search
Log In
15 votes
36 views
Penggunaan BIM semakin meluas digunakan dalm industri pembinaan (Architecture, Engineering & Construction) umumnya dan di JKR khususnya.
Daripada pemerhatian saya, kaedah kolaborasi antara disiplin perlu diterangkan dengan lebih jelas terutama selepas model yang dibangunkan siap (mengikut fasa tertentu) dan boleh dihubungkan (linking revit) dengan model yang lain.
Sebagai contoh, setelah hodt struktur telah menerima model daripada hodt arkitek yang mana jika sesebuah model terlalu kompleks, model akan dibangunkan secara zon/aras/sistem dan model tersebut direkabentuk menggunakan kaedah 'workset', menyebabkan hodt struktur kadangkala tidak dapat menghubungkan (linking revit) di dalam perisian revit mereka. Ataupun hodt struktur tidak dapat mengenal pasti berapa banyak model-model yang dibangunkan oleh pihak hodt arkitek. Seterusnya ia mengundang salah faham dengan menyangka bahawa model arkitek tersebut adalah tidak lengkap/corrupt.

Adakah dengan manual proses kerja bim yang dibangunkan cukup untuk perekabentuk faham atau ianya perlu diajar di dalam kursus revit atau nota ringkas atau lesson learnt?
in BIM 17,340 points

1 Answer

2 votes
 
Best answer

My opinion,

Rekabentuk bangunan bagi projek yang kompleksitinya adalah rendah dan tidak terlalu rumit kaedah linking model adalah secara terus sahaja kerana bangunan yang dimodelkan bagi setiap disiplin menggunakan satu fail sahaja.

Tetapi jika projek yang mempunyai kompleksitinya yang tinggi seperti bangunan hospital atau bangunan high rise, model yang dibangunkan adalah digalakkan supaya ianya dipecahkan fail bagi sesebuah fail tersebut adalah tidak terlalu berat. Sebagai contoh bangunan high rise;

Model Arkitek : Model dipecahkan kepada Model Arkitek – Podium & Model Arkitek Tower

Model Struktur : Model dipecahkan kepada Model Struktur – Podium & Model Struktur Tower

Model Mekanikal : Model dipecahkan kepada Model Mekanikal – Podium (Dipecahkan lagi mengikut sistem ) & Model Mekanikal Tower (Dipecahkan lagi mengikut sistem )

Model Elektrik : Model dipecahkan kepada Model Elektrik – Podium (Dipecahkan lagi mengikut sistem ) & Model Elektrik Tower (Dipecahkan lagi mengikut sistem )

Rujuk jadual di bawah bagi penerangan yang jelas;
 

DISIPLINZONSISTEMARAS
Arkitek- Podium
- Tower
Struktur- Podium
- Tower
Aras
Mekanikal- Podium
- Tower

HVAC, CW, FP, SN

Elektrik- Podium
- Tower
ELV, LV, ICT, HT

Jika kita lihat, perancangan awal diperlukan semasa menentukan struktur model yang akan dibangunkan bagi memastikan perjalanan proses kerja BIM tersebut berjalan secara lancar. Oleh sebab itu BIM Project Execution Plan (BPEP) amat penting dilaksanakan dalam merancang untuk melaksanakan BIM di dalam sesebuah projek.  Ianya adalah tugas BIM Manager dan juga BIM Coordinator. BIM Coordinator setiap disiplin perlu memastikan naming convention perlu mengikut Piawaian BIM JKR dan seterusnya memaklumkan model-model yang akan dibangunkan kepada BIM Manager supaya setiap BIM Modeler dapat menggunakan model yang betul dan terkini.

Di dalam manual proses kerja BIM JKR (berpandukan SPB JKR), ianya menerangkan secara jelas aktiviti-aktiviti berkaitan dengan proses kerja dalam melaksanakan projek BIM. Sebagai contoh proses kerja rekabentuk awalan struktur ada menerangkan aktiviti bagi Link Revit. Walaubagaimanapun link model perlulah diajar di dalam kursus dan nota kursus setiap disiplin masing-masing bagi mengetahui lanjut kaedah dan cara-cara link Revit kerana ianya lebih kepada penggunaan sesebuah perisian dan amalan terbaik.

Selain itu, kolaborasi antara disiplin dan sesama disiplin juga ada diterangkan di dalam Garis Panduan BIM JKR : Pengurusan Data.

That's my dolar of cents...

1,380 points
selected by
...