKR akan menyemak laporan audit yang disediakan oleh Juruaudit berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat RSA)

2. Jika rekabentuk dilaksanakan secara dalaman - Unit Audit Keselamatan Jalan, Cawangan Jalan dilantik untuk melaksanakan audit keselamatan jalan (peringkat rekabentuk).
600 points 2 4 11
...