search
Log In
15 votes
56 views
Perlukah JKR mengadakan program “back to basics” khas untuk kakitangan baru?

Haruskah kakitangan sediada yang telah ditugaskan kebidang baru juga perlu menghadiri program “back to basics” itu?

Bagaimana untuk melaksanakan program tersebut supaya ia lebih efektif?
in Human Resource Management 41,890 points 103 172 286

2 Answers

5 votes
 
Best answer
Secara amnya, program seperti ini harus dilaksanakan kepada semua kakitangan JKR sebagai panduan dalam sesuatu bidang yang diceburi. Hal ini kerana di JKR kompetensi bagi setiap cawangan adalah berbeza. Dalam konteks penjawat awam pada masa kini, ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang yang diceburi adalah sangat penting. Buku Maklumat Asas JKR yang telah dijilidkan dan kursus-kursus asas yang dianjurkan oleh CReATE atau cawangan masing0masing adalah salah satu platform yang penting dalam meningkatkan kompetensi pegawai baru khususnya dan pegawai JKR secara amnya.
4,020 points 5 12 33
selected by
3 votes
Perlu.

Jika kita lihat, pegawai yang baru dilantik ke JKR akan berkumpul selama seminggu untuk diberi pendedahan dengan persekitaran sebagai seorang penjawat awam dan mengenal JKR.

Bagi setiap Cawangan dan Negeri juga perlu melaksanakan program tersebut kepada pegawai yang baru melapor di tempat tersebut. Sebelum ini semasa saya ditempatkan di Johor dan juga CPAB, bahagian latihan dan BPKS masing-masing akan membuat program tersebut kepada pegawai-pegawai baru. Ianya memberi sedikit sebanyak pendedahan terhadap peranan dan tugas di tempat tersebut.

Tempoh program bergantung kepada pejabat masing-masing. Pengisian perlulah mencapai objektif. Penceramah perlulah pegawai yang mempunyai pengalaman dalam topik yang dibentangkan selaras dengan program tersebut.

Wallahualam..
17,490 points 15 45 120
...